"Cikgu, kenapa orang dulu-dulu tak lawa?" tanya seorang anak murid pada saya.
Wah... mencabar keegoan saya sebagai orang dulu-dulu!
"Bukan tak lawa, filem dulu kualitinya tak sehebat sekarang. Lagi pun sekarang ni banyak yang pakai photo shop," bela saya.
Mentang-mentanglah dia melihat gambar saya masa muda remaja yang agak kelam, dengan gaya budak mentah dan nerd serta memakai tudung stail lama warna malap.
Bagai mana pun dalam hati kecil saya, tidak dinafikan anak-anak dara dan anak teruna zaman sekarang memang cantik-cantik dan pandai betul bergaya. Tatkala menghantar anak bujang saya yang berumur 12 tahun ke sekolah untuk menaiki bas ke acara hi tea mereka di Hotel Legend anjuran sekolahnya, sempat saya mencuri pandang anak-anak dara umur belasan tahun sebaya anak saya.
Waduh.... ada yang mengalahkan model lagaknya. Ber make-up bagai dengan rambut terurai serta fesyen baju terkini. Pastilah mendapat sokongan dari ibu bapa masing-masing, kerana make up dan fesyen terkini bukan percuma.
Cuma janganlah terlalu sangat berghairah ingin cepat menjadi dewasa wahai anak-anak. Takut nanti kes mati sebelum sempat mengambil keputusan UPSR tu terjadi lagi.
Memang mencabar betul membesarkan anak dalam zaman sekarang.
"Ikut hati memang tak naklah dia bergaya begitu menghabiskan duit bagai, tapi bila kawan-kawannya pula bergaya sakan, yang anak kita ni, menelan air liur, kesianlah pulak...," luah hati seorang rakan tentang isu anak perempuan bergaya untuk ke majlis makan malam Pengawas di sekolah saya pula.
Di sudut hati kecil saya, trend bergaya dengan fesyen serta tema terkini ini, yang menghabiskan duit kerana hendak bersuka-suka di kalangan anak-anak kita ini, sebenarnya jatuh salahnya di tangan kita juga, kan....
Entahlah.... jangan sampai bergaya sakan, ghairah ingin cepat dewasa hingga jadi seperti ini
~cikgunormah@klcitizen~

Salam cikgu...
ReplyDeleteSungguh ramai di kalangan kita ni terpikat dengan dunia ya cikgu...!
salam.
ReplyDeleteinilah masalah besar dalam mendidik anak-anak.
coretan saya "ayah boleh cium mak" kerana itulah juga.
Rasanya kena ajar dari kecik tu supaya jangan terlalu ikut kawan-kawan. Kalau tak dah besar nanti jadi pemboros pulak karang.
ReplyDeletesalam kak normah
ReplyDeletesetuju dgn statement akak,
"jangan sampai bergaya sakan, ghairah ingin cepat dewasa hingga jadi seperti ini"
@ummu
ReplyDeletetu lah kan ummu, yang kecik sibuk nak cepat dewasa, yang tua sibuk nak kekal muda
@Zezebel
ReplyDeletebetul tu bel
@abu muaz
ReplyDeletememang payah zaman sekarang ni kan
@Abd Razak
ReplyDeletetu lah, bukan nak kata orang, diri sendiri ni pun tak tentu gak
risaunya melihat pakaian anak muda sekarang... banyak sangat yang menjolok mata..
ReplyDeletekekadang kesilapan kita sebagai ibu bapa yang menghias mereka semasa kecil
ReplyDeleteSalam :)
ReplyDeleteDidikan dari acuan Islam akan menyelamatkan golongan yang ghairah ingin cepat dewasa ini agar dapat berfikir dengan sewajarnya-selaras dengan usia mereka.
salam cikgu..
ReplyDeletegambar sekolah st gabrielle dulu ke hehe..
..teringat masa darjah 6 saya ke jamun pengawas di sekolah rendah 10 tahun dulu..
saya sorang je lah yang pakai macam kanak-kanak berumur 12 tahun rasanya..
yang lain semuanya bergaya sakan..
saya yang masih kanak-kanak atau mereka yang terlalu dewasa?
masih berumur 12 tahun....
sekarang saya masih seorang yang tertinggal dalam bergaya huhu...mujur saya seorang lelaki yang simple...
taklah macam perempuan sangat yang perlu baju 5000 helai tapi masih tak tahu nak pakai yang mana ye tak..