"Cikgu, harini balik cepat sikit lah ya," dia ingat saya tukang jaga loceng sekolah, agaknya. Matanya merah menahan kantuk, dan beg sekolah sudah digalasnya.
"Saya lapar sungguh harini," sambungnya lagi.
"Semua orang berpuasa memanglah lapar," jawab saya.
"Semalam saya buka makan kurma je," balasnya lagi.
Dalam hati saya, wah, bagus juga mengikut sunnah budak ni.
"Kenapa makan kurma je?" tanya saya. Manalah tahu, entah-entah budak susah tidak berduit. Saya sedap-sedap makan ayam goreng semalam, manalah tahu, ada anak murid sendiri yang kelaparan.
Saya memandangnya.
Mata bertentang mata, dengan selamba di amenjawab.....
Saya memandangnya.
Mata bertentang mata, dengan selamba di amenjawab.....
"Yalah... petang tu saya dah melantak nasi dua pinggan. Buka puasa dah kenyang lah...cikgu."
Aduii.....
Ada juga anak murid yang macam ni. Tidak berpuasa dengan bangganya.
Saya pun menjadi ustazah tidak bertauliah sementara menunggu loceng berbunyi..........
~cikgunormah@klcitizen~
Adussssss.. mmg selamba betoi anak murid kak normah ni.....
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteAnak murid sekarang ini ada yang tak takut cikgu dan emak ayah. Tak tahulah siapa yang mereka mahu dengar? Pada masa yang sama ada ibu bapa yang semacam berserah kpd guru2 utk membimbing dan menasihati anak mereka.
Apapun cikgu, buat apa yang terbaik !
Salam
ReplyDeleteSedihnya bila ada orang macam tu kan...dah lah tak puasa, bangga diri pulak..Ya Allah berilah petunjuk kepada golongan yang macam ni...
hahahaha...
ReplyDeleteini bukan suatu lumrah kehidupan yang luarbiasa. Setiap kita melalui zaman kegemilangan mengharungi kenakalan serta belum matang dalam mengenal erti tujuan hidup. Cermin diri dari peristiwa. Lebih berkesan dalam mengenal jatidiri.
luku je kepala dia kasi tune semula mana2 wayar yg putus >:O
ReplyDeleteada murid yang jawab, mak ayah pun x puasa..
ReplyDeleteso.. camne???
Sabor jer lah.. Baca pun dah rasa macam nak luku jer kepala budak tu. Anak sapa tuh?
ReplyDeletehai..hai.. pening jadi cikgu ni ya!
ReplyDeleteagak2 berbuka b4 waktu berbuka tu lg nikmat kot...heheheh
ReplyDeletehaha..awal sangat dia buka..sbor jer
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteJujurnya budak tu, moga dia insaf dan bertaubat
@Webmaster@Echam
ReplyDeletetu lah ...echam, budak sekarang ni
@luahfikiran
ReplyDeleteinsyaAllah kita cuba yang termampu
@Ros Illiyyuun
ReplyDeletetu lah ros...
sedih, memang
@YuSeNzE - KniGhT
ReplyDeletetulah...
dalam menghadapi kerenah diorang ni, selalu mengingatkan diri yang mereka ni masih belum matang lagi
@Lynn Nasir
ReplyDeleteidea bagus tu lynn
@cikgu isza
ReplyDeletememang masalah kan...
@azieazah
ReplyDeleteanak orang kitalah juga azie...
@Insan Marhaen
ReplyDeletepening nak memahamkan je lah
@J.M.R
ReplyDeleteagaknyalah tu, kan
@hanif
ReplyDeletedua kali buka tu, kan
@Abd Razak
ReplyDeletepandangan yang berbeza, bagus juga pandang positif