Post mortem percubaan SPM yang agak lewat diadakan pada tahun ini, hari selasa baru ini, menyesakkan dada. Waktu persekolahan yang tinggal lagi 3 minggu lebih kurang, tidak sedikit pun melegakan perasaan para guru yang mengajar kelas-kelas Ting 5.
Jika setiap tahun mengajar anak-anak di Ting 5, maka setiap tahun jugalah sesak dada akan terasa bila post mortem percubaan dan juga pada malam keputusan spm akan dikeluarkan. Sekiranya keputusan mencapai target yang diintai-intai, legalah hati dan boleh tidur lena buat seminggu dua. Tetapi jika sebaliknya.... adui, mesyuarat lepas mesyuarat lah yang menanti. Kalah Menteri Pelajaran kita, bila tiba bab bermesyuarat ni.
Kita cubalah ya. Selagi masih belum sampai ke waktu dan tarikh keputusan SPM dikeluarkan, kita usaha dan berdoalah. Habis peperiksaan, tidak bermakna usaha pun berhenti, kerana doa lah pula menjadi jalan usaha kita.
Buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam peperiksaan SPM yang bakal menjelang tidak lama lagi ini, moga Allah memudahkan segala usaha yang baik. Takdir masih belum terlaksana, bermakna masih ada peluang untuk berjuang.
kelas 5U2 ..... kita cuba, k |
InsyaAllah, berjaya :)
ReplyDeleteinsyaAllah, boleh! Boleh!!!
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteInsya Allah, atas segala usaha dan penat lelah, Allah akan kurniakan kejayaannya. Andaikata tidak mencapai apa yang dihajat maka itu adalah pemberian Allah juga...akan ada pembalasan yang lebih baik dari itu.
Insyaallah. Semoga beroleh apa yang diimpikan, berkat usaha kerau dan komitmen jitu Cikgu Normah dan teman-teman..:)
ReplyDeleteSaya sentiasa kagum dgn usaha para GURU. Walaupun kadang2 tak setimpal, tetap gigih. Moga pahala lah ganjarannya...
ReplyDeleteguru gigih pelajar pula !!!
ReplyDeletemudah2an segalanya diberkati..
ReplyDeleteterus berusaha, pasti berjaya
ReplyDeleteSalam Cikgu Normah,
ReplyDeleteDidoakan semoga mereka semua berjaya dalam SPM dan STPM yang akan datang tak lagi lagi.
Mudah2an Allah berikan kesihatan yang baik dan terang hati.
Good luck buat semua yang mengambil SPM... buat yg terbaik dan setiap keputusan yang diterima datang bersamanya hikmah yg kita tidak tahu... Insya Allah
ReplyDeleteinsyaallah cikgu, semoga usaha cikgu dan semua pelajar membuahkan hasil yang cemerlang
ReplyDelete@Ros Illiyyuun
ReplyDeleteitulah yang diharap dan didoakan, ros
@iqbalsyarie
ReplyDeletejika itu yang terbaik
@Abd Razak
ReplyDeletebetul razak...
baik di mata kita tak semestinya baik untuk kita
@Hunny
ReplyDeleteinsyaAllah...
@azieazah
ReplyDeleteharap begitulah azie
@abu muaz
ReplyDeleteharap2 mereka pun lebihlah lagi
@imanshah
ReplyDeleteinsyaAllah
@cikgu isza
ReplyDeleteinsuaAllah
@Kunang-Kunang
ReplyDeleteameen
@Nida
ReplyDeletebetul nida
@ibuintan
ReplyDeleteinsyaAllah
hmn,budak2 zaman sekarang,payah nak dikata..
ReplyDeleteseronok tgk anak murid yang rajin belajar..sakit ati bile dah hujung2 camni pun soalan senang pun tak reti nak buat lagi..lagi sakit ati berpuluh kali jawab benda sama,kosong memanjang markahnye..lagi parah mak ayah yg dok cakap anak dia baik,anak dia pandai..tapi trial 5g dia dapat..ape harus ku jawab??pening2..