Thursday, December 9, 2010

mamak juga yang melekat di hati...





Menyepi diri sekian lama di waktu cuti sekolah ini memang bukan perkara luar biasa. Nasib masih baik kerana masih ingat password untuk membuka akaun google untuk mengemas kini blog yang sudah terbiar.

Cuti-cuti ini apa lagi aktivitinya kan... melanconglah. Cuma kali ini agak jauh juga berjalan bersama keluarga dan teman baru. Mungkin sudah ramai yang sampai ke sana, tetapi buat saya sekeluarga, ini kali pertama ke sana.


Ha... pergi ke China, bersama Ustaz Nazrey. Harith anak saya di belakang sekali berbaju merah tu. Gambar di atas diambil pada hari keempat di hadapan masjid yang baru dibina bersebelahan dengan makam sahabat nabi iaitu Saad bin Abi Waqas. Walau masih ada khilaf tentang benar atau tidak makamnya di sana, tetapi ramai juga yang sudah berziarah.

Sempat juga ke Disneyland, Hong Kong dalam acara bercuti kami kali ini. Semuanya dalam pakej ke Shenzhen-Hong Kong-Guongzhou, 3 Disember - 8 Disember ,  tersebut. 


Apa pun.... yang terbaik masih  di Malaysia!

*masih belum sempat membalas komen dan berziarah blog rakan-rakan... kerana hajat di hati nak makan roti canai dan minum teh tarik  mamak belum dapat terlaksana lagi..

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

25 comments:

  1. as salam cikgu,

    wah, jauh jenjalan ye, bercuti sakan betul tu..

    pergi cari cepat roti canai dan teh tarik tu, nanti kempunan pulak..

    ReplyDelete
  2. Dah rindu roti canai. Selalunya macam tulah kan.

    Makanan kita jugak dihati. He he

    ReplyDelete
  3. Bestnyer...,saya pun berminat nak melancong ke China.Tapi bila tu tak tahulah pulok...Hehehehe

    ReplyDelete
  4. sonokny g melancong...sy xtau bila ada rezeki...huhu

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...

    o0oo patutlah lama cikgu tak update blog..melancong rupanya..

    ReplyDelete
  6. alahai...jelesnya..kita melancong dan melencung dalam mesia ja..

    ReplyDelete
  7. jauh perjalanan banyak pengalaman

    ReplyDelete
  8. Selamat kembali ke tanahair dan juga kembali ke laman blogging.

    Nanti sambungkan lagi ceritanya yaaa...

    ReplyDelete
  9. salam cekgu...wah bestnya dapat luaq negara...teringin nak keluaq dr malaysia p jalan merata..masih belum kesmpaian hajat huhu

    ReplyDelete
  10. Rasanya seronok juga kami nak baca pengalaman perjalanan jauh ni.... kalau dapat klcitizen catatkan la kat blog ni... & dah tentu ada gambar-gambar yang menarik untuk kami peminat klcitizen!

    ReplyDelete
  11. Salam :)

    Bestnya bercuti ke China...Erm, saya ke KL je...:)Moga gembira dengan percutian itu sementara menanti kesibukan di sekolah pula :)

    ReplyDelete
  12. wahh..bestnye cikgu oi..
    mesti senang dpt mknn halal kan?
    sane kan ramai Muslim...

    ReplyDelete
  13. @ibuintan

    alhamdulillah dah dapat memenuhi hajat makan roti canai tu... :)

    ReplyDelete
  14. @Kunang-Kunang

    betul kak ani... siapa pun sama je rasanya

    ReplyDelete
  15. @Miecyber

    insyaAllah adalah rezekinya tu nanti

    ReplyDelete
  16. @:: hayati ::

    insyaAllah, satu hari nanti sampailah juga yati ke sana

    ReplyDelete
  17. @Abd Razak

    yalah razak... alhamdulillah selamat pergi dan balik

    ReplyDelete
  18. @Kamsiah

    melancong dalam malaysia pun best jugak... saya tak pernah sampai ke sabah n sarawak lagi

    ReplyDelete
  19. @abu muaz

    pengalaman sikit-sikit adalah abu muaz, tak banyak mana pun

    ReplyDelete
  20. @azieazah

    tak banyak mana pun ceritanya azie

    ReplyDelete
  21. @aimannajmy

    aiman... insyaAllah ada peluang nati, aiman pasti boleh melangkah lebih jauh lagi kan...

    ReplyDelete
  22. @hpdigital

    tak banyak mana pun hp...
    sikit-sikit adalah

    ReplyDelete
  23. @Ros Illiyyuun

    ya...ros
    lepas ni sibuk seperti biasalah balik

    ReplyDelete
  24. @Lee

    alhamdulillah... makanan muslim kena carilah jugak...tidak semudah di beberapa negara, lagi pun tulisannya semua tulisan cina, tak pandai nak baca. restoran muslim adalah jugak...

    ReplyDelete
  25. bestnya cuti2 with famili..belum ada rezeki pegi lagi, pegi dgn anak2 dah besar baru best kan...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.