Wednesday, October 20, 2010

Teramat marah

Balik dari sekolah, menyinggah di sebuah gerai menjual goreng pisang berdekatan. Sedang membeli, ternampak dari jauh, seorang wanita berambut panjang, dengan keadaan sedikit tidak terurus, sedang menelefon di seberang jalan.

Mata terus terpaku padanya. Kerana... dari kejauhan itu, jelas tampak ada sesuatu yang menggusarkan beliau. Menelefon dalam keadaan tangisan yang kuat dan menjerit-jerit, walau butir katanya tidak dapat saya tangkap. Saya dan penjual goreng pisang  seolah menonton drama sebabak secara live.

Selesai menelefon, wanita tersebut bergerak ke arah sebuah pondok jaga yang begitu hampir dengannya, dan terusan menjerit terlolong seolah memarahi jaga tersebut. Entah apa yang berlaku, saya tidak tahu butirnya. 

Tidak lama selepas itu, berhenti seorang penunggang motosikal, kelihatan cuba bertanya dan ingin membantu.... beliau menghampiri jaga tersbut, mungkin bertanyakan cerita yang berlaku . Dalam masa yang sama, wanita tersebut masih terusan menjerit dan terpekik-pekik, marah. Selesai bertanya, penunggang motosikal tersebut berlalu pergi, meninggalkan wanita tersebut yang kelihatan waras tetapi seperti dirasuk dengan amarah yang amat.

Saya tidak tahu apa yang berlaku seterusnya. Cuma saya terfikir....

Apakah yang menyebabkan seseorang bertindak di luar rasa malunya? Jika dalam keadaan normal, kita akan malu untuk terjerit dan terpekik atau terlolong seperti itu. Apatah lagi kalau kita seorang wanita. Kita tolak kemungkinan bahawa dia itu sedang gila atau mabuk. 

Saya fikir, tindakan tidak waras seperti itu hanya timbul jika kita berada dalam dua keadaan. 

Teramat marah atau teramat sedih.  Kemarahan yang melampau atau kesedihan yang melampau. Kedua situasi itu memungkinkan kita bertindak di luar batas norma susila kita. 

Lihat sahaja kalau berlaku kematian insan yang kita sangat sayangi  secara tiba-tiba dan tidak terduga. Kesedihan yang terlampau. Reaksi pertama, mungkin, adalah tangisan dan jeritan. Jika tiada rasa redha dan sabar, pasti, jeritan dan tangisan akan berubah menjadi lolongan yang tidak berkesudahan. Itu yang menakutkan. Kerana pada masa itu, akal menjadi tidak waras, dan emosi yang keterlaluan yang akan memandu tindakan.

Sesekala, saya juga terbabit dalam situasi di luar jangka ini. Terutama bila perubahan hormon bulanan yang berlaku tanpa dapat dikawal. Tapi bukan kesedihan terlampau.  Cuma amarah yang amat..... bila anak murid di kelas hujung membuat kerenah. Tidak selalu, tetapi biasanya setahun adalah sekali. Hahaha.... saya akan terjerit dalam kelas... aduii... kalau diingat memang malu. Tapi waktu amarah sedang memuncak, rasa malu terbang keluar... cuma alhamdulillah, dalam marah tersebut, bahasa saya masih dapat dijaga agar tidak lancang dengan cercaan dan makian. Bukan senang mengawal marah. Sukar... percayalah.

Alhamdulillah setakat ini , tidak pernah lagi membaling apa-apa semasa marah. Teringat dulu semasa di sekolah rendah.... cikgu Bahasa Inggeris membaling buku latihan saya ke luar pintu kelas, sebab tulisan tidak kemas. Dan cikgu yang sama melekatkan selotep ke bibir saya, sebab saya kuat sangat bersembang dalam kelas. Ya... beliau marah amat dengan saya...

Apa pun, saya berdoa, biar malu saya masih dapat melindungi sikap dan perlakuan saya...

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

25 comments:

  1. di waktu itu dia sebenarnya tidak waras. biarkan dia melepas semua yang terbuku di dada. insyaallah, selepas itu dia akan tenang semula dan waras...

    ReplyDelete
  2. Salam...

    mmg btl,susah sgt nak control kata2 dan perlakuan kita bila tgh marah...kdg2 rase mcm nk jerit kuat2...tapi bila dh cool mula la rase malu n nyesal...lbh2 lg klu ade org yg kita marah...

    ReplyDelete
  3. bila teramat marah.. memang semua tindakan sukar dijangka dan itu pesanan saya pada murid2..
    JANGAN BAGI CIKGU MARAH..

    ReplyDelete
  4. Salam Cikgu Normah..

    Bila berada dalam keadaan yang 'terlalu'.. kadang2 tindakan luar kawal berlaku...

    P/s: apalah agaknya yg berlaku pada wanita tu ye???

    ReplyDelete
  5. Salam Normah.

    Sukar mengawal perasaanlah tu.. mudah2an kita dapat berlatih tidak terlalu ikut perasaan. Bila jadi macam tu ramai yang melihat sahaja tetapi tak dapat membantu.

    ReplyDelete
  6. Salam Cikgu Normah,

    Mungkin dalam keadaan diri yang tidak terkawal rasa malu dah terlupa.

    Mungkin selepas tu baru sedar, 'malunya aku'.

    ReplyDelete
  7. sukar nak jangka bila pmpn dtg bulan mengamuk...takutt!

    ReplyDelete
  8. Kesian nya. Mesti ada sebab tu.

    ReplyDelete
  9. errr, jgn biarkan kemarahan menguasai kita hinggalah kita hilang kewarasan dan malu :(

    ReplyDelete
  10. salam cikgu :)
    lama rasanya tak berkunjung ke blog cikgu ni. Bila bercerita pasal marah ni, saya pun pernah mengalami pengalaman yang sama seperti cikgu masa di sekolah rendah dulu. Ingatkan bila dah siap keja awal ckgu nak kasi reward tapi last2 mulut saya kena salutape

    ReplyDelete
  11. MARAH satu tindakan yg brlaku disebabkan tekanan. bykkn mngingati Allah ketika berada dlm situasi kmrhn,kerana satu keajaiban akan brlaku iaitu SABAR.

    ReplyDelete
  12. @Insan Marhaen

    memang semasa tengah marah fikiran tidak dapat berfikir secara rasional

    ReplyDelete
  13. @cikgu isza

    kadang budak2 ni nak menduga je kan isza

    ReplyDelete
  14. @Nida

    entahlah nida, saya pun tidak berhenti dan bertanya

    ReplyDelete
  15. @Werdah

    ya, macamana nak membantu orang yang tidak dapat berfikir secara rasional lagi kan?

    ReplyDelete
  16. @Yati

    memanglah... mesti bersebab kan

    ReplyDelete
  17. @Mak Su

    itulah... kalau boleh segera sedar sebelum terlanjur dengan tindakan yang memalukan memang bagus

    ReplyDelete
  18. @MOHD ZHARIF BADRUL

    oo zharif pun kena selotep jugak ya?

    ReplyDelete
  19. @tiey

    memang sabar lah pelindung kemarahan...
    tapi kena banyak berlatih kan

    ReplyDelete
  20. salam,
    selalu diuji untuk menahan kemarahan, namun sesekali terlepas juga

    ReplyDelete
  21. susah cikgu nak kawal diri
    apa lagi mak2 yg memang jenis hari2 terpekik pekik
    tapi- saya ni bukan jenis marah dengan bising
    marah jenis diam - 'makan dalam'

    ReplyDelete
  22. eh2,sama la kite..sy pn cikgu maths time djh 2 ke 4,lupe..cikgu tu penah campak n koyak buku tulis ku..alasan,tak pakai pensel 2b,tulisan tak terang katanye..dia tak nampak..sedih n malu sgt..hiba..huhu..sampai ati cikgu tu..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.