PMR 2010 sudah melabuhkan tirainya. Anak-anak murid yang berada di Tingkatan 3 pastinya melonjak riang, kerana tidak lagi dibelenggu dengan kelas tambahan dan latihan yang tidak henti.
Hanya tinggal lagi doa yang pastinya tidak putus, agar keputusan yang bakal diraih nanti adalah keputusan yang membahagiakan tiap keluarga yang terlibat.
Lagi 6 tahun, PMR akan berubah warna. Secara peribadi saya juga tertanya dan ternanti-nanti bagaimana rupanya nanti penilaian versi baru yang akan dijalankan nanti. Walau pun ada dinyatakan secara ringkas, penilaian berasaskan sekolah, kita masih juga ingin melihat sejauh mana kematangan warga pendidik dan masyarakat umum akan terserlah nanti dalam pelaksanaan sistem tersebut.
Secara individu, sebagai guru Sains, saya inginkan situasi ideal, di mana pelajar-pelajar membuat projek ringkas mengaplikasi kemahiran saintifik mereka dan di akhir tahun nanti penilaian akan dibuat berdasarkan pembentangan projek mereka.
Projek tidak perlu projek canggih atau kompleks, tetapi memadai projek ringkas, contohnya, membandingkan pencuci manakah yang terbaik di pasaran untuk mencuci stokin mereka, atau cara terbaik menyimpan sayur hijau di dalam peti sejuk atau yang sebagainya.
Banyak contoh projek ringkas di laman web, kerana setahu saya sistem pendidikan di beberapa negara maju memang menilai pelajar di peringkat sekolah melalui projek sains mereka.
Memang sekarang, Penilaian Berasas Sekolah untuk subjek Sains ada menilai pelajar dari segi kemahiran mengeksperimen, tetapi penilaian yang dibuat agak rigid dan kaku. Sebagai guru, saya sendiri merasa tidak puas dalam membentuk kemahiran pelajar melalui penilaian berasas sekolah yang sedia ada.
Walau bagai mana pun, suara saya tidak bisa melepasi bumbung sekolah dan didengari oleh pihak pembuat dasar. Keinginan dan arahan yang perlu diikuti memang tidak pernah seiring.
Selagi masih menunggu penyata gaji di akhir bulan, selagi itulah "Saya yang menurut perintah", yang akan menggerakkan tindakan.
~cikgunormah@klcitizen~
perintah yang perlu dituruti..
ReplyDelete;)
ntah la...x berapa nak paham...kadang perancangannya nampak gah tapi perlaksanaannya hancuss....apa2 pun saya rasa sistem SRP dulu lebih baik...
ReplyDeletelega kanns..
ReplyDeleteSepatutnya kerajaan membuat eksperimen terlebih dahulu sebelum melaksanakan sesuatu keputusan. Bagi saya, itu lebih penting sebelum membuat keputusan berdasarkan teori sahaja. Anak-anak adalah masa depan Malaysia kan?
ReplyDeleteTeringat sebelum tamat LCE cikgu dah buat planning nak melancung ke KL. Lebih teruja ialah saya dan rakan-rakan buat camping di tepi laut.
ReplyDeleteDemi KPI..kena juga menurut perintah..hehe!
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteApa pun keputusan kena ikut juga kan!
Sy amat setuju ngan cadangan akak tu.. be like university style.. learning will be more fun.. apa2pun anak sylah golongan pertama yg xkan duduk PMR.. apalah penilaian baru tu..
ReplyDeletesalam kak Nor
ReplyDeletesekarang tibalah pula masa 'Program Selepas PMR"
selamat bertugas, kak
Salam Cikgu Normah,
ReplyDeleteSemoga segala perancangan dalam dilaksanakan sebagaimana dirancang.
saya pun begitu juga...saya yang menurut perintah...psssstt...program lama ade yang yg "tergantung"...KIV dulu la jawabnya
ReplyDeleteSalam kak normah..cg2 kat sekolah saya sedang merungut, bertambah kerja ...yg mengajar tuition tu, paham2 lah..manusia2
ReplyDelete@cikgu isza
ReplyDeletebetul lah isza
@hai
ReplyDeletekita tunggu dan lihat je
@en_me
ReplyDeletebudak2 memang lega
@Zezebel
ReplyDeletesusah nak kata belle..
kata mereka projek rintis sudah dijalankan
@Ariff Budiman
ReplyDeletesekarang nak buat melancong-lancong ni kena pikir banyak kali...apatah lagi banyak kemalangan
@relevan
ReplyDeletebetul tu
@Abd Razak
ReplyDeleteya betul razak
@ummu
ReplyDeletebetul ummu
selamat bertugas juga buat ummu
@Kunang-Kunang
ReplyDeleteitulah yang kita harapkan
@sonata anak kancil
ReplyDeletebanyak juga yang tergantung ni kan
@imanshah
ReplyDeleteya....
tapi kita pun belum lihat macamana pelaksanaannya
@Syura Ambin
ReplyDeleteya syura...
camanalah nanti tu ...kan
Ass-Salam Cikgu
ReplyDeletebukan tak ada positive thinking...but...
risau format baru tu kepada majority pelajar yang jenis kena spoon feed!
Assalaamu`alaikum kak
ReplyDeletesaya rasa terlalu banyak kontra berbanding pro dalam pemansuhan PMR. Saya lebih suka kalau UPSR dimansuhkan berbanding PMR. Saya risau ketirisan akan terjadi di mana-mana sekiranya format penilaian melalui peperiksaan seperti mana yang sedang kita praktikkan kini diubah. Rasanya tak perlu saya ulas bocor yang mana, kerana semua pasti tahu kebimbangan yang saya utarakan itu tadi.
Entahlah, saya harap mereka yang duduk berbincang di dalamnya sudah berpikir semasak-masaknya bentuk penilaian yang akan di ambil. Jangan sampai pisang berbuah sampai 3 kali.
Salam.
ReplyDeletePembuat dasar pun de jugak kena baiki di sana sini. Kena reti keperluan negara sendiri. Nak ikut negara maju tapi kena sesuaikan dengan resam budaya dan kemajmukan. LPP kena ubah format supaya penilaian betul-betul menilai potensi yang bukan merugikan anak n pelajar. Kita selalu laungkan % peningkatan n kuantiti n kualiti. Yang spana idup beribu-ribu tu gelap masa depan tak di kesah, apakah sistem dan instrumen penilaian betul? dan sukatan sesuai?