Balik dari bercuti sempat juga mengupdate entri, tetapi kemudian terhenti pula. Bukannya kerana apa, cuma badan tidak berapa sihat sekembali dari China, batuk dan selesema beserta demam menyerang. Alhamdulillah, hari ini semangat menulis datang semula kerana kesihatan sudah bertambah baik.
Sebenarnya tidak banyak mana pun hendak bercerita tentang pengalaman di Shenzhen-Hong Kong dan Guongzhou tersebut. Saya pasti ramai yang punya cerita lebih menarik tentang perjalanan ke luar negara berbanding dengan perjalanan saya.
Apa yang pasti, setiap kali ke luar negara (chewah....macam banyak sangatlah berjalan tu kan..... sebenarnya tak banyak mana tapi adalah dua tiga buah tempat yang saya sempat berkunjung selain China), perkara paling penting yang perlu dibawa ialah ubat-ubat sakit pening kita. Bawaklah panadol ke, ubat selesema, minyak angin, ubat demam, ubat sakit perut, ubat tahan berak.... dsb., sebab kalau sudah tidak sihat di negara orang memang sangat payah. Apatah lagi di China, majoriti penduduknya tidak pandai berbahasa Inggeris, hendak bertanya arah ke toilet pun boleh menjadi satu igauan.
Selain itu, banyakkan minum air dan makan buah-buahan bila di negara orang supaya kita mudah membuang air besar. Ini sangat penting, sebab selalunya masalah utama bertukar tempat ialah payah membuang air besar, kalau ini terjadi memang payah... angin naik ke kepala, sakit kepala berpanjangan beserta tidak selesa akan merosakkan percutian kita. Bayar mahal-mahal bercuti keluar negara tetapi tidak dapat enjoy di sana memang merugikan.
Lagi satu, bila berada di tempat orang pastikan ada botol air mineral kosong dalam beg. Ini tujuannya bila hendak ke tandas. Tandas di negara orang memang tidak ada paip di dalamnya kecuali di sinki luar sahaja, jadi acara basuh membasuh di dalam tandas akan menjadi payah.
Akhir sekali, saya selalu membawa stokin dan sarung lengan di isi dalam beg untuk memudahkan bila hendak mengerjakan solat di luar. Kalau nak bawak telekung berbeg-beg itu agak payah juga, jadi stokin dan sarung lengan agak memudahkan.
Ada beberapa gambar yang ingin saya kongsikan, walau gambar tidak berapa cantik sebab diambil hanya dengan handphone cap ayam saya, tetapi harap dapat manafaat bersama.
Ini anak kepada salah seorang makcik di atas beserta cucunya. |
Gambar di dalam masjid tertua di China. |
Kenderaan polis dalam kawasan membeli belah. |
Pada hari ketiga bersolat di musolla di sebuah restoran muslim, terdapat kopiah yang boleh diguna oleh sesiapa di muka pintu. |
Salah sebuah restoran muslim di Shenzhen, China. |
Tempat mengambil wuduk di luar musolla, teko-teko ini fungsinya untuk diisi air bila hendak ke toilet. |
Bersama Mr M, yang menjadi tour guide kami. Tidak beragama tetapi sangat memahami kehendak kami untuk beribadat. |
Memanglah banyak lagi gambar-gambar di sana, tetapi rasanya gambar-gambar biasa sahaja. Lepas ini sibuk bersiap-siap membeli barangan Harith untuk ke sekolah pula dan melihat kerja-kerja sekolah yang patut.
~cikgunormah@klcitizen~
Selamat kembali........dari perjalanan yang manis!
ReplyDeleteWellcome home...
ReplyDeleteJauh perjalanan...luas pandangan.
Salam Teacher..
ReplyDeleteAmboi bestnye jalan2 makan angin kat luar negara ya...terasa ruginya belum sempat melawat ke negeri china..teringin gak nak tau apa yg hebatnya negeri china sampaikan ada hadis nabi suruh belajar sampai ke negeri china ni...
Welcome back..semoga terus sihat dan berkarya
Salam ziarah,
ReplyDeleteseronoknya melawat negara orang..pengalaman yang manis :). comel2 makcik muslimah kat negara cina tu :).
Assalamualaikum cikgu...
ReplyDeleteJauh perjalanan, banyak menimba pengalaman..
sejuk hati melihat muslimah cina ini mempertahankan aurat mereka walaupun hidup di negara komunis.
ReplyDeletemelihat tempat orang bila ada rezeki lebih.. pengalaman yang sungguh indah..
ReplyDelete@ckLah@xiiinam
ReplyDeletesetiap perjalanan memang ada manis dan pahitnya...
@hazeleyed lady
ReplyDeleteterima kasih kak hazel... alhamdulillah dapat jugalah menjenguk tempat orang
@zai
ReplyDeletealah zai bila2 masa je boleh pergi kan... cuma taknak pergi je lagi tu....
@UmmuFarhan
ReplyDeleteorang China kan memang comel2...apatah lagi kalau bertudung
@Abd Razak
ReplyDeletepengalaman saya sikit2 je razak...
@abu muaz
ReplyDeleteya... bila bersalaman dengan mereka di sana, kuat sungguh genggaman tangan mereka... mereka suka berjumpa masyarakat islam dari luar
@cikgu isza
ReplyDeleteinsyaAllah isza pun akan meninjau tempat jauh juga nanti... boleh berkongsi cerita dengan saya pula kan
Salam,
ReplyDeleteMelihat gambar-gambar ini terkenang ketika ke Beijing an Shanghai beberapa tahun lepas. Kegigihan mereka bekerja perlu diambil teladan.