Tidak tahu hendak mencoretkan apa, tetapi hati tetap mahu menaip juga. Saya kira ini penyakit biasa di kalangan blogger di luar sana, walau pun ada blogger yang memang idea di kepala, ibarat sungai yang tak henti mengalir kan.
Kerna beberapa minggu ini jarang benar saya dapat meluangkan masa untuk membaca. Itu yang pasti. Jika mahu banyak idea, bagi saya, mesti giat juga membaca. Hinggakan berziarah ke blog rakan yang lain juga makin kurang.
Teringat hendak menulis peristiwa di sekolah yang ada kalanya melucukan.... tetapi ada bibit malas yang menggigit hujung hati saya kebelakangan ini. Kalau dah malas, memang tak ada ubatnyalah...kan.
Kalau bolehlah berehat di rumah untuk setahun.... tanpa kerenah kerja pejabat/sekolah, agaknya seronok tak?
~cikgunormah@klcitizen~
kalau dah namanya guru tegar cikgu... takde mananya sronok cuti2 lama2 kat rumah..
ReplyDeletemacam cuti penggallah kan..
tapi kalau bagi duit ribu raban suruh pergi melancong.. takde hal cuti lama2...
:)
ingatkan bibik yang mengigit :D
tak seronok pun~sbb tu saya bersyukur cuti tahunan 14 hari saja.At least saya dah mula biasakan diri utk kerja nanti~Baru je Update tadi; Trip Ke Pangkor bahagian akhir
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteRihat setahun tu bukannya sekejap.Ada orang tu cuti 2 hari dah rasa bosan. Apapun, bagi LF, nak rehat panjang2 ni , seronok atau tidak , bergantung kpd beberapa faktor. Antaranya, apa yang akan kita lakukan dalam tempuh tersebut dan tahap kesihatan kita. Kalau tak sihat , memang wajar bercuti , rehatkan diri dan mungkin juga mendptkan rawatan utk penyakit kita. Cuti ni pun, ada beberapa jenis cuti - - cuti biasa, cuti kecemasan, cuti belajar, cuti tanpa gaji, cuti bergaji dan mungkin ada lagi. Ada orang tu, "disuruh" ambil cuti oleh majikan atas sesuatu sebab. Jadi, kalau KLC cadang nak ambil cuti, kena fikir habis2. Macam LF ni, dikira cuti hingga ke nafas terakhir (bersara).
salam pagi cikgu.
ReplyDeletejangankan setahun.. dapat cuti raya dua minggu pun jadiklah...
Salam...
ReplyDeleteAgaknya camner rasa bercuti setahun erk! Pergi sana sini, tapi kena ingat bab ibadah tiada cuti hingga mati..:)
Tak seronok duk umah jer. Ingat masa dlm cuti brsalin ... huh, boring bangat!!
ReplyDeleteMalas ini semacam wabak pulak..
ReplyDeletesalam.
ReplyDeletemama baru je terkena penyakit ni. Memang tk de ubatnya. Walaupun ada idea..tp..tinggal je sebagai idea. .Sekali bila nak up grade..hampir terlupa pulak password..
Kak KL,
ReplyDeleteAna tak boleh duk rumah lelama.. Mesti ada masa2 nak gi sekolah jugak even time cuti2.. hehe..
Cuti setahun? huuu lama tu... (tapi kalau ada income lain bolehkan aje.. haha)