Tuesday, August 31, 2010

Syak Wasangka

Sudah 53 tahun ...tanah tercinta ini merdeka. Yang utama waktu dan ketika itu, datok nenek kita  berjaya memerdekakan bumi ini . Tika itu, yang penting ialah kunci pemerintahan diserahkan pada yang selayaknya di kalangan kita. Datok nenek kita yang menentukan hala tuju negara, membangunkan negara dalam acuan dan kerangka yang selayaknya pada fikir dan kehendak mereka.

Setelah melepasi angka 53 ini, apakah yang utama yang perlu dimerdekakan semula? 

Seorang penceramah yang tidak saya ingat siapa pernah berkata :
"Sesuatu tamadun yang ujud di dunia ini musnah bukannya dek serangan dari luar, tetapi disebabkan masalah dalaman"
Pada hemat saya, kita perlu merdeka dari syak wasangka sesama kita. Isu racist perlu diminimakan seboleh mungkin. Ia ibarat barah menular secara diam yang akhirnya akan memakan diri. Kita akan salahkan semua orang kecuali diri kita. Ya, kita banyak berkorban tetapi tidakkah ada diantara jiran kita yang bukan sebangsa kita juga berkorban sama?

Bukankah ada di antara bangsa Cina dan India yang telah pun menjadi saudara seagama kita? Bukankah ada di antara rakan Melayu kita yang jelas lebih Barat dari Barat itu sendiri, lebih kuat rasa benci terhadap agama Islam berbanding jiran bukan Melayu kita.

Satu kisah benar berlaku pada seorang sahabat, seorang makcik Cina tua yang sedang memerlukan pertolongan berjalan ke arah sahabat tadi, walau pun di sekeling mereka terdapat kaum sebangsanya. Dalam pelat bahasa Melayunya, pertolongan yang diminta akhirnya terlaksana. Bila ditanya kenapa datang meminta tolong dari sahabat tadi, makcik Cina itu kata," Lu olang saya bolih picaya."

Semua kita sebenarnya perlu berusaha untuk lebih berbaik sangka dan kurangkan syak wasangka. Tidak semudah yang ditulis, tetapi perlu kita lakukan. 

Jangan cepat melatah, fikir secara terbuka dan lebih cuba memahami agar kita juga akan difahami.

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN!
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

27 comments:

  1. salam...
    Dalam kita bertolak ansur..kaum lain terus mendesak semakin lama semakin byk yg didesak.. kalau hanya 1 pihak itu bukan lagi bertolak ansur itu dah jadi bertolak terus.

    ReplyDelete
  2. Salam.
    Rasanya sebab mereka tu semua tidak pernah menghargai jiran-jiran disekeliling mereka. Mata melihat warna kulit yang berbeza. politik memisahkan kita semua. Harap-harap ada perubahan di masa mendatang ini.

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya bukan syak wasangka tetapi takut kehilangan kuasa. Kita sering dimomokkan dengan kegusaran dan syak wasangka antara satu sama lain.

    Kita banyak beretorik tentang perpaduan, 1 Malaysia dan sebagainya. Hakikatnya kuasa politik yang lebih utama.

    ReplyDelete
  4. salam kak normah,
    teringat seorang cina tua yang sanggup panjat pagar rumah saya minta pertolongan kerana ditinggalkan anak-anaknya tengah2 malam di kawasan perumahan tempat tinggak mak ayah saya...

    bila tangan dihulur... samalah berpimpinan..

    ReplyDelete
  5. Salam gemilang untuk anda, dan selamat kemerdekaan semoga terus berkonsi petuah disini

    ReplyDelete
  6. Ramai di antara kita yang masih belum Merdeka Minda...

    Selamat hari Merdeka.
    Merdeka! Merdeka! Merdeka!

    ReplyDelete
  7. impian saya sebagai pendidik
    untuk melihat kita tidak lagi terikat lagi dengan sistem yg tidak memerdekakan minda kita....

    ReplyDelete
  8. Salam...

    Berubah dari fikiran-fikiran yang menahankan dan menyekat kemajuan kepada fikiran yang membebaskan kemajuan dan menggalakkan kemaraan yang baik-baik dan mulia.

    Salam kemerdekaan..:)

    ReplyDelete
  9. @ozzy

    kekadang tindakan kita sendiri yang jelas menunjukkan ketidak adilan membuahkan rasa tidak puas hati

    contoh : insan yang jelas korup dan memakan duit rakyat, kita masih letakkan beliau di tempat paling atas dalam hierarki hidup kita, dan ketidak adilan ini membuahkan rasa tidak puas hati lantas desakan akan timbul

    saya kira jika dari mula kita adil , perkara sebegini dapat kita elakkan dari membarah

    ReplyDelete
  10. @Zezebel

    kuasa memang membutakan siapa sahaja, kalau kita punya kuasa pun mungkin, anak bini kita, keluarga kita akan terlebih kaya dahulu.
    pemimpin mestilah amanah

    ReplyDelete
  11. @mendewa

    ya mendewa,
    kita takut sebab kita tahu banyak kuasa yang kita dapat telah disalahguna, dan keistimewaan memegang kuasa itu akan hilang satu hari nanti atas tindakan kita hari ini..
    kita berdoa di bulan ramadan yang berkat ini agar Allah sentiasa menyelamatkan negara kita yang tercinta ini dari sebarang mala petaka dan bencana

    ReplyDelete
  12. @cikgu isza

    kebanyakan umat melayu muslim yang kental imannya memang boleh dipercaya kerana akhlak dan peribadi lahir dari iman tersebut

    namun sedikit kesal kerana pemimpim kita kini ramai yang tidak menggambarkan sifat mukmin sejati

    ReplyDelete
  13. @HIDUP SEORANG BLOGGER

    salam gemilang juga untuk anda
    semoga terus gemilang hingga akhirat nanti ameen

    ReplyDelete
  14. @hazeleyed lady

    kita harap kita tidak dalam kelompok tersebut
    salam merdeka untuk kak hazel juga

    ReplyDelete
  15. @Abd Razak

    betul razak, sahabat rasulullah dan BAginda sendiri punya hati dan minda yang begitu terbuka sekali...
    tidak terbelenggu dengan sebarang ketaksuban yang melampau

    ReplyDelete
  16. @- jinggo -

    impian yang sama jinggo
    salam merdeka

    ReplyDelete
  17. Salam merdeka :)

    Kita terlalu bangga dengan hari keramat - 31 Ogos 1957, lantas kita raikannya setiap tahun, raikan sejarah yang lampau, tanpa mengambil iktibar dari sejarah itu.

    Namun kita jarang sekali merenung kembali...apakah jiwa kita benar-benar merdeka dari dijajah oleh unsur-unsur negatif,iaitu godaan dari nafsu dan syaitan.

    'Semenjak dua menjak' ini terlalu ramai bayi yang lahir lalu dibuang...Tidak terfikirkah kita bayi-bayi yang dibuang itu, antaranya merupakan hasil godaan nafsu dan syaitan pada 31 Ogos tahun yang lalu (selepasnya hasil sambutan tahun baru)...

    Sama-sama kita renungkan dan muhasabah demi kebaikan bersama...

    ReplyDelete
  18. salam normah, kita pernah berkawan di sek main convent ipoh dulu. sekarang ramai kawan2 kita dah bertemu semula via FB. harap normah masih ingat kami semua :) . jika masih ingat, boleh lah emel saya di zajkm@yahoo.com

    elliza

    ReplyDelete
  19. selamat hari merdeka kak...semoga malaysia terus maju kehadapan

    ReplyDelete
  20. Salam Merdeka 2010 - moga kita sama-sama menghargai apa yang kita miliki ketika ini.

    ReplyDelete
  21. selamat menyambut kemerdekaan, semoga kita akan terus berjuang untuk mengekalkan kemerdekaan yg kita miliki

    ReplyDelete
  22. @Anonymous

    nanti kita email-an ya elliza

    ReplyDelete
  23. @Kujie

    salam merdeka juga untuk kujie
    wajar kita hargai...

    ReplyDelete
  24. @mijie

    insyaAllah...merdeka ini perlu dipertahankan

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum wm.wb.
    Kemerdekaan yang dimiliki setiap individu rakyat untuk memiliki hak dan keadilan sebenarnya sebagai insan yang baik, akan mensuasanakan kemerdekaann sesebuah negara. Hati dan minda yang ikhlas dan terbuka adalah elemen kemerdekaan dan sifat kasih sayang sesama manusia tanpa wasangka, dapat memeterai perpaduan sejagat yang akan mengekalkan keutuhan Kemerdekaan Bangsa dan Negara Kita.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.