Wednesday, November 17, 2010

berubah hati juga satu hari nanti

Saya perasan benda ni sudah lama. Banyak kali juga cakap pada orang lain tentang perkara yang saya perasan ni. 

Semasa acara mohon doa restu guru bagi pelajar-pelajar SPM tahun ini, sekali lagi saya perasan ... setelah saya perhatikan.

Saya perasan, perempuan yang lembut wajah dan perwatakannya, lebih sukar mengalirkan air mata berbanding pelajar perempuan yang nampak seperti lebih keras dan lasak. Berjurai air mata pelajar-pelajar yang nampak tegas dan garang pada raut muka, sambil bersalaman dan berpelukan dengan guru-guru mereka.

Saya pulak jenis yang sukar juga mengalirkan air mata, kecuali lah perkara tersebut begitu meruntun rasa (sebab muka saya lembut kut...ha, perasan) . Disebabkan mata saya masih kering, jadi jelas sungguh suasana yang dilihat semasa acara mohon restu tersebut.

Cikgu dan anak murid turut menangis. Kenapa ya ? Sedih ?... itu sudah pasti. Sedih kerana perpisahan akan merubah rasa,  kerana perpisahan boleh juga merungkai rasa kasih yang sedia ada.... dan kejauhan nanti  juga  bisa meluntur sayang yang membekas. 

Masa akan datang tak siapa yang tahu. Hari ini kita bersama ..., marah, suka, geram dan berharap berbaur menjadi satu, tetapi 10 atau 20 tahun nanti, perasaan tersebut akan menghaus dek berbeza jalan dan pengalaman.

Agaknya kerana itu ramai yang menangis waktu tersebut. Menangis kerana rasa yang membekas dalam hati akan berubah juga satu hari nanti...



SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA  

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 comments:

  1. selamat hari raya kak normah..semoga semua anak didik kak normah berjaya

    ReplyDelete
  2. Salam Aidiladha untu kak normah sekeluarga..
    semoga pengorbanan kita tetap dikenang..

    ReplyDelete
  3. salam.. my wife pun cikgu, scene mcm ni mmg tiap2 tahun ada katanya.

    Oh ye.. cuma nak cadangkan guna commentluv ganti ruang komen sedia ada ni. Boleh tertera entry terbaru pengkomen tu nant.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...

    Selamat Hari Raya Eidul Adha cikgu...:)

    ReplyDelete
  5. salam aidil adha.
    insyaAllah moga mereka semua akan menemui erti kematangan dan yang paling brutal waktu disekolah itulah yang paling baik bila dewasa nanti.

    ReplyDelete
  6. Setuju dengan kak normah jelita.. , saya pun susah nak menangis tetapi air muka saya garang, kucing tengok pun takut...he he

    ReplyDelete
  7. mohon restu setulus hati juga boleh mengalirkan airmata... mgkn waktu ini baru terdetik lintasan hati , selepas ini tiada lagi guru yang akan membimbing - menunjukkan jalan

    ReplyDelete
  8. salam Eid Mubarak Sis...
    Selamat bercuti.

    ReplyDelete
  9. salam aidil adha..:)& selamat bercuti:)

    Org sini pun sama...
    tak deklah nak nangis pun...
    (...er..er..berwajah lembut ke nihh...;)...)

    ReplyDelete
  10. insyaAllah cikgu kenangan ni tak dilupakan . jasa cikgu mencurahkan ilmu akan sentiasa dikenang . doakan kelas 5c dalam chemy ye cikgu . terima kasih x)

    ReplyDelete
  11. Semoga setiap butir airmata yang gugur tidak akan dipersiakan.... dan semoga mereka cemerlang dalam mengejar cecita..

    Good luck buat calon2 SPM..

    ReplyDelete
  12. @imanshah

    selamat hari raya iman. insyaAllah, doa yang sama juga untuk anak didik iman

    ReplyDelete
  13. @cikgu isza

    salam aidiladaha juga untk isza...
    itulah yang kita harap kan

    ReplyDelete
  14. @F@i3uL

    terima kasih untuk cadangan. pernah awal dulu guna commentluv, tapi blog lambat sangat loading... buat sementara ini guna yang sedia ada jelah

    ReplyDelete
  15. @Abd Razak

    waalaikummussala razak

    salam yang sama juga untuk razak

    ReplyDelete
  16. @abu muaz

    diharap begitulah abu muaz
    manusia berubah, tidak ada yang terusan begitu sepanjang hayatnya, doa saya sentiasa yang terbaik untuk anak murid

    ReplyDelete
  17. @melur

    amboi... melur yang manis, sejak bila pulak saya menjadi jelita ni...

    sukar menangis, tak semestinya tiada perasaan kan...

    ReplyDelete
  18. @Kujie

    mungkin juga kujie... cikgu menangis pulak? biasanya sebab tengok anak murid tu menangis... penyakit berjangkit

    ReplyDelete
  19. @maiyah

    selamat hari raya maiyah..

    ReplyDelete
  20. @Anonymous

    cik anon dari 5C...ya
    sentiasa mendoakan kalian...

    ReplyDelete
  21. @Nida

    itulah yang kita harap kan nida

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.