Saturday, August 28, 2010

hargai...

Antara ciri dalaman yang hadir dalam diri setiap kita ialah mengharapkan orang menghargai kita atas usaha yang kita lakukan. A feeling of importance.


Namun begitu ramai dari kita, kurang peka dengan sifat tabii ini dan sering tidak menghiraukan kepentingannya dalam urusan keduniaan kita. Kita lebih senang mencari silap dan tidak betul orang di sekeliling kita dari menyubur rasa harga diri.

Bila melihat anak-anak murid yang nakal di kelas hujung, perkara ini memang sangat jelas dilihat. Saban waktu, di rumah dan di sekolah, silap mereka sentiasa diperlihatkan, di tegur dan dimarah dan biasanya ia dilakukan dalam keadaan terbuka. Saya kira ini menjadi penyebab, nakal mereka makin bertambah.

Dalam nakal mereka, dalam silap mereka, perlu kita cari yang baik dan yang manis. Pujian atas usaha yang baik secara ikhlas pasti akan menaikkan harga diri mereka. 

Dzul yang saya sebut terdahulu, sering menghantar kerjanya paling awal, kerana saya teringat pernah memuji kerjanya kemas dan lengkap, walau pun selalu beliau  tertidur semasa saya mengajar.

Namun, disebabkan sifat insan memang sering lupa dan alpa, menghargai anak-anak ini memerlukan latihan, kerana kesabaran  kita akan sering diuji dengan kerenah dan sikap mereka. 

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. salam cikgu..
    dalam hal ini saya selalu mengingatkan diri sendiri..
    trutama dalam bab mendidik samaada nak sendiri atau anak murid..
    cuba cari kelebihan mereka kerana dalam diri seseorang itu bukan semuanya buruk..

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Dalam kenakalan seseorang itu ada keistimewaan yang terselit di celah-celahnya. Kadang-kadang mereka inilah yang banyak memberi respond kepada perkara kebaikan...

    ReplyDelete
  3. @cikgu isza

    betul isza...
    kita memang kena selalu ingatkan diri sendiri
    tapi
    bila tengah marah, acap kali juga terlupa

    ReplyDelete
  4. @Abd Razak

    ya razak
    selalunya anak-anak yang nakal ini yang kerap ingatkan gurunya walau telah habis sekolah

    ReplyDelete
  5. Salam,
    Sangat setuju - rasa dihargai penting untuk kita semua. Kalau kita mahu dihargai, maka kita perlu menghargai orang lain. Selamat beribadah di bulan Ramadhan ini dan bulan2 seterusnya.

    ReplyDelete
  6. saya tak nafikan ramai yang berjaya sebab ada dorongan dan rasa mereka dihargai. saya pun salah seorang dari golongan itu. dan cara meng'highlight' kesilapan sahaja tak cukup nak mendidik, kena sertakan juga dengan hint untuk dapatkan penyelesaian. baru betul-betul akan rasa dihargai dan disayangi :)

    ReplyDelete
  7. Salam.
    anak-anak lagi bersih nuraninya. pujian, galakan akan mengubah negatif nya ke positif. sebab mereka kuat daya membekasnya dalam hati. selal-selalulah puji dan lagi berikan sokongan, tegur dgn manis.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.