"Biar lama sikit atas dapur tu, Liza.." Emak bersuara
Akur seperti biasa.
"Kenapa banyak sangat masuk ayam ni. Tak cantik la gorengnya..." Suara emak lagi.
"Nak cepat habis goreng. Lama sangat kat dapur, nak rehat cepat-cepat," sahut saya sambil tersenyum ibarat budak umur 14 tahun menolong emaknya memasak.
Emak menggeleng kepala, sengih, dah faham benar perangai anaknya ini. Anak yang ini memang tidak mengikut jejaknya. Masa mudanya dahulu beliau sering menang acara pertandingan memasak. Untuk menampung sara hidup kami sekeluarga, emak akan membuat catering secara kecilan.
Hidup dulu memang sibuk bagi emak. Saban hari membuat kuih jualan dan hampir setiap bulan ada saja orang mengupah untuk jamuan dan majlis makan.
Tapi, anak emak yang ini tak berminat dengan acara masak memasak ni. Sayang sekali kan.
Nak buat camana, kan. Memasak untuk melepaskan lapar di perut bolehlah.
* menu nasi ayam saja tengahari ini... Kengkawan di luar sana menu apalah agaknya ya?
~cikgunormah@klcitizen~
salam kak,
ReplyDeletememang kemahiran mak tak turun pada anak-anak (sayalah)..
saya berharap kemahiran itu akan turun pada cucu-cucunya..
:)
assalamualaikum...
ReplyDeleteLunch tadi saya makan kat kedai jer berlauk ikan dan sayur..
salam sis Normah:)
ReplyDeleteNasi ayam pun sodappp..
tinie lum makan lagi nih sis..!
hehe entry lebih kurang sama je...pasal memasak...dan menjadi anak tukang masak :)
ReplyDeletesuka memasak tapi untuk keluarga sendiri saja..
ReplyDeletelunch tadi berlaukkan ikan kurau masak lemak cili api dan sup tulang..
mahir memasak adalah kelebihan seorang isteri.
ReplyDeleteKome Sangat mahir memasak air sahaja..
ReplyDeleteBab masak memasak ni teman zero....walau pun emak teman jadi rebutan bila tiba musim kenduri kawin...
ReplyDelete@cikgu isza
ReplyDeleteSamalah harapan saya pun...
@Abd Razak
ReplyDeleteWaalaikummussalam
Alhamdulillah, kenyang jugalah kan razak
@Pn Kartini
ReplyDeleteSebenarnya emak masak apa pun sedap je kan tinie
@kakLuna
ReplyDeleteCuti2 ni nak pikir apalagi kan kakluna... Makan n makan je la
@ibuintan
ReplyDeleteSedapnya ibuintan... Terliur membayangkannya
@abu muaz
ReplyDeleteBetul tu abu muaz...
@relevan
ReplyDeleteSaya tahu isteri relevan sangat pandai memasak...
@matt
ReplyDeleteNanti cari bini yg pandai masaklah matt ya