memang menjadi kebiasaan saya suka bersembang dengan anak murid dalam 10 minit terakhir pengajaran, terutama kelas yang hujung. Sempena bulan Ramadhan, saya sibuk ingin tahu tentang menu bersahur mereka. Sambil bertanya, sebenarnya ingin mnegumpul idea untuk menu sendiri di rumah.
Kebanyakannya makan nasi semasa bersahur, kecuali seorang pelajar lelaki ini.
"Saya tak bersahur cikgu."
"Kenapa? Mak awak tak kejut ke?" si kaypochee ni bertanya.
Agak berat gaya hendak menjawab. Kejap hendak menggeleng, kejap hendak mengangguk.
"Mak awak ada lagi tak?"
"Ada"
"Awak tak duduk sekali ke?"
Baru dia mengangguk.
"Dah berpisah dengan ayah?"
Angguk lagi
"Ayah kawin lain?"
Angguk.
"Mak baru tak kejut ke?"
"Saya tak duduk sekali"
"Ooo... awak duduk dengan siapa?"
"Dengan abang...."
"Kenapa tak beli makanan, masa sahur tu panaskan?"
Muka pelajar ini sudah lain benar riaknya. Matanya seolah bergenang....Ahh... tak sampai hati pula hendak bertanya lebih lanjut. Pelajar yang nakal ini dalam kelas rupanya menyimpan seribu duka dalam hati dengan keadaan hidupnya, terutama di bulan Ramadhan ini. Bulan yang sepatutnya menambah erat kasih dan sayang antara ahli keluarga, terutama bila berkumpul berbuka puasa dan bersahur.....
Baru saya tahu kenapa perangainya sebegitu selama ini....
~cikgunormah@klcitizen~
memang simpati dengan pelajar2 yang mempunyai kisah hisup yang begini cikgu..
ReplyDeletetapi kadangkala tangan yang dihulurkan tidak disambut..
@cikgu isza
ReplyDeletemungkin kerana acap kali hati dilukakan oleh insan2 yang patut melindungi dan menyayangi mereka, maka untuk mengelakkan terusan hati terluka, mereka ini awal lagi menolak sebarang ikatan hati dengan insan lain...
mungkin.
salam,
ReplyDeleteharap2 ada hamba Allah yg boleh memberikan dia semangat dan ilmu utk mengawal diri dan menangani masalah.
salam ramadhan..pincang keluarga pincanglah akhlaknya...
ReplyDeletesalam Ramadhan,
ReplyDeletebukan mudah nak uruskan remaja bermasalah begitu..
mereka punya ego sendiri..
semoga Ramadhan kali ini mereka diberi kekuatan dan kebahagian berkat cikgunya yang prihatin
Sedihnya cikgu - hati mak, nak menyuap pun terkenang anak-anak
ReplyDeleteSalam :)
ReplyDeleteWalaupun sudah berpisah tanggungjawab mendidik anak tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.Semoga pelajar yang berkenaan tidak terus menympan seribu duka... :)
salam cikgu,
ReplyDeleteacap kali bila berlaku masalah dlm rumah tangga anak2 yang jadi mangsa. Sy ada seorg anak angkat yg duk ngan sy sekarang ni, mak ngan ayah dh berpisah ayah dah kawin lain. tapi dia tak nak duduk ngan ayah dia sebab diperhambakan dek mak tiri. Katanya depan ayah dia baik tapi belakang lain cerita. Hujung bulan ni dia akan duduk ngan mak dia pulak. kesian sy tengok budak tu.
ya,,mmg begitu la kak biasanya..bnyk masalah pelajar ni bermula dr rmh
ReplyDeletebolinang air mato eseh membaco'ea......
ReplyDeletesayu amek...
panggil anak baco sekali malam tadi bia dio sentiaso bersyukur dengan apo yang dio ado sekarang nie...
teimakasih cikgu...