highway ke kuantan |
Alhamdulillah, berjaya juga bersiaran dari Medan Tok Sira, Kuantan. Menjenguk ibu mertua dan bapa mertua di Kuantan yang hanya ditemani pembantu Indon.
Terkejut dan bersinar wajah ibu mertua menyambut, kerana tidak menyangka yang saya akan pulang menziarahi beliau. Sengaja tidak memberitahu, kerana tidak mahu beliau tertunggu-tunggu dan nantinya beliau akan sibuk menyediakan juadah meski badannya lemah. Biasalah, naluri keibuan semestinya mahu anak yang menziarah merasa air tangannya.
Hujan menyambut saya di Kuantan. Menyinggah di East Coast Mall terlebih dahulu untuk makan tengahari bersama anak saya. Pulang ke Kuantan pun tidak sekerap mana, kerana emak mertua sering naik ke Kuala Lumpur. Jadi agak sesat juga dengan sesaknya kenderaan di bandar Kuantan.
Entri tiada arah......
* dalam usaha mencari kesenangan hidup dan menanti rezeki mencurah
~cikgunormah@klcitizen~
kenapa entah...tak berapa 'serani' dgn bandar Kuantan....tak selesa.
ReplyDeletemgkn sebab bayu dari laut yang masin
alhamdulillah...sempat juga balik menjengok keluarga mertua... bila ada kesempatan, kan
Mak mentua tetap akan treat menantu sebagai anak sendiri walaupun tidak ada pertalian darah. Beruntug masih ada mentua manakala saya kedua-duanya sudah kembali mengadap ilahi
ReplyDeletemak metua tetap emak kita juga. Dah lama kpah tak ke kuantan.
ReplyDeletesaya juga akan pastikan berkunjung ke rumah mak mertua saban minggu, nasib baik rumahnya tidak jauh..
ReplyDeletearuah mak telah berpesan.. sayangi mereka juga macam mana kita sayangkan anaknya
IM insyaAllah balik tengok mak krismas ni..
ReplyDeletesekali sekala dapat balik kampung seronok juga kan.
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletesaya pun nak ke Maran
cuti tahun baru ni..
@Kujie
ReplyDeletesaya pun kurang mesra dengan bandar kuantan..selalu tersesat jalan
@akubiomed
ReplyDeletealhamdulillah, mak mertua masih sihat
@kakpah
ReplyDeleteya betul kak pah....
@ibuintan
ReplyDeletemujur rumah mak mertua ibuintan dekat ya... senang menjenguk
@Insan Marhaen
ReplyDeletebagus tu...
@Mr PenyuBiru
ReplyDeleteya ... betul tu
@zulkbo
ReplyDeletear... tak pernah singgah di Maran