Hujung minggu kali ini sangat meriah bagi saya.
AJK dinner 2010 |
Pengerusi dinner 2010 |
Apa tidaknya, jamuan makan malam sekolah diadakan pada sabtu malamnya, manakala perjumpaan semula rakan-rakan yang 27 tahun tidak bersua muka pula diadakan pada hari ahad petangnya.
Ada baiknya Allah menjadikan kita manusia yang cepat melupakan perkara yang menyakitkan hati atau menjengkelkan perasaan. Berjumpa rakan-rakan lama sedikit pun tidak mengingatkan sebarang pertelingkahan atau ketidaksamaan kehendak, 27 tahun yang lepas. Yang diingat hanyalah kenangan manis dan kenangan lucu yang menjadi bahan gelak semasa perjumpaan.
Masing-masing sudah berubah, baik fizikal atau cara fikir. Yang pasti, sengketa jika ada pun sudah tidak menjadi soal lagi, sudah tiada lagi hal remeh, titik bengek semasa remaja dulu, bila mana berkongsi bilik air, bilik tidur dan dewan makan bersama, menimbulkan sedikit sebanyak rasa tidak puas hati dan tidak suka dengan perangai sesetengahnya.
5 Utarid SM Sains Taiping a.k.a SERATAS 1983: saya yang bertudung berdiri di belakang guru kelas dalam keadaan masam mencuka |
Terima kasih kepada penganjur kedua-dua majlis, moga Allah membalas usaha anda dengan ganjaran pahala yang tidak terhingga.
perjumpaan di Pine 38, seksyen 9 Shah Alam, 31/10/2010 |
~cikgunormah@klcitizen~
Salam Normah.
ReplyDeleteNormah dulu bersekolah dekat Taman Tasik Taiping lah ya.. dekatlah sekolah kak TMGS setentang Penjara tu... tp kak tahun-tahun 60an
SALAM,
ReplyDeleteBERTEMU DGN KAWAN2 SEKOLAH TU MEMANG MENYERONOKKAN. TENGOK GAMBAR DAN CUBA CARI2 MANA SATU PN NORMAH NI ?
Salam...
ReplyDeleteSeronok dapat jumpa kawan lama kan! Saya pun teringin juga..
Salam cikgu..
ReplyDeleteSeronok rasa bila dapat bertemu kawan kawan lama..
tentu banyak hala yang berubah..
Salam KLC,
ReplyDeleteNapa tak bagitau ada kat pine 38? Boleh i masuk langkah kanan terus..hehehe..
bestnya dpt gi reunion jumpa kwn2 lama.. those are beautiful pics..
ReplyDelete@Werdah
ReplyDeleteoo, kak werdah pun bersekolah di Taiping ya? ...
@luahfikiran
ReplyDeletegambar lama tu, saya diri belkang cikgu kelas bertudung
@Abd Razak
ReplyDeletememang seronok razak... alhamdulillah
Agak musykil saya, kerana CIKGU sudah tinggalkan sekolah 27 tahun? Saya lak tinggalkan sekolah 23 tahun (last ialah Form 6).... hmmmm lama tul kan? (sambil mengira-ngira...) hehehehe
ReplyDelete@relevan
ReplyDeletememang banyak yang dah berubah... fizikal memang perubahan utama lah, tapi yang pentingnya persahabatan yang lama terjalin semula
@Hunny
ReplyDeletehunny kat sana ke? saya haritu sesat masa nak pergi, dan sesat masa nak balik... tapi alhamdulillah Allah mudahkan
@Syura Ambin
ReplyDeleteyang paling beautiful, gambar dua kat atas tu kan...syura
sepanjang jalan kenangan, memang dekat di hati
ReplyDelete