Tuesday, August 3, 2010

bukan sekadar kisah nostalgik

Saya belajar sejarah hanya setakat Ting 3 dulu semasa mengambil SRP. Jadi saya bukan orang yang layak membicarakan tentang sejarah, kecuali sejarah hidup sayalah, kan.

Semasa menonton "The seven wonders in Muslim world" kelmarin di astro siaran Discovery Channel, saya tertarik dengan salah seorang pengulas, yang mengatakan bahawa , "I see the history of Muslims as hope for the future".

Memandang sejarah yang telah berlaku sebagai sebuah harapan memang baru pertama kali saya dengar. Kegemilangan Islam membuktikan bahawa ia bukan sekadar kisah nostalgik yang perlu  ditelusuri dengan rasa pedih di hati , tetapi, ia mengisyaratkan bahawa generasi akan datang bisa mengecapinya semula. Cuma bila tikanya dan bagaimana caranya, itulah yang perlu setiap dari kita berperanan. 

Sejarah juga, meminta kita untuk merenung kesilapan serta kealpaan yang manusia acap kali melakukannya. Di setiap kejatuhan ada penyebab dan musabab yang membantu menjatuhkan kegemilangan.  Dan yang itulah perlu kita lihat selalu dan cuba untuk tidak mengulanginya.

Hati begitu takjub melihat Masjid diperbuat dari Lumpur yang terbesar di dunia...

Djenne Mosque, Mali, Africa
Pengulas yang lain juga ada membangkitkan  fakta yang menarik apabila memperlihatkan Masjid Shah atau Masjid Imam  di Iran yang begitu besar dan sangat luas. 


Katanya, dalam sistem pemerintahan Islam, tiada bangunan Majlis Bandaran, Mahkamah dan tiada juga rumah tumpangan diwujudkan, walhal masyarakat pada masa itu adalah masyarakat yang kompleks . Apa yang sangat menarik ialah masjid menjadi tempat semua perkara yang disebutkan tadi.  Teringin juga kalau boleh melihat bagaimana masjid pada waktu itu berperanan kan. 

Namun begitu, apa yang pasti, setiap masjid yang ditunjuk dalam rancangan tersebut, mempunyai ahli jemaah yang sedikit  sekarang ini bila tiap kali masuk waktu berbanding keluasan Masjid tersebut...kecualilah Masjidil Haram.

*selasa malam, minggu depan dah mula solat terawih, kan...pasti masjid kembali meriah*

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. tiap kali jumaat pun meriah..;)

    raya juga

    ReplyDelete
  2. fungsi masjid tak macam zaman nabi dulu.. yang menjadikan demikian pemikiran kita juga..

    tak sabar menunggu puasa dalam keadaan begini.. :)

    ReplyDelete
  3. salam..masjid sekarang hanya jadik produk pelancongan...kipas lg ramai dr jamaah...

    ReplyDelete
  4. betul la cikgu. saya stuju ngn pendapat shahrom tu. Zaman kegemilangan khalifah bagi umat Islam dah berakhir. Umat Islam tu sendiri yang tak nak bersatu padu. Ambil contoh kat malaysia ni pun cukup la. Malaysia yang dianggap negara umat Islam yang paling aman dan maju(seperti yang diperkatakan) ni pun sebenarnya masih lagi umat Islamnya berpecah belah. camne pulak la dengan negara yang sedang bergolak tu kan?..

    http://wanshah87.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Salam Cikgu Normah,

    Sebenarnya ramai yang sedar tentang kebenaran islam cuma tidak mahu mengaku saja.

    ReplyDelete
  6. Yahudi hanya akan takut kebangkitan umat Islam bila masjid penuh dgn para jemaah utk solat Subuh. Kalau Subuh penuh, waktu lain lagilah.

    ReplyDelete
  7. Org kita ni ramai yg ahli sunat wal Jumaat iaitu bersembahyang sunat Raya dan Jumaat aje huhuhu

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.