Thursday, August 5, 2010

sindrom anai-anai.

"aduii... sakit pulak lutut kak normah ni"

Bertembung dengan salah seorang rakan sekolah di tangga tadi , sempatlah pulak mengadu. Memang dua tiga hari ini lutut belah kanan terasa sakit bila menapak naik tangga.

"Eh... nampak dari luar, macam muda remaja je....takkan dah sakit lutut?" seloroh rakan saya ini. 
"Ha... inilah sindrom anai-anai. Jangan tak tau. Ibarat perabot yang diserang anai-anai, luar nampak gah lagi, rupanya kat dalam dah habis reput," maklum saya, sambil memegang kepala lutut yang sakitnya menggigit.

"Err... kena panggil pest control lah kak normah..."

Amboiii... mentang-mentang dia muda lagi,  dia suruh kita pakai pest control lah pulak ya... 
:)


*Kenalah buat kelas-kelas di bawah yang tidak perlu memanjat tangga, bagi guru mengandung dan sakit lutut sama....kan.*

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. bayangkan umur bersara dinaikkan lagi..


    larat ke guru² yang dah nak pencen masa tu ek?

    Entri terbaru chekgu

    Jikalau bukan kerana Facebook♥

    ReplyDelete
  2. kena minta bantuan cik gajah..
    guna cara manual.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Salam Cikgu Normah,

    Setiap kali melalui sekolah, hati selalu berkata, tingginya sekolah, 3 tingkat tanpa lif. Macam mana kalau ada yang sakit lutut macam kak ani ni.

    Boleh ker dipertimbang untuk diberi kelas yang tak berapa tinggi.

    ReplyDelete
  4. ada betul jugak dipertimbangkan bangunan sekolah jangan dibuat bertingkat-tingkat,sekarang ni budak-budak dah pandai nak bunuh diri kat sekolah :)

    sindrom begini boleh berlaku tanpa mengira peringkat umur.

    ReplyDelete
  5. @sangilapi

    wah takutlah pulak bab membunuh diri ni
    nauzubillah

    ReplyDelete
  6. @Kunang-Kunang

    tengok pengetualah kak ani..
    tapi biasanya takde kelas yang di bawah ni
    atau pun selalunya penuh

    ReplyDelete
  7. @cikgu isza

    cik gajah mana ni ya?

    ReplyDelete
  8. @n@m@n
    entahlah naman
    sayang benor diorang nak lepaskan kita ya

    ReplyDelete
  9. oh.. itukah namanya? sindrom anai2.. ku rasa ku penah kena kot.. waaa.. ku da tua la neh ek?

    ReplyDelete
  10. cikgu, sakit lutut agak azab rasanya........

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.