Tidak mudah menjaga orang yang tidak sihat. Apatah lagi di hujung usianya. Sementelah pula kalau dia ialah ibu kita.
"Akak tak boleh ke mana, Normah," beritahu rakan saya ini. Kagum betul saya dengan tahap kesabaran dan sifat kasihnya.
Senang untuk kita menyatakan secara lisan yang tanggungjawab seorang anak ialah menjaga ibu bapanya nanti. Kena tahan sabar dan ikutlah kehendak mereka selagi terdaya, itu kata ramai orang. Tetapi, sebenarnya realiti nya memang payah dan bukan mudah menjaga ibu atau bapa kita yang sakit di hujung usia.
Silap gaya, bukan pahala yang akan kita dapat tapi dosa bertan yang kita simpan.
Saya pasti ramai di luar sana yang punya sahsiah terpuji seperti rakan saya ini, namun tidak kurang juga di luar sana yang bergaduh adik beradik dek kerana penat menjaga ibu atau bapa masing-masing. Tidak puas hati kerana terbeban dengan masalah.
"Kalau akak nak gi berjalan ke kedai pun emak akak akan menangis macam budak-budak. Nak bawak, dianya dah tak larat. Walau pun adik beradik lain nak temankan dia di rumah, dia tak nak...Memanglah banyak masa kita perlu luangkan layan dia, hinggakan akak dengan anak akak pun jarang sangat dapat bersama. Nak gi mandi pun nak akak temankan, tak nak orang lain...," cerita rakan saya ini.
Dalam hati saya, terasa kagum sungguh terhadap rakan saya ini dalam menghadapi semuanya, belum lagi dengan kerenah di tempat kerja dan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.
"Jaga emak di penghujung usia mereka macam kita jadi emak pada dialah, kadang kena bertegas, kadang kena peluk dia , terang pelan-pelan kenapa kita terpaksa balik lambat, kenapa kena buat kelas tambahan, kenapa kena mesyuaratnya lama sikit...Memang kena banyak sabar Normah..."
Benar, seorang emak bisa saja menjaga anak-anaknya. Tapi tatkala ibu itu sudah tua, kedut kulit merata dibadan, tenaga sudah terkikis dan kadang kencing berak pun perlu dibantu, ia bukan kerja mudah bagi anak-anaknya. Kehidupan si anak akan terikat dengan ibunya.
Saya sendiri pun tidak bisa menerka bagaimana pula saya nanti, jika diuji dengan ujian seperti rakan saya ini. Cumanya saya berdoa jika ia tiba suatu hari nanti, agar saya dapat menjalankan tanggungjawab saya dengan seikhlas hati dan Allah permudahkan ia. Doa saya juga agar Allah beri kekuatan pada saya. Tapi apa pun... yang utamanya saya doakan kesejahteraan ibu saya hingga ke hujung usianya dan diberi kesihatan yang baik serta dikasihi Allah sebagaimana kasihnya beliau pada saya sejak dari kecil lagi.
~cikgunormah@klcitizen~
Saya juga punya ibu dan bapa yang sudah tua. Sangat2 berharap moga saya juga punya kekuatan yang sama untuk berbakti kepada mereka...
ReplyDeletePost-post menarik.
Allah wujud ke?
Allah Sangat Baik. Setuju?
SALAM,
ReplyDeleteMEMANG BENAR APA YANG DIPERKATAKAN. BANYAK DUGAAN DAN CABARANNYA. APA KEADAAN SEKALIPUN, TANGGUNGJAWAB TERJADAP EMAK AYAH NI MESTI DILAKSANAKAN. KEKURANGAN ORANG TUA KITA MESTI KITA REDHA.
I've seen a tough woman who took care of her late father, put him in a wheel chair, bathe him, dress him, feed him.. after a few years of resting after the father died, now she is taking care of her mother.. feed her, wash her, treat her like a child coz she does not knw her own daughter anymore..
ReplyDeleteAnd that woman always prays that when it is her turn, she will not be a burden to her children and most of all not to forget them..
berbakti selagi mereka masih hidup
ReplyDeletesalam cikgu. sangat menarik coretan ini. bagi sang suami yang masih ada ibu tugas utama adalah menjga ibu jangan tersalah keutamaan. ada suami menjaga isteri lebih diutamakan.
ReplyDeleteAssalamualaikum cikgu...
ReplyDeleteJika boleh bila saya tua esok, tak nak sakit-sakit yang teruk atau nyanyuk. Bila sampai jer ajal mudah, tak membebankan anak-anak kerana bimbang mereka jadi derhaka.
salam cik gu..akak memahaminya..adik akak dulu macam tu lah..arwah mak tak nak dengan orang lain..pergi rumah anak2 lain pun tak mau..nak dengan adik jugak.tahun lepas adik akak pi haji..selalu dia tanya..dan menangis.kata adik dah tak sayang dia..
ReplyDeletelebih kurang 100 hari adik balik dari mengerjakan haji.mak akak meninggal..
tulisan ini mengingat kan IM pada ibu_suri yang sama keadaannya.
ReplyDeletedan teringat kat adik yang menjaga mak di kapung. agaknya perasaannya juga sama.
muga allah memberikannya syurga kerana menjaga mak kami!
@iqbalsyarie
ReplyDeleteameen
moga kita tergolong dalam anak yang soleh
salam kak,
ReplyDeletesaya melihat mak saya menjaga emaknya dan saya sangat kagum dan takut jika tak mampu menjadi sepertinya..
@luahfikiran
ReplyDeleteharapnya Allah beri hati ikhlas pada kita
@Syura Ambin
ReplyDeletemembacanya pun dah kagum, apatah lagi mengenali insan tersebut
@imanshah
ReplyDeletekita cuba
@abu muaz
ReplyDeletebetul sekali abu muaz
@kak Erna
ReplyDeletesalute dengan adik kak erna
@Insan Marhaen
ReplyDeletesaya memang kagum dengan IM
@cikgu isza
ReplyDeletebetul kata isza...saya pun ada pengalaman sama seperti isza