Logiknya....
semua benda hidup di dunia ini yang nampak di depan mata kita atau yang halus dan hanya boleh dilihat bawah mikroskop terdiri dari sel bernukleus. Dalam nukleus tersebut pula ada DNA atau RNA. Semua DNA atau RNA mempunyai kesamaan unsur yang menghasilkannya iaitu nitrogen, tidak kira DNA haiwan atau tumbuhan. Nitrogen juga adalah sumber protein, sama ada protein haiwan atau protein tumbuhan. Tanpa nitrogen, DNA, RNA dalam sel atau pun protein yang membentuk daging tidak akan menjadi seperti yang ada sekarang ini.
Tetapi...
tidak semua benda hidup menggunakan oksigen dalam sistem respirasinya. Ada benda hidup seperti bakteria tertentu yang tidak sesuai hidup dalam keadaan beroksigen. Oksigen memang penting tetapi tidak penting bagi semua, tidak seperti nitrogen. Ha... saya fikir kerana itulah Allah Yang Maha Bijaksana menjadikan nitrogen lebih banyak dari gas oksigen.
Bagaimana pula tentang kitar nitrogen?
Nitrogen tetap sama dari dulu hingga sekarang dari segi komposisinya dalam atmosfera bumi. Tetap 78%, sedangkan setiap hari ia digunapakai oleh tumbuhan membina protein tumbuhan yang seterusnya akan dipindahkan ke dalam haiwan lain atau kepada kita dalam bentuk makanan yang kita makan. Jika tidak diganti semula, nitrogen dalam atmosfera akan kehabisan. Jadi, bagaimana memastikan peratusan nitrogen kekal?
Kematian benda hidup, akan mengembalikan semula nitrogen ke atmosfera semula. Protein dalam daging kita akan terurai semula menjadi gas nitrogen dan memenuhi semula atmosfera bumi. Kerana itulah kita tidak boleh kekal hidup selamanya (dari segi kitaran nitrogen inilah). Kematian kita akan mengembalikan semula gas nitrogen yang kita pinjam dalam bentuk jasad kita ini. Nitrogen itu akan diguna semula membentuk jasad benda hidup yang lain pula.
Bukankah kematian kita memberi manafaat kepada hidupan yang lain?
Cantiknya kehidupan dan kematian yang dijadikan Allah... dan memang wajar kita dimatikan satu hari nanti
~cikgunormah@klcitizen~
Stiap yang berlaku itu bukan dijadikan sebagai satu yang sia-sia. Semuanya ada sebab.
ReplyDeletesaya belajar sesuatu hari ni..
ReplyDeleteyang mungkin dah lama dilupakan
Subhanallah Maha Suci dan Maha hebat ciptaan Allah.
ReplyDeleteLagi kita kaji lagi terserlah rahsia kejadian alam ni. Semuanya tidak dijadikan dgn sia2.
Salam...
ReplyDeleteYa benar cikgu...
Apa yang saya belajar dulu, semua komponen pesawat kapal terbang yang berfungsi menggunakan "COMPRESSED AIR" di 'charged' dengan gas nitrogen kerana salah satu sebab kemampatannya dan ianya tidak mengandungi 'WATER VAPOUR' yang boleh menyebabkan berlakunya karat.
Aduhai panjang lak...
hebatnya ciptaan Allah, saling berkait dan bermanfaat
ReplyDeletemungkinkah O2 di dunia semakin kurang?
ReplyDeleteDIA memang Maha Adil...
ReplyDeleteNitrogen tu apa cikgu? karipap isi sardin ke? :D
ReplyDelete@Mazwandi Mustaffa
ReplyDeletelebih kurang gitulah mazwandi :)
@azieazah
ReplyDeletesesungguhnya azie
cuma adil di sini bukan bermakna sama banyak...
@Insan Marhaen
ReplyDeletewallahualam...
@ibuintan
ReplyDeletebetul ibuintan
saling memerlukan
@Abd Razak
ReplyDeletebaru saya tahu , razak. tq
@Yunus Badawi
ReplyDeletebetul tu YB
@GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr
ReplyDeletealhamdulillah
@Webmaster@Echam
ReplyDeletebenar sekali echam
semua Allah jadikan di dunia ini untuk difikir oleh kita manuasia. supaya iman bertambah dan taat kita padanya tidak berbelah bahagi sampai dunia ini tamat.
ReplyDeleteOrang cakap, buah yang ditanam dekat kubur orang yang masuk syurga memang sedap dimakan. Tak tau betul atau tidak. Yang penting, setiap dari kita memang memerlukan diantara satu sama lain.
ReplyDeleteContohnya, walau kerja sebagai pencuci tandas sekalipun kita perlu hormat dia sebagai manusia walau kerja dia nampak hina. Kenapa? kalau tidak ada dia, ada nanti kita pulak yang kena cuci tandas kat opis tu.
Jadi, hormat-menghormatilah sesama kita walau kepada sekecil makhluk seperti semut.