Wednesday, August 4, 2010

ingatkan tauke kedai

Masuk ke dalam kedai buku di kawasan tersebut, setelah sekian lama tidak menyinggah di situ, mata saya melilau mencari buku yang di kehendaki. Leher dok dipanjangkan, manalah tahu ada terselit di celah mana-mana, kerana susun atur buku telah berubah.


Malas pula hendak mengatur langkah lebih panjang lagi ke belakang. Sebab waktu pun sudah hampir Isya'. Orang tua berpesan, malu bertanya sesat jalan.

Ternampak seorang wanita lebih kurang sebaya saya di belakang rak pen.Mata bertentang mata , mulut saya pun berbicara.

"Kat mana buku soalan X ni ya? Cari-cari tak jumpa."  Bibir saya menguntum senyum.

Beliau memandang saya, ada nada blur di sebalik mimik mukanya.

"Eh... saya bukan pekerja di sini. Saya tengah cari pen..."

Alamak, hati saya seperti biasa marahkan diri sendiri.

"Oh...sori, sori... " lantas mata terus terhenti pada cashier yang berdiri berdekatan.

"Buku tu tak de lah kak..." jawab budak cashier tersebut.

Dalam pada saya hendak melangkah keluar setelah berterima kasih pada cashier, wanita pertama tadi menegur saya.

"Saya pakai macam ni , ada ke rupa macam  pekerja kedai ni?" tanya nya dengan nada sedikit kesal. Berbaju - t putih dan bertudung hitam yang agak sedikit tak terurus, memang pada pandang mata saya memang seperti pekerja kedai.

"Eh taklah... saya ingatkan tauke kedai tadi.. minta maaf banyak-banyak.." aii menipu lagi dalam pada niat nak mencari ilmu di kedai buku.

itulah... cakap malam pandang-pandang.

~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 comments:

  1. bila jujur tapi pedih susah juga kan cikgu?

    ReplyDelete
  2. Ehhh saya pernah juga tersilap begitu, dan orang pun tersilap begitu dengan saya...

    Tapi lum pernah lagi ler yg datang ulang tegur camtu. Sendiri kena maklum, kesilapan gini boleh berlaku pada sesiapa saja..

    alaaa.. takkan itu pun dia nak marah. uishhhh

    ReplyDelete
  3. Cikgu,
    Hahaha...cepat cikgu berfikir ya ..tauke kedai.
    teringat pulak saya masa window shopping carpet di jusco ipoh, tetiba ada indian family ni pi tanya harga carpet kat saya. Aplagi muncung la saya...rasa dah cukup bergaya dengan baju kurung+high heels dah. Agaknya macam tauke carpet la kan...
    lagi kelakar, masa berhenti kat hentian Tapah..saya cakap kat adik yg tengah ambil nasi tuh..dik nasi separuh, tetiba dia gelak2 cakap kat orang belakang saya apa saya cakap, then baru saya realise dia pun nak beli nasi gak hehehe..

    ReplyDelete
  4. Salam...

    Saya ni pulak, sering disalah anggap sebagai pekerja dan saya tak pernah tanya balik saya ni ada rupa sebagai pekerja ker, tauke kedai jauh sangatlah kot..hehe

    ReplyDelete
  5. Salam,
    LF pun ada pengalaman yang lebih kurang sama. Pernah disalah anggap sebagai pembantu kedai ! Sepatutnya naik atas sikit (tauke kedai) !

    ReplyDelete
  6. haha kakpah pun selalu jugak kena macam ni. nak cover malu kenalah cipta ayat...

    ReplyDelete
  7. ..sempat cikgu Cover segala yer..

    ReplyDelete
  8. saya pernah kena..dikatanya saya cleaner shopping complex walhal tgh tunggu wife pi toilet...

    ReplyDelete
  9. bagaimanalah respon wanita itu setelah dipuji sebegitu ye? :)

    masaklah kalau dia boleh mengesan sesuatu di sebalik ayat itu !

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.