Sunday, August 15, 2010

mencuit hati

Saya jarang benar mendapat komen yang mencuit hati untuk entri saya. Cuit di sini bermaksud, pertama kali baca, hati jadi lain macam, dua kali baca, akal berfikir, tiga kali baca rasa nak tersenyum sambil hati masih tak puas hati. Sebab menulis kekadang, maksud yang ingin disampai oleh sesiapa sahaja jadi lain.


Entri Hai...O?Ya ke? rupanya setelah sekian lama, ia mencetus komen seperti itu. Terima kasih kepada pengomen. 

Kita berbeza pendapat itu yang bagusnya. Dan saya hormati pendapat sesiapa pun. Asalkan jangan berselindung di sebalik anonymous. 

Terima kasih juga kepada semua yang membaca dan mengomen dengan ikhlas hati.

Yang penting..... kerjasama.

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. Kalau ada mana komen saya yang 'mencolok hati' pula, ampun maaf dipinta. Dari sekadar frasa, klausa dan ayat.....memang maksud sebenar kekadang tidak sampai. Lain kita tulis, lain orang fahamkan..

    ReplyDelete
  2. hem.. dah baca.. saya pun mampun senyum je.. ~~syyy.. saya x suka MLM.. hikhik~~

    ReplyDelete
  3. IM pun ada juga dapat komen dari anonymous. IM anggap dia ni SPY...

    So, kena hati-hati respon pada komennya tu...

    ReplyDelete
  4. salam kak normah..
    kalau cikgu nak approve komen saya utk entri tu atau tidak itu terpulang..

    saya hanya meluahkan rasa di hati dengan pengalaman yang saya lalui dan jawapan yang diberi oleh en.said...

    tak suka bila orang memperlekehkan orang lain dengan mengatakan sesoarang itu malas jika dia turut mahu kita jadi sepertinya..

    yang sedikit boleh tentu tidak boleh memberi impak yang besar begitu juga sebaliknya..

    emo sikit cikgu.. maaf yer..

    ReplyDelete
  5. salam wahai cikguku..

    seperti biasa komen-komen yang begitu memang banyak..apatah lagi kalau entri tu terasa terkena pada mereka..

    apa-apa pun, yang baik kita ikut yang was-was tu tak perlu ikut..

    ReplyDelete
  6. cuma agak kasihan pada cikgu sebab seolah-olah dia tak faham..

    Beginilah, kalaulah cikgu tak berkehendak, dia tak boleh samakan dalam keadaan yang macam itu.

    Pergi haji, kirim pada ibu bapa, itu semua adalah tanggungjawab, bukan KEHENDAK. KEHENDAK ialah yang macam diorang selalu iklankan tu. Rumah besar, kereta besar, dan apa benda lagi yang besar.

    Kita ambil contoh sahabat yang zuhud dan tidak pandang dunia. Bukankah mereka pun nak pergi haji, buat amal ibadat sedekah jariah semua, tapi adakah kita kata mereka berkehendak?

    Tak, bukan? Jujurnya pada yang tidak menyokong MLM pasti akan 'tercuit hati' atau 'sentap' kata budak-budak muda sekarang apabila terbaca komen yang sebegitu.

    Cumanya, anggap sajalah itu rezeki dia, dan kami lebih suka mencari rezeki dengan cara yang DIYAKINI HALAL, bukan bermakna kami ni malas...

    hai o pada masa itu kan ada jual red wine untuk masakan..kalau namanya wine tak kiralah wine halal atau haram, bukankah itu sudah menimbulkan rasa WAS-WAS?

    Dan bukankah kalau WAS-WAS walau sedikit pun, hukumnya sudah jatuh pada HARAM?

    maka tinggalkanlah yang haram.....

    akhir kata, kalau semua orang boleh senang macam ni, tak perlulah adakan lagi sekolah, tak perlulah jadi jurutera yang pecah kepala bertahun-tahun di universiti (malah gagal satu dua subjek, tambah setahun lagi), sebab kerana join MLM, tak sekolah pun boleh jadi kaya!

    jadi mengapa perlu belajar tinggi-tinggi? Tiada jalan pintas untuk senang.

    sekian dari saya yang dah lama tak menulis ni..

    ReplyDelete
  7. Cikgu - cara berfikir masing2 berbeza
    dan kadang2 menegakkan pendapat sendiri untuk dapatkan keyakinan saja

    ReplyDelete
  8. Saya ada komen yang Cikgu kurang senang ker?

    bagitau lah ya, sbb kadang2 komen diikuti lak dgn emosi..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.