Friday, October 15, 2010

Bukanlah kerana suami semata

Di sekolah, sempat mendengar luahan hati seorang sahabat. Mencurahkan rasa sedihnya yang tidak terbendung dengan kerenah suami dan situasi suaminya kini. Airmatanya mengalir menjelaskan lagi berat rasa hati yang begitu sarat sekali.

Saya mendengar dan berfikir. Mencari kata yang sesuai bagi meringankan beban perasaannya.

Jelas bagi saya yang memandang dari luar, sebenarnya perkara yang begitu terkesan di hatinya sebenarnya tidak besar mana. Tetapi dek sebab, banyak insiden lain yang remeh-remeh sebelum ini, juga dipendam,  ia ibarat sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit, berubah, membisul di dada.

Kata saya....

Selagi suami tidak menduakan atau curang dengan kita, sebenarnya segala isu yang lain hanyalah isu remeh. Mungkin tindakannya pada hari itu mencalarkan hati kita, betul, dan kita pun menangis, tetapi jangan isu tersebut menyebabkan kita makin jauh atau dia makin renggang dari kita.

Selagi suami masih di sisi kita, serta tidak menzalimi kita dengan perbuatannya, bersabarlah dengan kesilapannya di sana sini. Sebab dia dan kita cuma insan, bukan malaikat. Keegoannya lebih tinggi dari rajuk kita. Keegoan suami lah yang meletakkan beliau sebagai pemimpin dan pelindung kita. Bukanlah bermakna kita ini lemah, tetapi bermakna, mereka memerlukan kita sebagai isteri untuk meletakkan nilai pemimpin dalam diri mereka.

Apabila isu remeh menggelapkan mata dan hati kita, segala yang baik pada seorang suami akan terlindung dari pandang mata kita. Itulah yang bahayanya. Ia boleh menghakis rasa kasih dan sayang yang sedia ada, dan menurunkan nilai seorang suami  di mata kita. Itulah yang banyak berlaku kini. Merasakan nilai suaminya sudah kurang berbanding dengan lelaki lain di sekeliling.

Segala yang kita buat bukanlah kerana suami semata. Kerana pabila dia seolah tidak menghargai pengorbanan kita, hati kita akan terus kecewa dan hancur. 

Kita buat biarlah kerana ini tuntutan dari Allah, kerana kita seorang isteri yang wajib akur selagi dibenarkan. Jadi, jika seolah pengorbanan kita tidak dilihat oleh suami, sebenarnya di jauh sudut hati kita, kita tahu Allah melihat dan menilai. Dan kita tahu, satu hari nanti, kita akan terima juga 'hadiah' yang lebih baik dari yang ada sekarang, insyaAllah.
 
~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 comments:

  1. betul tu kak.. jangan biarkan syaitan berbisik..

    ReplyDelete
  2. Salam :)

    "Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah"

    ReplyDelete
  3. Salah faham &pertengkaran suami istri adalah hal yg lumrah dlm rumah tangga.Apa yg penting semua masalah jgn kita pendam,&kita kenalah saling memaafkan.

    ReplyDelete
  4. Salam...

    Ujian adalah seiringan dengan perjuangan. Oleh itu ia tetap memerlukan bekalan iman, sabar dan istiqamah serta hendaklah jangan mengeluh..

    ReplyDelete
  5. Betul tu Kak Normah. Buat sesuatu perkara kerana Allah supaya kita ikhlas melakujkan perkara tersebut dan tidak kecewa melampau atau menegeluh.

    Kenapa? Kerana kita lakukannya kerana Allah, sudah tentu Allah akan memberikan ganjaran setimpal. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

    ReplyDelete
  6. setuju sangat bab ni cikgu...sesetengah isteri skrg terlalu memikirkan perkara yg remeh dan terlalu bergantung harap pd suami. meletakkan harapan yg tinggi tanpa sandaran kpd Allah. contohnya ; ukuran bahagia itu ialah, suami, mesti memuji isteri, suami mesti meluahkan kasih sayang. jika tak dipenuhi, itulah sebabnya isteri menjadi kecewa. siapa yg mengajar bhw ukuran kebahagiaan adalah hal2 itu saja?

    tidak. matlamat kita hidup bkn krn perkahwinan semata2, tp utk mencari keredhaan Allah. susah senang dlm rtangga adalah 'asbab' utk menguji kesabaran dan keimanan kita lantas mendapatkan keredhaan Allah tersebut.

    kita jgn mengharapkan idup kita akan lancar selamanya, sdgkan Sunnatullah menjadikan manusia itu pasti akan teruji, untuk mengukur tinggi rendahnya iman thpd Allah SWT!

    ReplyDelete
  7. @cikgu isza

    syaitan mencari peluang dan ruang sahaja kan

    ReplyDelete
  8. @Ros Illiyyuun

    betul ros...

    *tak dapat nak ke blog ros, ada amaran malware

    ReplyDelete
  9. @alina

    memaafkan tu pada awalnya kena dipupuk

    ReplyDelete
  10. @Abd Razak

    dah nama manusia pun, memang banyak keluhannya

    ReplyDelete
  11. @kakLuna

    apa yang kakluna sebut tu tepat sangat

    ReplyDelete
  12. hidup berumahtangga ni mestilah ada kalanya begitu.... sabar dan janganlah terlalu ikutkan perasaan.

    ReplyDelete
  13. setuju tu teacher...janganlah kita memandang kekurangan pasangan kita tapi pandanglah ia dari sudut kelebihannya..pasti ia akan mengurangkan rasa kurang senang dihati tentang sikapnya yg kurang menyenangkan kerana suami dan isteri sewajarnya sering melengkapi antara satu sama lain...

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum.
    Namanya manusia iaitu insan ertinya lupa/alpa. Jika kita menilai diri semata-mata kita tak nampak di luar diri kita. Di luar sana semuanya jadi egonya. Sekiranya suami itu pemimpin bantulah ia sebagai pemimpin yang dicintai jangan dibiar menjadi pemimpin bersendirian.
    Suami amat berat t/jawabnya Allah saja yang tau. Suami jahat isteri mulia ni senang masuk syurga, sebaliknya isteri jahat suami baik ni sukar nak masuk syurga. Nabi de bagi tau, katanya "Kalaulah manusia boleh disembah, maka aku suruh isteri sembah suaminya." Wahai isteri bersamalah bimbing si suami agar ia menjadi peminpin yang membahagiakan rumah tangga kerana suami juga perlukan bimbingan isterinya dengan penuh kasih sayang, ikhlas dan PENUH HORMAT. Ingatlah suami perlu PENGHORMATAN jangan terabai untuk menghormatinya.

    ReplyDelete
  15. Salam Kak...

    macamana nak setelkan malware tu ye...saya jahil sungguh bab2 ni... :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.