Profesor: Anda tahu membaca? (tanyanya pada pendayung sampan)
Pendayung: Tidak
Profesor: Sayang sekali. Anda telah kehilangan sebahagian hidup anda. Akibat buta huruf, kamu telah hilang separuh keupayaan untuk berjaya dalam hidup.
Profesor: Anda ada membuat simpanan wang? (tanyanya lagi pada pendayung sampan)
Pendayung: Tidak . Hidup saya cukup-cukup saja tuan.
Profesor: Ahh...sayang sekali. Hilang lagi separuh lagi kehidupan kamu. Susah untuk hidup selesa bila tua nanti tanpa simpanan.
Tiba-tiba sampan bocor dan habis daya keduanya, sampan tidak dapat diselamatkan.
Dalam keadaan cemas itu..
Pendayung : Tuan bisa berenang?
Profesor: Tidak....
Pendayung : Ahh...sayang sekali. Tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan disebabkan itu.
*kena belajar berenang lah nampak gayanya saya ni...*
~cikgunormah@klcitizen~
Cikgu Normah...
ReplyDeletekat mana nak belajar berenang? hehehe
Kene tambah lagi satu aktiviti koko tu kak normah...
ReplyDeleteSaya dah baca cerita ni, ada banyak versi tapi bagi saya cerita ni nak mengajak kita supaya tahu memilih yang utama dari yang utama...
ReplyDeletePada prof tu, wang adalah penyelamat dan segala-galanya, tapi dia salah tempat, dalam kedudukan dia masa itu, ilmu berenang lebih penting dari wang berjuta.
Tapi kalau kita bawa ke dalam kehidupan kita sebagai muslim, ilmu agama itulah yang lebih utama supaya kita tak "tenggelam" di dunia dan di akhirat nanti. Agama itu ibarat kita pandai berenang, kerana ramai yang karam sebab tidak ada pegangan agama.
So ingatan pada prof tu dan pada diri sendiri, wang bukan segala-galanya walaupun ia sepenting oksijen dalam kehidupan kita.
Itu pendapat sayalah wallahhua'aklam.
salam..kne belajar dgn nurul huda abdullah nie
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteAda hikmah disebalik ceritanya..
Jangan kita tenggelam dalam dunia tanpa adanya ilmu yang membimbing kita ke jalan yang diredhai..
Pengajaran tersirat disebalik cerita ini..jangan lupa belajar berenang juga..
ReplyDeletejangan sangka ilmu orang lain kosong jika dia tidak memiliki ilmu yang kita miliki... belajar menghormati antara satu sama kain, bukan memperlekehkan..
ReplyDeletetak gitu cikgu?
Nyawa adalah yang paling penting dalam hidup ini..
ReplyDeletecik gu sama lah kita..tak pandai berenang..
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteHebat pengajaran drpd entri ini. Cikgu tak pandai, LF pula tak tahu langsung. Kalau jatuh dalam air, jawapnya mati katak !