Monday, October 4, 2010

Positif dalam fikiran dan tindakan




Beberapa hari ini nanti, blog ini akan terabai buat seketika, begitu juga dengan twitter saya. Ada hal penting dan besar yang perlu dilaksanakan dan memerlukan perhatian penuh dari saya, sehinggalah minggu hadapan.

Hari Ahad malam, sempat menghadiri majlis kenduri perkahwinan sepupu suami saya di Hotel Sunway. Alhamdulillah, rezekinya murah, dikurniakan Allah suami yang mampu melaksanakan kenduri kahwin di hotel bertaraf lima bintang. Apa lagi, pucuk dicita ulam mendatang, teringin juga hendak merasa suasana berkenduri ala-ala orang berduit ni, kan.

Saya cuba untuk berlagak biasa seperti orang kampung tetapi bila dikelilingi oleh ramai manusia yang bergaya dan berjenama hias bagai, aii.... terasalah juga betapa tak berduitnya saya. Itulah,  bila asyik memandang bintang di langit, tidak terasa indahnya rumput di kaki sendiri, kan. Padahal, sebenarnya hidup sendiri pun sudah cukup serba serbinya.


majlis perkahwinan 5 bintang

tetamu yang berbintang-bintang ~ biras saya dan saya
Sebagai tetamu, semuanya indah dan sedap. Yalah... orang sudi menjemput, takkanlah hendak mengata majlis orang pulak kan. Tak baik macam tu. Nanti orang kata , macam tidak mengenang budi , ibarat melepaskan anjing tersepit.

Saya rasa entri saya kali ini banyak menggunakan peribahasa aras sekolah rendah, kan. Kalau dalam peperiksaan Bahasa, penggunaan peribahasa yang diselitkan dalam karangan akan memberi markah bonus yang banyak pada pelajar, kan... Jadi, anak-anak murid yang membaca entri ini sila jangan ikut ya. Dan jangan lupa... esok dah mula PMR, kan.

Selamat menjawab peperiksaan bagi semua yang akan  mengambilnya, doa banyak-banyak agar tenang dan dipermudahkan. Ishhh.....hati saya yang berdegup kencang rasanya......

Apa pun, sebelum mengakhiri entri tidak bermotif saya kali ini, saya mengucapkan syukur kerana Allah memberi saya ruang dan peluang lagi sekali menziarah sahabat maya iaitu Maiyah di rumah terbukanya. pergi pun setahun sekali kan, maiyah...

Mengenal beliau, banyak mengajar saya erti ketabahan dan berpandangan positif dalam hidup. Tak percaya, ziarahlah blog beliau di sini

maiyah dan saya
Apa pun yang berlaku, cubalah kita sentiasa menyisipkan positif dalam fikiran dan tindakan. Sukar, memang... siapa kata mudah tetapi ia tidak mustahil.

~cikgunormah@klcitizen~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. SALAM,
    ORANG JEMPUT KITA PERGI. LF SEKALI-SEKALA SUKA JUGAK PERGI KE MAJLIS2 YANG BERBINTANG2 NI.

    ReplyDelete
  2. x pernah pegi majlis berbintang nih.. mungkin takkan kot hehe.. trm ksh cikgu skali lg kehadiran jamuan sy

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Mah...

    Syoknya dapat jumpa sahabat blogger.....

    ReplyDelete
  4. IM lebih senang jadi orang biasa-biasa.

    ReplyDelete
  5. Salam cgu..

    Erm..seronok jadi org berduit kann? Tapi kita pun x tau besarnya dugaan yg mereka hadapi n resahnya hati mereka sdgkn org lain sdg nyenyak tidur..

    Cgu jaga SPM ke, siap berpesan2 ni..?

    ReplyDelete
  6. salam,

    Baru ada kesempatan untuk ziarah,

    Cikgu, sebab tempat tu nampak cantik,maka timbulah perasaan"cam tak berduit'dah dapat merasa pergi kenduri di hotel 5 bintang kra ok la kan...at least merasa...

    ReplyDelete
  7. Salam...

    Pernah juga hadir ke majlis seperti yang cikgu pergi tu...masa tu terfikir pulak dengan pesan Rasulullah s.a.w. jika majlis perkahwinan itu tidak dijemput fakir miskin bersama tiadalah barakahnya majlis itu...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.