Friday, August 6, 2010

jaga kubur

Mendengar sembang motivasi ulangan lagi di Ikim.
Manusia yang buta mata, sentiasa berterima kasih pada insan yang membantunya, tetapi orang yang buta hati, tidak ingin orang lain membantunya.
Kata-kata tersebut terngiang-ngiang di telinga, walau sembang motivasi sudah diganti dengan lagu-lagu nasyid. Benar sekali peringatan tersebut.

Kita tidak ingin diperingatkan dengan kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan, namun, jika ditunjukkan dengan baik, sewajarnya kita menerima dengan hati terbuka.  Bukan senang mengaku kesilapan, tidak mudah mengiyakan kesalahan. Sesiapa sahaja pun begitu.

Tetapi janganlah hendaknya kita menjadi orang yang buta hatinya. Bila ditegur, marah menyinga dan meminta kita menjaga kubur sendiri.

"Encik jaga anak encik sendiri ya, jangan nak sibukkan anak saya. Pandailah saya menjaga..."

*hati kita semakin lemah tautan nya, mungkin kerna ubat hati yang sepatutnya kita ambil, tidak kita pedulikan*



ubat hati- opick

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. sure...itulah ego..dan sgt bahaya..hmm..org mcm ni mmg sgt bahaya!

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Orang yang buta hati tak mungkin terima nasihat orang lain. Susah kita nak berkawan dengan orang macam ini.

    ReplyDelete
  3. hidup bak kera sumbang cmne la..
    xmkn nasihat org kelak menyusahkan org jugak.

    ReplyDelete
  4. Salam...

    "Dan barangsiapa di dunia ini buta hatinya, maka di akhirat nanti juga akan buta,dan lebih sesat lagi jalannya." QS. Al Israa:72

    ReplyDelete
  5. itulah yang jadi rosaknya masyarakat kita hari ini.Aku , aku , kamu, kamu.

    ReplyDelete
  6. sy tertarik untuk kongsi cerita yg sdkt menggelikan hati sy berhubung satu cerita

    kata seorng yg alim orngnya..apabila dia selaku orng beragama menegur seorng yg angkuh lalu dikatanya kubur masing2..jd x perlu masuk campur..katanya kalau begini orngnya baik kita jwb begini..hmm..mmg btul kubur masing2..tapi masalahnya bila kamu mati kamu akan menyusahkan orng..nk kena mandikn jenazah,nak kena kafankan,nk cr iman uruskan itu ini..kalau pun kamu sakit tenat,mula la cr pak iman..jd jngn ckp kubur masing2..seolah2 kamu tak perlukn sapa2 dlm kehidupnmu..seolah2lah pula kita tak perlukn nasiht ttng diri kita..sdngkn kita sentiasa perlukn manfaat orng lain..terutamanya bila kita sakit dan mati..maka sbb itu ada kalanya mendengar tegurn itu sngt baik untuk diri..

    ReplyDelete
  7. mmg, kebiasaannya org mengambil teguran sbg sesuatu yg negatif. sdgkan org menegur kerana ambil berat.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.