Tuesday, November 23, 2010

bila mata bertentang dan senyum berbalas

Alhamdulillah, bersiaran dari rumah emak saya di Kampung Kundang, Kuala Langat, Selangor. Hanya berbekal henfon cap ayam, saya cuba untuk mengemaskini blog ini.

Tercatuk-catuk cuba menaip. Digagahkan juga.

Emak sedang terlena di biliknya. Power nap di siang hari sudah jadi kemestiannya. Itu memang rutinnya sejak dari dulu lagi. Itu pun setelah bersembang dan bergelak tawa dengan saya sesampai di rumahnya tadi.

Bersembang di telefon tak sama dengan mengadap matanya. Saya jenis yang tak reti bersembang di telefon. Setakat bertanya kabar satu dua perkara, talian akan jadi bisu dan kaku. Tidak seperti ramai orang lain yang boleh bergayut dengan siapa saja hingga panas merah cuping telinga. Saya bukan jenis yang itu.

Telefon menjarakkan komunikasi antara saya dengan sesiapa sahaja. Bagi saya telefon sekadar keperluan untuk tahu, bukan keperluan untuk intim.

Tetapi bila berjumpa, ia jadi lain. Banyak cerita rupanya kalau kita bertentang mata dan berbalas senyum. Lebih manis lagi jika dia adalah ibu kita sendiri, kan.

*entri tiada arah...

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments:

  1. SALAM,
    BETUL TU. KALAU BERGAYUT LAMA2, KOSNYA PUN TINGGI.LEBIH BAIK PERGI JUMPA TERUS. BELANJA TAMBANG ADA KETIKANYA TAK SETINGGI KOS BERGAYUT

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...

    Saya pun kurang menggunakan telefon sangat, hanya utk berhubung dengan keluarga & teman rapat sahaja, alhamdulillah takat ni hanya guna RM30 sebulan...

    ReplyDelete
  3. kalau mak ada blog?hehe

    selamat bercuti

    ReplyDelete
  4. Salam ziarah

    Seronoknya kalau saya masih ada emak...
    tapi dah kembali ke rahmatullah lima tahun dulu.

    Walau menggunakan hp yg secanggih mana pun takkan dapat berbual mesra dgnnya...

    Hanya Al-Fatihah untuknya...dan ayah...

    ReplyDelete
  5. salam cikgu...selamat bercuti!

    ReplyDelete
  6. Ass-salam sis
    We are 'two in a boat'...but my mum is the one who forces me to end up the conversation ...otherwise i will have my ears fumed!Hahaaha
    Happy holidays

    ReplyDelete
  7. @luahfikiran

    Kalau dekat bolehla berjumpa selalu, bila dah jauh terpaksa gak bergayut kan

    ReplyDelete
  8. @Abd Razak

    Waalaikummussalam razak

    Jimat betul razak guna telefon, cepatle naik haji nampak gayanya

    ReplyDelete
  9. @hpdigital

    Salam takziah
    Bapa saya pun sudah meninggal dunia, tinggal emak saja lagi

    Alfatihah utk ibu n ayah hp

    ReplyDelete
  10. @erisya nor

    Erisya dah habis bercuti ke? Selamat berbahagia bersama anak2 di rumah...

    ReplyDelete
  11. @hazeleyed lady

    Kak hazel... Selamat bercuti juga utk akak

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.