Thursday, October 14, 2010

Terlepas Pandang

Berpeluang bekerja bersama seorang guru dari sekolah berhampiran baru-baru ini di sekolah yang lain. Kami berdua menjadi Ketua Pengawas PMR di sekolah tersebut yang mempunyai dua pusat berbeza.

Apa yang menarik tentang beliau?

Sentiasa melihat orang lain dari sisi yang positif serta menyebarkan perkara positif tersebut. Itu yang dapat saya pelajari dan contohi untuk membaiki diri saya.

Sebelum kami mengakhiri tugas kami , sempat kami berjumpa dengan Pengetua sekolah tersebut. 

"Ma'am, I have to tell you this. Your Setiausaha Peperiksaan Pn Ros is superb. Everything that I require, she would not hesitate to help. You have a very good staff with you. She's reliable and efficient..." speaking omputih guru tersebut dengan Pengetua berbangsa Cina itu.

Saya di sebelah mengangguk bersetuju. Cuma yang sedikit terkilan, bukan saya yang mengeluarkan kata pujian tersebut, walau pun Pn Ros yang dimaksudkan itu memang saya akui sangat banyak membantu saya sepanjang tugas saya di situ.

Itulah....

Mendengar slot ulangan motivasi pagi yang ke udara di IKIM, tentang ciri seorang sahabat iaitu orang yang sentiasa mewar-warkan kebaikan kita tetapi menutup rapat kekurangan serta keburukan kita, saya teringat guru tersebut. Itulah sebenarnya ciri seorang sahabat yang baik. 

Sifat yang saya sering terlepas pandang, iaitu menghebahkan kebaikan yang dibuat oleh sahabat serta kenalan saya. Itu yang sepatutnya saya amalkan dari sekarang.

Jom kita usahakan bersama.....

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

25 comments:

  1. Jom..
    amalan yang mudah tapi memang selalu kita terlepas pandang..
    yang x elok mudah jer sebarkkan.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. kadang2 benda yg kecik tu la yg kita terlepas pandang

    ReplyDelete
  3. Sesuatu yang baik jadikan tauladan.. diamal semoga jadi yang terbaik.

    ReplyDelete
  4. Salam...

    Pujilah ketika dia tidak berada di tempat tersebut...

    ReplyDelete
  5. Salam Cikgu normah,

    Satu amalan yang baik yang patut dimulakan.

    ReplyDelete
  6. biasela tuh..tapi x mengape, yg penting kita sentiasa menghargai kawan2 di sekeliling kite.. ;)

    ReplyDelete
  7. Salam Kak Mah...

    Setuju... nak buat kebaikan itu selalunya terlalu susah terutama bila kita perlu mengucapkanya........

    ReplyDelete
  8. salam kak normah..masa saya jaga spm, ketua pengawas saya sungguh dedikasi,,sampai anak buah semua malu padanya...

    ReplyDelete
  9. SALAM;
    de pepatah, kalo nak tanya kejelekan tanya kepada setru, kalo nak tanya kebaikan tanya lah pada sahabat. namanye sahabat ialah yg setia menyebutkan hanya kebaikan dan positif saja dlm semua situasi. memang tuah anda mendapat sahabat.

    ReplyDelete
  10. yes.. seperti k.normah yang sungguh baik orgnya.. perhaps u hvn't noticed, u hv been that person who always support her friends!!

    wt that, i thank u..

    ReplyDelete
  11. salam,

    terima kasih kerana menyedarkan :)

    JOM JOIN CONTEST!

    ReplyDelete
  12. @Lynn Nasir

    wah ada contest ya...lynn, insyaAllah kaklau ada kelapangan akan menjoin juga

    ReplyDelete
  13. @Syura Ambin

    baik itu relatif and veru subjective lah syura
    tapi apa pun, saya bertuah dipertemukan dengan rakan-rakan yang lebih baik dan hebat seperti anda

    ReplyDelete
  14. @musi

    betul tu, saya pun sering dengar pernyataan seperti itu
    tapi kalau dapat , hidup ini tak ingin punya musuh

    ReplyDelete
  15. @Yohan Wibisono

    kalau ada lapang akan ke sana juga nanti
    terima kasih menziarah dan menulis komen

    ReplyDelete
  16. @kakLuna

    nak juga kalau boleh diamalkan

    ReplyDelete
  17. @imanshah

    hebatlah Ketua tersebut kan...

    ReplyDelete
  18. @atie

    ya...
    nak mengucapkan tu, kekadang tak terkeluar

    ReplyDelete
  19. @Kunang-Kunang

    ya... kak ani, nak juga mendidik diri agar jadi lebih baik

    ReplyDelete
  20. @Abd Razak

    ya... betul razak, itu yang terbaiknya kan

    ReplyDelete
  21. @GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr

    bukan kadang-kadang, selalu juga saya terlepas pandang

    ReplyDelete
  22. @cikgu isza

    betul macam isza tulis... yang tak baik tu cepat pula tersebar kan

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.