Tuesday, November 30, 2010

orang kaya zalim...?




Drama Melayu lagi... Sambil menunggu teman emak mertua yang tidur-tidur ayam di wad, mata tertumpu pada skrin tv sharp yang terlekat pada dinding. Asyik drama Melayu saja. TV1 ke, TV2 ke, TV9 ke...sama je. Diselang seli dengan drama Indon yang lebih entah apa-apa.

Asyik-asyik pergolakan keluarga, berebut harta, berebut laki atau berebut bini. Tengking menengking mesti ada dalam rumahtangga, boleh dikata setiap babak ada saja nada-nada tinggi dalam komunikasi.

Cerita Indpn pun klise sahaja. Heroinnya mestilah lemah gemalai, anak susah, sering teraniaya ditipu dan ditindas oleh wanita kaya yang zalim.

Agaknya zaman sekarang, orang-orang zalim memang terdiri dari orang senang dan kaya raya.

Kalau orang susah mestilah lemah lembut dan pasrah sentiasa dengan keadaan. Begitu stereotaipnya jalan cerita....

*kebosanan

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

30 comments:

  1. salam..
    skrip yang mudah di jual
    untuk tontonan penduduk
    luar bandar,kononnya begitulah
    realiti..zaman dulu mungkin,
    zaman sekarang banyak dah berubah..

    ReplyDelete
  2. Andai kelak kita menjadi kaya, jangan lupa bahawa dalam sebahagian harta kita itu adalah milik Asnaf yang lapan....


    Kita dijadikan kaya supaya mampu berzakat...wallahu'alam.

    ReplyDelete
  3. Rasanya ramai juga orang kaya yang tak zalim, yang zalim tu kat drama... saja nak lakukan drama mrk.

    Ada yang zalim ramai juga yang baik hati

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum cikgu...

    Memang bosan. Takder orang nak buat cerita baik-baik

    ReplyDelete
  5. cerita indon?? huhu balik2 ada scene zoom in kat muka lama2...pastu pelakon tuh dok wat memek muka la bagai

    ReplyDelete
  6. Baru2 ni saya dapat 2 kad jeputan kawin, sorang dari yang berada...kaya la tu...kadnya cantik... dah tentu mahal!

    Siap tulis nama lagi... kawan lama, dah belasan tahun tak jumpa, tapi kerana baiknya hati tetap dia mencari kawan2 lamanya, serahkan dengan tangan...

    Satu lagi kad yang biasa2, dalam sampul biasa, dan disampaikan pun dengan cara biasa...kirim dengan entah siapa, tau2 dah ada atas meja...

    Kadang2 terfikir juga, ada juga orang kaya yang "tak zalim"... lebih menghargai persahabatan walau pun terpaksa datang dari jauh hanya semata2 nak serahkan kad jemutan kahwin...

    ReplyDelete
  7. kadangkala kita muak tapi dalam muak ramai yang suka..

    ReplyDelete
  8. sekarang sudah banyak drama Cina yang menarik dan logik dengan subtitle bahasa Melayu.. kalau dah bosan dengan drama entah apa-apa Indon dan Melayu, bolehlah tonton drama Cina pula spt tv2 6ptg, tv8 1ptg, dll

    ReplyDelete
  9. aku tengok...semua jalan cerita lebih kurang sama je. Kalau yang kaya mesti zalim nak buli yang miskin. Tapi ada gak yang miskin yang iri hati buat jahat kat orang kaya...macam2 la....

    ReplyDelete
  10. Adakah sudah susah dah nak cari orang bertaraf jutawan tapi baik budi mulia lagi sopan santun?

    atau mereka yang jutawan benar-benar ikhlas jujur baik budi, tetapi masyarakat yang meragui mereka dan mengandaikan kebaikan itu sebagai palsu, pura-pura?

    ReplyDelete
  11. adei...mmg hakikatnya begitu kan.. jahiliyyah dianggap biasa hingga nilai islami dianggap luar biasa pula :(

    ReplyDelete
  12. Amalkan mandi embun pagi dari daun yang terpilih, mulakan dari pangkal dagu membawa ke dahi, amalkan setiap pagi, khasiatnya Insyallah wajah anda tidak akan dimakan usia dan sentiasa berseri-seri tak payah guna Botox. Selepas disapu embun ke muka baca surah Ad-Dhuha.

    Nak tahu lebih lanjut cari......

    ReplyDelete
  13. Orang miskin pun ada yang zalim gak...


    http://miecyber.blogspot.com/2010/12/korea-selatan-ancam-serang-korea-utara.html

    ReplyDelete
  14. Salam Maal Hijrah Cikgu Normah,

    Terlalu banyak drama. Ceritanya lebih kurang. Kesian orang kaya, datuk datin selalu ditunjuk berperipadi tak wajar, seolah-olah orang yang memegang title dato/datin tan sri atau lain-lain mesti semua macam tu. Kesian.

    ReplyDelete
  15. "Heroinnya mestilah lemah gemalai, anak susah, sering teraniaya ditipu dan ditindas oleh wanita kaya yang zalim."

    berhubung kenyataan tersebut sy benar2 setuju..dan sdh ckp bosan dngn watak hero/heroin dan jg watak hitamnya yg hampir sama shja..walaupn sy bkn penggemar cerita2 indon,namun secara kebetulan sy ada jg tertengok..dan sy dapati slalu je watak2nya hampir sama shja perwatakannya..

    ReplyDelete
  16. @zulkbo

    ya saya setuju... zaman sekarang tidak sebegitu stereotaip begitu dalam drama

    ReplyDelete
  17. @ckLah@xiiinam

    walau tak kaya mana, tapi alhamdulillah, terpilih juga kita menjadi insan pengeluar zakat ,kan ckLah

    ReplyDelete
  18. @Abd Razak

    waalaikum mussalam razak... ada tapi tak ramai

    ReplyDelete
  19. @hpdigital

    bangga dapat kawan macam tu kan, kaya tapi masih tetap ingat

    ReplyDelete
  20. @cikgu isza

    ya... kehendak manusia bukannya sama kan

    ReplyDelete
  21. @aliya

    ada juga menonton drama Cina...tertarik dengan drama Pupil dari singapore di ntv7

    ReplyDelete
  22. @Khairy

    itulah...drama, drama dalam relaiti hidup lebih tragis dan menarik dari drama di tv kan

    ReplyDelete
  23. @azieazah

    entahlah azie...kita ni banyak stereotaip kan keadaan dan manusia je

    ReplyDelete
  24. @iqbalsyarie

    itulah... susah nak kata iqbal, sebab kita pun turut terperangkap bersama

    ReplyDelete
  25. @Kunang-Kunang

    tulah kan kak ani... padahal tak semua yang begitu

    ReplyDelete
  26. @syahbandar87

    benda yang sama syah... bosan, kan

    ReplyDelete
  27. tuh la kan, cerita nih kadang-kadang kita dah bleh agak dah ending dia.

    Latest Entri :
    Kena Denda Gara-Gara Bergaduh Depan IPD

    ReplyDelete
  28. Memang skeptikal dan jalan cerita pun sudah boleh agak. Letakkan sedikit emosi akan ada yang menganga tercanguk menonton

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.