Sunday, December 26, 2010

nostalgia

"Mak masa muda cantik la ,mak," saya bersuara sambil menunjukkan sekeping gambar emak. Emak ketawa suka.


Di hadapan kami berterabur gambar-gambar lama yang saya sangka telah lama hilang, tetapi rupanya selama ini dok terperuk di laci bilik adik saya. Ah! Rupanya ada lagi gambar saya semasa di sekolah menengah dulu dengan rakan-rakan semasa di Ting 3 dan ting 5. Nostalgik sungguh semalam.


saya yang kesembilan dari kanan
*gambar dicopy dengan handphone sahaja, kerana tak punya scanner*

di hujung kanan, adik perempuan saya dan saya di sebelahnya

Emak dan saya berkongsi tawa melihat gambar-gambar saya dan adik perempuan saya semasa di Tadika Kemas bawah blok rumah polis di FRU Sungai Senam dulu. Memakai baju yang sangat pendek kerana agaknya emak tak cukup duit nak membelikan saya baju baru tika itu.


Saya kira siapa pun pasti punya kenangan indah waktu masih kecil dan masih muda. Dunia dirasakan begitu luas kerana tiada masalah yang bersarang di fikiran. Masalahnya cuma esok nak main apa dan kat mana saja...


Di belakang sekeping gambar salah seorang sahabat lama yang sudah berbelas tahun tidak berjumpa tertulis :
"What is more beautiful between us cannot be written,
So little asked, so much gain,
So much felt, so little spoken" - Ude

Sambil membelek satu- satu keping gambar ada hirisan pedih dan sayu di dalam hati, kerana banyak kenangan yang tercipta rupanya tidak dapat diingat. Begitu lemahnya manusia.


Walau tika itu, memang berjanji pada diri agar cuba berpegang pada kenangan dan kisah indah tersebut. Namun Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk manusia.


Rasa rindu tetapi tidak tahu hendak dituju pada siapa, mungkin rindu pada masa lalu perlahan-lahan mengisi ruang dada.

*masih di Batu laut menghabiskan sisa cuti bersama emak

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments:

  1. SALAM,
    MENGINGATI KISAH2 DULU MEMANG MENARIK - PILU, SEDIH, RIANG DAN MACAM2 RASA. YANG PENTING, APA YANG BERLAKU DAPAT MEMANDU KITA KE ARAH KEBAIKAN.

    ReplyDelete
  2. Kenangan, tiap orang pasti tersentuh dgn kenangan. Simpan kenangan di blog pun suatu usaha yang baik, tapi kena upload gambar sekali la.

    Seronoknya bercuti di kampung bersama emak.

    ReplyDelete
  3. benar sekali cikgu....
    kisah silam terutama zaman persekolahan dulu memang kenangan yang nostalgik.
    Boleh tergenang air mata bila melihatnya terutama dalam usia kita yang semakin meningkat ini...

    dan bila ada rakan kita yang telah pergi mendahului kita.

    ReplyDelete
  4. Saya tinggalkan "masa silam" saya sepenuhnya. Saya lebih tumpukan pada "masa kini untuk merencana "masa depan".

    Tapi saya tidak pernah lupa "masa silam" saya kerana tanpa ia saya tidak akan mengecapi "masa kini" yang sangat damai dan permai.

    Terima kasih "masa silam".

    ReplyDelete
  5. bila ingat kenangan silam...banyak duka dari suka...tapi itu semua menjadikan kita semakin matang mengharungi hidup yang berliku2...masih ada ingat zaman anak2 kecik dulu...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum cikgu...

    Masa silam banyak mengajar kita lebih dewasa

    ReplyDelete
  7. salam..
    alahai..comelnya
    cikgu kanak-kanak
    dulu ye..?

    ReplyDelete
  8. @luahfikiran

    Betul tu LF, macam-macam rasA bercampur, rindu pada kawan-kawan pun ada

    ReplyDelete
  9. @azieazah

    Dah sampai di KL baru bole nak upload gambar sikit azie, sebab update entri guna hp sahaja.

    ReplyDelete
  10. @abu muaz

    Memang sedih jika ada rakan sepermainan sudah terlebih awal dijemput Allah...

    ReplyDelete
  11. @ZOOL@TOD

    Terus melangkah ke depan dan jangan pandang belakang lagi ya zool...

    ReplyDelete
  12. @sonata anak kancil

    Lebih kepada suka yang pedih... Sesekali mendidik rasa agar kenal erti pedih

    ReplyDelete
  13. @zulkbo

    Rasanya semua orang masa dia kanak-kanak memang comel, kan

    Ntah-ntah zulkbo lagi terlebih comel, kan

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.