Sunday, August 8, 2010

terkena

Orang Malaysia tidak kurang pandainya dalam merancang dan melaksanakan strategi. Apatah lagi dalam berkumpulan kerana di dalam kelas pun kurikulum kita banyak menekankan aktiviti dalam kumpulan.

pastikan pandang belakang


malang memang tidak pernah berbau


kepakarannya memang terserlah

Ramai yang sudah terkena..., pastinya kalau tidak kita pun, kenalan atau saudara mara kita pasti punya cerita yang sama menariknya.

Selagi kita sendiri tidak terkena rasanya, kita merasakan undang-undang yang sedia ada mencukupi. Andainya terkena batang hidung sendiri, bukankah kita rasa mahu sahaja memotong pergelangan tangan pencuri.

Dan masih ramai merasakan hukum hudud sudah tidak relevan dengan situasi zaman kini.

~cikgunormah@klcitizen~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 comments:

  1. Salam :)

    Yang "masih ramai" itulah antara salah satu sebab makin berleluasanya perkara-perkara negatif yang berkaitan.

    Semoga kita tidak tergolong dalam yang "masih ramai" itu.. :)

    ReplyDelete
  2. jenayah skrg ni berleluasa sangat..
    bila fikir balik, nak kuar umah pun takut...
    tapi itulah, minta dilindung Allah jer..
    baca ayat kursi untuk pelindung diri

    ReplyDelete
  3. Salam KLCitizen,
    Hanya hukum hudud yang amat sesuai untuk mana-mana zaman dan tempat.

    ReplyDelete
  4. hukum sekarang lebih pada menghukum sedangkan hukum hudud lebih kepada pencegahan.

    memang susah nak mengork rahsia tuhan...

    ReplyDelete
  5. Jenayah membawa padah........sepuluh, sepuluh, sepuluh

    ReplyDelete
  6. Salam..
    Persoalan yg pernah saya timbulkan bila mengajar sivik.. jika kena batang hidung sendiri, org pasti nak balas dengan yg terbaik. Dan masa tu, ramai pelajar bersetuju hukum hudud adalah terbaik..

    ReplyDelete
  7. minta dijauhkan dari menjadi mangsa jenayah yang semakin menjadi2 sekarang ni..

    ReplyDelete
  8. Salam,
    Ada rakaman CCTV, pencuri/perompak masih tak boleh ditangkap ? Allah nampak segala-galanya. Tunggulah balasanNYA

    ReplyDelete
  9. Zaman sekarang memang semakin mencabar..bahaya ada dimana-mana..lebih-lebih lagi di bandar2 besar..nak keluar sorang2 pun takut..

    ReplyDelete
  10. membangkang dengan hati..
    siapa kita di sini dan siapa mereka nanti di sana..

    ReplyDelete
  11. Salam Cikgu Normah,

    Sekarang ni hari-hari kita dengar cerita jenazah yang kadang-kadang selama ini tidak pernah terfikir dikepala kita.

    Sekarang rasanya dah sampai tahap yang kita dah tak selamat lagi nak kemana-mana sendirian.

    ReplyDelete
  12. Salam...

    Di mana-mana sudah tidak selamat. Rahmat Allah mula ditarik sedikit demi sedikit

    ReplyDelete
  13. semakin hebat pembangunan semakin tinggi peningkatan kes jenayah.. adakah rakyat di negara kita makin miskin walhal peluang pekerjaan semakin bertambah? pelik, pelik.. memilih kerja sangat kot.. setakat susun batu bata dah tak mau.. Malaysia oh Malaysia :(

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.