Thursday, August 26, 2010

agenda utama

"Nak cerita sikit pasal si Dzul kelas hujung tu..."  rakan di bilik guru menahan saya semasa hendak keluar dari bilik guru.

"Nape?" tanya saya. Terbayang si Dzul, berkulit gelap, kurus tinggi, agak sedikit tidak terurus, tetapi agak cepat menangkap semasa saya mengajar.

"Dia beritahu dia tak ambik kesah pasal hari raya ni... Mak bapak dia bukannya sayang kat dia," sambung rakan saya

"Dia selalu keluar malam, sampai pukul 2, 3 pagi, kadang-kadang tak balik rumah 2,3 hari, mak bapak dia buat tak kisah je....kata dia, memang mak bapak dia tak kisah dan tak sayang dia."

"Ish... betul ke tak kisah? Entah-entah dah berbuih mulut tapi tak didengar, lantas membiarkan sahaja" tanya saya.

Susah hendak menafsir cerita sebelah pihak ini. Apa sebenarnya yang bersarang dalam benak ayah dan ibu serta si anak ini? Apakah mungkin ibu dan ayah sudah jerih dan serik dengan perlakuan anak, lantas membiarkan sahaja  hala tuju si anak? Kalau begitu, malang sekali. 

Si anak begitu menginginkan perhatian dari ibu dan ayah, minta dirinya diambil kira dalam hidup ini, minta ditanya kemana pergi dan sudah makan atau belum...  Tetapi keinginan tersebut seolah tidak dipeduli oleh ibu dan ayah.

Saya perhati ada keluarga Muslim sekarang kini yang kurang bijak mengendali hal kekeluargaan. Peranan ibu dan bapa diakui penting tetapi ilmu keibubapaan tidak. 

Saya kira, setiap unit keluarga muslim perlu diwajibkan menjalani kursus kekeluargaan setiap 5 atau 10 tahun selagi ada anak yang masih bersekolah. Kursus tidak cukup  hanya sebelum melangkah dalam gerbang perkahwinan sahaja, tetapi lebih penting lagi semasa anak-anak masih dalam jagaan ibu bapa.

Ini kerana saya kira, kita selalu perlu dimuhasabah, diperingat dan diajar tentang peranan dan tanggungjawab kita sebagai ibu bapa. Kita perlu diberi teknik mengendali isu anak remaja kita masa kini. Zaman berubah dan teknik mendidik juga tidak sama seperti 10 atau 20 tahun dahulu. Jika dalam pekerjaan kita juga perlu menghadiri kursus malah diwajibkan pula, apatah lagi  dalam hubungan kekeluargaan.

Ini bukan pilihan tetapi patut menjadi agenda utama pembentukan keluarga muslim yang berjaya.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments:

  1. Kesian dia. Sampai dah rase diri tak dihargai oleh keluarga.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Saya sangat setuju dengan pendapat akak...Setiap ibubapa sepatutnya menghadiri kursus keibubapaan/kekeluargaan secara berkala. Bukan hanya menghadiri kursus pra perkahwinan semata-mata.

    ReplyDelete
  3. salam..
    Pendapat saya sebaiknya pandang kedua-dua belah pihak..ada juga yg keluarga mmg x ambil peduli atau memilih anak2..
    Biar saya cuba teka pelajar tersebut anak ke 2.. jika benar mmg x menghairankan & tunggu huraian saya mengenai karektor anak ke 2..en3 yg agak panjang krn itu saya perlukan masa yg sesuai.

    ReplyDelete
  4. segalanya semakin menakutkan...Ya allah,ampunkan kami kesemuanya :(

    Cerita terbaru di blog:"saya nak kawin dan ada anak"

    ReplyDelete
  5. @Webmaster@Echam

    memang kesian...
    ramai yang sepertinya

    ReplyDelete
  6. @Ros Illiyyuun

    sepatutnya disyaratkan kepada semua keluarga muslim, mungkin kalau tak ikuti kursus, anak tidak boleh didaftarkan ke darjah 1 atau ting 1....

    idea sahaja

    ReplyDelete
  7. @ozzy

    tak pasti pulak ozzy, nanti saya check balik, betulkah dia anak ke 2...
    kalau ya, nak juga baca entri ozzy nanti

    ReplyDelete
  8. @iqbalsyarie

    semakin hari semakin parah...
    selalu juga mencermin diri dan keluarga bila berdepan dengan anak2 seperti ini

    ReplyDelete
  9. alahai..kesiannya dia.


    kena jadi contoh pada anak2.


    elok juga cadangan tu.

    ReplyDelete
  10. Kadang-kadang, sebak kalau meneliti latar keluarga budak2 kelas hujung ni kan cikgu....

    Semoga mrk tk mewarisi 'kemiskinan segala' ibu dan bapa mrk....

    Bukan miskin harta.....tapi jiwa. Malah nilai agama. Sebahagiannyalah....

    ReplyDelete
  11. Baru perasan nama cikgu. Hehehehe....
    Salam dan selamat berpuasa.
    Saya rasa pun begitu juga. Makin banyak masalah orang Islam sekarang ni. kes buang bayi makin banyak tiap tahun.

    ReplyDelete
  12. anak-anak selalu kena diberi perhatian..
    nak anak senang jew..
    nak DIDIK anak-anak yang susah..
    kalau nak kahwin kan wajib pi kursus kahwin...
    kalau nak didik anak tak der pun diwajibkan kursus kursus nie..
    tak semua orang ada ilmu nak didik anak nie kalo tak belajar.. buku kat kedai banyak tentang jadi ibu bapa terbaik tapi jarang yang baca

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.