Thursday, August 26, 2010

Main video game

Saya baru tahu rupanya ada pertandingan game siber peringkat dunia selama ini. Pertandingan yang dikenal sebagai e-sport ini telah bermula sejak tahun 2000, dan salah satu penganjur utama ialah WCG. Ia dianjurkan setiap tahun.

official website
ada beberapa gambar event yang menarik juga dari bebrapa negara yang mengambil bahagian...

di korea
di Indonesia

di romania


ada banyak lagi negara yang turut serta, tapi gambar dari Malaysia tak nampak pulak.

Bukan WCG sahaja yang menganjur pertandingan sebegini rupa, ada lagi yang lain. Pokemon Video Game Cahampionship Series  pun ada dan telah selesai pada 14 dan 15 Ogos lepas yang menemukan pemenang dari beberapa negara lain di Hawaii. 

Pemenang Dunia Pokemon ni ramai datang dari Jepun.

Dari gambar-gambar tersebut saya lihat majoriti pemain adalah anak-anak muda lelaki, tanpa mengira bangsanya. Kenapa ya? Hairan juga..

Permainan video game ini memang merupakan industri yang sangat besar dan menguntungkan sekali, kalau tidak masakan pertandingan peringkat dunia boleh dirancang dan disusun atur sedemikian rupa. 

Video game Islamik patut diujudkan ... dan diadakan juga pertandingan peringkat dunia sebegini mengisi  jiwa anak-anak muda yang memang sukakan video game.... masyarakat Islam kita tidak kurang dengan pakar IT dan programmer nya, kan..

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments:

  1. bersetuju dengan perenggan terakhir tu, sudah sampai masanya video game konsep dan tema islamik di popularkan

    ReplyDelete
  2. mereka tu tak kisahkan pengisian untuk masa lapang mereka....cipta games & kreatif...main games...bila ramai dah join...buat pertandingan...budak2 kita bila dapat games terus leka...pengisian yang buang masa dan salah guna
    ( cth bawak ke sekolah...yg kecik2 ) aje...

    ReplyDelete
  3. Salam...

    Kalau nak cipta Islamik game tentukan jangan sampai melalaikan..

    ReplyDelete
  4. pandangan yang baik untuk mewujudkan islamik game... moga game-game yg dicipta itu makin mendekatkan anak-anak kita dengan penciptanya.

    ReplyDelete
  5. setuju dengan abu muaz..

    ReplyDelete
  6. salam..

    memang nampak ramai lelaki yang minat main games nie

    ReplyDelete
  7. @etomyam

    saya rasa ada dah satu dua di pasaran tetapi tidak mendapat sambutan agaknya
    biasalah benda baik...susah mendapat tempat

    ReplyDelete
  8. @sonata anak kancil

    ya sonata... budak negara lain, bermain untuk bertanding, budak kita banyak menghabiskan masa dan duit je

    ReplyDelete
  9. @abu muaz

    harapnya kalau wujud, begitulah keinginan kita kan

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.