Hari sebelumnya, saya sudah mengamuk dalam kelas ting 4u ini. Mengamuk sebab tidak menghormati saya sebagai guru. Boleh pulak main kejar-kejar, nak membalas usikan rakannya, sedang saya sibuk memberi penerangan di hadapan. Waktu itu pula, sudah pukul 12 tengahari, cuaca yang panas menyemarakkan lagi hangat hati saya. Apa lagi, ada yang merah bahunya, tanda hadiah cubitan dari saya.
Esoknya, memulakan hari di kelas yang sama. Memang berdoa agar Allah memudahkan. Agaknya, jam masih awal lagi, pukul 7.35 pagi, anak-anak ini masih belum hilang kantuknya dan keterujaan untuk berlari, melompat dan menendang rakannya belum tiba.
Semuanya lelaki, belasan tahun.
Sedang asyik menerang dan berjanji soalan yang sedang dibincang akan saya keluarkan dalam peperiksaan akhir tahun (tipu sunat untuk pastikan mereka memberi perhatian), masuk Syafiq, sambil menghulurkan pas lewat pada saya.
Tiada salam atau ucapan pun, hanya muka masam yang dihadiahkan pada saya. Alhamdulillah, hormon saya stabil pagi tersebut, dan mood saya dalam kategori 10, ceria amat kerana berbaju kebaya merah....(haha...apalah kaitannya kan?)
Selesai memberikan kertas edaran padanya, saya meneruskan pelajaran pagi itu.
Sesekala saya menjeling ke arah Syafiq. Mukanya masih monyok. Sekejap-sekejap, beliau meletakkan kepalanya di meja.
"Syafiq....! Awak sihat tak?" laung saya dari depan.
Beliau mengangkat kepalanya. Tetap tidak mahu menjawab.
"Ish... cikgu ni. Budak kat belakang cikgu tanya, saya yang kat depan ni demam, cikgu tak nak tanya pun. Ini yang tak nak belajar nih...." tiba-tiba, Zaini yang berkulit hitam manis bersuara dengan kuat.
Duduknya selang dua meja dari saya yang sedang berdiri di hadapan kelas.
Ah... saya tak sangka betul dengan reaksi tersebut, hanya tersenyum dan akhirnya tergelak kerana merasakan ia agak sedikit lucu...Rakan Zaini yang lain juga ikut tergelak sama.
Alamak... touching pulak budak-budak ni pagi-pagi buta.....
*budak kelas hujung ni rata-ratanya memang kurang kasih dan perhatian *
~cikgunormah@klcitizen~
manja ke atau demand?
ReplyDeletehaha seronok melayan budak2 kan kak??
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteSemuanya mahu diberi perhatian, cikgu..:):)
budak2 ni kadang2 nak perhatian dari cikgu...
ReplyDeletekita ni kadang2 susah nak pahamkan mereka. Mereka pula selalunya malasa nak paham kita..
ReplyDeletesabau je la..
Org nama Zaini ni mmg kelakar kot. Mcm jiran yg satu blok dgn kita tu hehehe
ReplyDeleteIsh3.
ReplyDeletecikgu..
Bila membaca n3 ni..tergambar bertapa jauh perbezaan zaman teman dulu bersekolah..
kami menghormati guru apatah lagi kalau cikgu ada kat depan..sekali pun tak mengajar...
remaja kita memang kurang kasih sayang... wang ringgit mudah bagi mereka.
ReplyDelete@abu muaz
ReplyDeletebetul tu abu muaz
@Lana~Bulu
ReplyDeletezaman dah berubah lana bulu
@Yunus Badawi
ReplyDeletesaya setuju
@kakpah
ReplyDeletetu lah kak pah...
selagi bergelar guru
@Nida
ReplyDeletetu lah nida... kekadang mana ada masa
@Abd Razak
ReplyDeletebetul razak
@imanshah
ReplyDeleteada masa geram juga
@Insan Marhaen
ReplyDeletedua-dua lah tu
salam
ReplyDeletecikgu kelas ada kosong tak
rasa nak sekolah balik
baik punya memori.. mekasih
Salam..Cik'gu..agaknya anak murid tgah bad mood..bnyk2lah bersabar menghadapi murid2 yg bnyk ragam.
ReplyDeleteBanyak2 bersabar cik'gu.
ReplyDelete