Waktu di jam tangan menunjukkan pukul 530 petang. Asap memenuhi laluan pejalan kaki di ruangan tengah. Asap dari gerai-gerai bersebelahan di kiri kanan melekat di baju. Banyak betul menu bakar membakar ini, berjenis2 ikan yang dibakar, termasuk juga ayam percik pelbagai resepi.
Saya tertarik dengan gulai kawah. Ada yang digulai bersama rebung, ada juga dari umbut batang pisang (?), nampak menarik sekali. Siap kawahnya diletak di depan meja jualan bertujuan menarik pelanggan. Saya pandang bunting memberitahu harga jualan RM5.
"Kak... kalau nak beli separuh, RM2.50 bole?" tanya saya. Memikir yang makan nanti hanya saya seorang, sebab harith tidak gemar.
Kakak penjual yang nampak sungguh penat di air mukanya, agaknya kurang rehat, memandang saya.
"Tak, saya jual sebungkus penuh, RM5." Sambil itu saya lihat beliau menyenduk 3 kali ke dalam bungkusan plastik untuk diikat atas permintaan pelanggan yang bersebelahan saya.
Mmmm......... tidak mengapa, pujuk hati saya. Nanti ke depan pula, mana tahu ada penjual yang boleh menjual separuh.
Berjalan jauh juga, terjumpa dengan gulai kawah juga, tetapi versi kelantan, katanya.
"Kak, boleh beli separuh? RM2.50?" tanya saya setelah melihat tanda harganya.
"Tak... saya jual penuh, RM5.00..." balas kakak tersebut yang sedang sibuk melayan pelanggan yang lain.
mmm...... susah juga ya. Ada duit pun orang tak nak, duit saya tak laku rupanya.
~cikgunormah@klcitizen~
pastinya peniaga jenis instant untuk bulan ramadan aje kot..kes nak untung besar huhu
ReplyDeletesalah tu cikgu..bukan x laku..x cukup hehe
ReplyDeletesalam cikgu,
ReplyDeletedulu pernah juga perkara yang sama terjadi kat saya di bazar ramadhan bila nak beli sambal petai RM1. Toke gerai kata tak dapat dik. So, saya minta RM2 dan orang tuh, bungkuskan 2 senduk sambal petai. Masa tu terpikir jugak saya kenapa pulak RM1 untuk satu senduk tak dapat ya. Nampaknya duit RM1 saya pun tak laku la cikgu
Salam cikgu..
ReplyDeleteMenolak rezeki tu, bukan duit cikgu tak laku..
@etomyam
ReplyDeleteya, nak untung besar lah tu
duit kecik2 taknak, kan.
@ozzy
ReplyDeletebetul lah tu...
tak cukup lagi rm2.50 kan
@FairyLilly
ReplyDeleteya.. samalah tu lilly
@Abd Razak
ReplyDeletebetul razak... menolak rezeki lah diorang tu
masa tengah laku memang tak jual separuh.. cuba tengok kalau tak laku laku.. mesti boleh beli separuh.. mungkin beli sehinggit pun boleh.
ReplyDeleteada harga minimum kan cekgu.........
ReplyDeleteHahahahaha....
ReplyDeleteTime Ramadhan ni siapa yang tak berduit tak laku.
Letak jer apa-apa kat pasar ramadhan tu pasti habis. Sedap belum tentu.
Sombong sungguh peniaga itu... Tamak...!
ReplyDeleteSalam Normah
ReplyDeleteSekarang ni ramai juga yang berniaga yang hanya nak untung di dunia je.. itu yang jadi macam tu.
@azieazah
ReplyDeleteentahlah azie.. agaknya memang dah bersyarat kut
@Zezebel
ReplyDeleteyalah zezebel...
sedap belum tentu lagi
@al-mankaraqi
ReplyDeletemungkinlah kut
itu harga minimumnya
@endiem
ReplyDeleteitu memang lumrah kan