Hari ini saya ingin berkongsi sedikit petikan dari majalah I bilangan 95, Sept 2010, dalam artikelnya 'Mengapa Yvonne Ridley Memakai Tudung?'
British-born, award-winning journalist Yvonne Ridley is well known in the Muslim world for her outspoken views and defence of Islam. She endeared herself to the Muslim community in Britain when she reverted to Islam 30 months after making international headlines when she was captured by the Taleban on an undercover assignment in Afghanistan. She was a senior reporter of the Sunday Express at the time, having spent nearly 10 years in Fleet Street working for several prestige titles including The Sunday Times, The Observer, Daily Mirror and Independent on Sunday..
BiographyYvonne Ridley, Former Taliban Captive, Convert to Islam - Friday, 01 October 2010 © Yvonne Ridley, Former Taliban Captive, Convert to Islam
Yvonne Ridley dari awal sebelum islamnya lagi, memang merupakan antara wartawan wanita yang bersuara lantang dalam penulisannya. Artikel terbarunya tentang Dr Aafia Siddiqui, seorang saintis Pakistan yang ditahan tanpa sah sehingga kini oleh pihak FBI, USA menambahkan rasa amarah saya pada pihak USA.... Dr. Aafia Siddiqui - a victim of U.S. aggression against Muslims
Sebahagian artikel dari majalah I tentang prinsip Yvonne Ridley:
Sudah bertahun-tahun saya menjadi seorang yang memperjuangkan hak wanita atau feminis. Bahkan sehingga ke saat ini saya masih feminis Muslim yang berjuang untuk kepentingan kaum wanita. Bezanya adalah, wanita feminis Muslim adalah jauh lebih radikal berbanding rakan feminisnya yang sekular. Sebagai bukti perjuangan wanita di Afghanistan, mereka benci sebarang pertandingan kecantikan dan berusaha keras untuk tidak gembira semasa melihat Miss Afghanistan yang memakai pakaian mandi.
Saya telah kembali ke Afghanistan beberapa kali dan saya boleh katakan bahawa tidak ada wanita yang berkerjaya yang bangkit dari reruntuhan di sana. Wanita Muslimah Afghan berharap kepada saya agar Barat tidak terlalu prejudis dengan bhurka yang mereka pakai.
"Jangan perjuangkan kami untuk menjadi wanita kerjaya, tapi carikan pekerjaan buat suami kami. Tunjukkan bahawa kami boleh mengirim anak-anak kami ke sekolah secara aman tanpa takut diculik. Berikan kami keamanan dan makanan di meja makan," demikian kata seorang wanita Muslimah Afghanistan kepada saya- "- Yvonne Ridley
Katanya lagi...
I used to look at veiled women as quiet, oppressed creatures and now I look at them as multi-skilled, multi-talented, resilient women whose brand of sisterhood makes Western feminism pale into insignificance. My views changed after the truly terrifying experience of being arrested by the Taleban for sneaking into Afghanistan in September 2001 wearing the bhurka. How I Came to Love the Veil Yvonne Ridley, Former Taliban Captive, Convert to Islam - Friday, 01 October 2010 © Yvonne Ridley, Former Taliban Captive, Convert to Islam
Penindasan terhadap wanita di negara Pakistan, Afrika, Arab malah di Malaysia sendiri sebenarnya tidak langsung berkait dengan agama Islam. Kita faham itu, tetapi masyarakat Barat memberi konotasi yang sangat jauh menyimpang terhadap amalan-amalan kahwin paksa, kahwin bawah umur dan sebagainya dan mengaitkan ia dengan ritual agama Islam.
Walau pun banyak usaha dan pernyataan yang dibuat oleh bijak pandai dan pendakwah Muslim tentang perkara ini, tetapi, disebabkan adat serta tradisi yang masih berterusan, kenyataan dan keindahan Islam masih tersembunyi kemilaunya.
Saya berdoa agar kelantangan saudara seagama Yvonne Ridley dalam mengetengahkan segala yang hak akan terusan diberi kekuatan oleh Allah.
Walau pun dek sebab kelantangan beliau itu, pernah mengguris hati penyanyi nasyid British terkenal Sami Yusuf satu waktu dulu, saya yakin dan percaya kecintaannya pada Islam yang memberikan beliau keberanian untuk terus berjuang dalam penulisannya.
*dari kecil dulu teringin jadi wartawan seperti Yvonne, tapi tinggal jadi angan-angan saja dalam mimpi
~cikgunormah@klcitizen~
Lantang didengar takpa, jangan lantang ibarat jelatang. Sedih...
ReplyDeletealhamdulillah..
ReplyDelete@azieazah
ReplyDeletesetuju ngan azie
@Hamizah
ReplyDeletememang bersyukur kan
membanggakan..walau tidak ku kenali :)
ReplyDeletep/s: cikgu normah tahu ke pasal "teacher shida" yg glamer dok miming kat youtube skang ni?
salam cikgu.
ReplyDeletesyukur sebab insan yg hebat macam Ynonve bila memelukislam,ia beti kesan besar kepada masyarakat barat.spt juga yusuf islam..