Monday, November 29, 2010

lain dan tak sama

"Spaghetti bolognese dua ya..."

Mengambil sedikit masa untuk makan di kafeteria bawah di Hospital Ampang Puteri bersama suami, sementara emak mertua berehat di atas.

"Nanti kami hantar ke meja, ya," beritahu budak pelayan tersebut.

Perut sudah lama berkeroncong, tetapi akur dengan keadaan, kami lantas duduk mengambil tempat. Sambil bersembang perkara rutin yang biasa, tidak sedar 10 minit berlalu, dan seorang pelayan perempuan datang membawa dua pinggan ke arah kami.

Akhirnya....

Saya memandang suami dan dia juga memandang saya, apabila perempuan tersebut meletakkan pinggan yang diatasnya terletak apa yang kami minta tadi.

"Dik... Lain sangat ni, tak macam dalam gambar pun..." Saya bersuara. Melihat sphagetti kami ibarat melihat hamparan sos putih di atas benang-benang kasar yang pucat lesi.

Budak perempuan itu tersenyum, tidak merasakan pernyataan saya suatu yang luar biasa.

"Dalam gambar memanglah lain kak," beritahunya pada saya bagai mengajar budak kecik tentang perkara baru yang sepatutnya diketahui.

Memang kan, lumrah dunia, sering kita tertipu dengan gambaran yang tidak tepat. Tidak kiralah ia berupa gambaran foto atau pun fizikal sesuatu. Kekadang kita tertipu dengan rupa paras seseorang.

Melihat kumis tebal di muka tanpa senyum kita fikir orangnya tentu garang dan zalim, tetapi sebaliknya, bila kita kenal hati budinya, dia tidak seburuk gambaran pertama kita. Melihat muka yang keanak-anakan kita andaikan dia naif, rupanya dialah pembelit besar yang kita temui.

Kita fikir dengan kata-katanya yang bersulam hadis dan ayat quran kita pasti beliau orang yang memegang janji, rupanya berjanji pukul 8 pagi, sampainya mesti terlewat setiap kali.

Jadi.... "What you see is what you get" itu...... berlakunya bila?

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments:

  1. Salam CIKGU..
    sebab itulah selalu kita lihat di iklan atas paper ada nota kecil (footnote) *gambar mungkin tidak menepati..

    or something like that lah...

    ramai kita tidak perasan, dan sangat berharap tinggi apa yg dalam gambar itulah yg bakal diterima. Ada juga yang hampir serupa, wpun rasa belum tentu... tapi kalu dah jauh benor lari dari gambarnya, tentulah bengang jugak, kan?

    ReplyDelete
  2. sukarnya hidup ini... tertipu, menipu dan ditipu.

    ReplyDelete
  3. salam cgu
    selamat pagi dan
    selamat bercuti.........

    ReplyDelete
  4. salam..
    ermmm...memang betul lumrah kehidupan..buku jangan di nilai dari rupa kulitnya,mungkin isinya terbaikkk...bab makanan hospital memang saya akui,dah la mahal pula tu..

    ReplyDelete
  5. ni..susah nak cakap, kadang2 kita dah kenal lama, kamcin pun ke hulu ke hilir bersama...

    Tapi rupa2nya... bila (satu hari tu)kita hilang sekejap...dia boleh cakap kuat2 (dpn bos le pulak tu...) "eh..sianu tu pegi mana ye...!"

    Apalah maksudnya bertanya dengan kuat depan bos kita...?

    Talam 14 muka...!!? (nak bagi tau kat bos kita memonteng...dia buat kerja!)

    Ingatkan kita dah kenal hati budinya, tapi dah bertahun pun masih masih tak boleh "baca"!

    ReplyDelete
  6. haha terbaca entri ini terkenang mee kolok kat sarawak nun

    ReplyDelete
  7. Salam cikgu..:)

    "What you see is what you get" bila kita gi kat teller, apa yang ditekan dan tengok, itu yang kita dapat. Tol ker ni??

    ReplyDelete
  8. salam cikgu
    memang lumrah la tu. tak kan nak letakkan gambar yang tak cantik, nanti orang tak beli pulak.

    sama lah macam kita, tak kan nak tunjukkan keburukan depan orang. mesti lah nampak baik selalu

    ReplyDelete
  9. btol gak 2.. kdg2 salu gak kena.. nampak dlm banner bkn main menyelera kan tp biler sampai? huh hampeh. tp nk wt cmne, dh kite yg duduk n order.. kena la mkn jgk wpun nampak xsedap.hehee

    ReplyDelete
  10. Salam my dear sis:)

    kiranya ni kes tertipu tetipah lee nihh..hehehe..
    Nampak sedap..rupanya tak
    nampak besar..rupanya bila dapt kecikk jekk
    nampak meriah jee ..rupanya hancus bila terhidang...aduhaiii...
    penipuan iklan terhadap penggunanya..:(

    ReplyDelete
  11. salam cikgu

    but the first look is important...first impression..paling penting kena sentiasa baik sangka

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.