Wednesday, December 22, 2010

cuti bagai nak rak




Lagi beberapa hari sahaja, sesi persekolahan baru akan dimulakan semula, dan sudah semestinya ia akan dimulakan dengan mesyuarat guru-guru. Pastinya minggu hadapan selepas cuti Krismas, suasana di sekolah-sekolah mula sibuk dengan kehadiran guru-guru semula di sekolah.


Apatah lagi setelah keputusan peperiksaan PMR yang akan keluar esok nanti , pastinya ramai juga anak-anak murid yang akan turut memeriahkan kawasan pejabat sekolah dengan hal-hal pertukaran, pengesahan slip keputusan peperiksaan dan sebagainya.


Walau bagaimana pun, saya kira ramai juga guru yang tidak bercuti mana pun sewaktu cuti persekolahan kali ini. Terutamanya yang menjadi pengawas peperiksaan, ketua pengawas dan penyelia kawasan.... apatah lagi pula yang seterusnya menyambung tugas  menanda kertas-kertas peperiksaan awam tersebut. Memang ibarat tidak bercuti lah kan.


Sewaktu ke sekolah baru ini sempat bertemu beberapa guru yang juga tidak kurang jasanya di sepanjang cuti sekolah ini, iaitu guru SPBT, Koperasi Sekolah dan guru Pusat Sumber Sekolah yang masih terusan berada di sekolah bagi memastikan sesi persekolahan baru yang akan dibuka nanti terusan lancar.


Tahniah kepada semua rakan guru yang masih sanggup mengorbankan kesenangan diri waktu cuti untuk terusan menjalankan tugas....

*saya jugak yang bercuti bagai nak rak kali ini...

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 comments:

  1. Assalamualaikum cikgu..

    Alhamdulillah saya selamat tiba di rumah petang semalam...semasa di airport terjumpa juga kawan-kawan dari kalangan ustaz & ustazah baru sampai di KL untuk penyelarasan menanda kertas-kertas peperiksaan awam..

    ReplyDelete
  2. SAlam:)

    ..minggu ni hanya terperap lam umah..simpan tenaga utk next week yang penuh agenda meeting!aduhai..:)

    ReplyDelete
  3. memang benarlah jasa cikgu ni sgt2 hebat nilainya..

    ReplyDelete
  4. pengorbanan yang tidak diketahui oleh orang.
    moga Allah membalasnya.

    ReplyDelete
  5. saya pula baru hendak bercuti :) satu minggu sahaja. Aduhai~

    ReplyDelete
  6. salam kak,
    yang bercuti bagai nak rak itu saya.. :D

    ReplyDelete
  7. Salam Cikgu Normah,

    Sekarang ni kalau orang bercita2 nak jadi guru kerana nak kerja separuh hari, jawabnya tinggal impianlah kan.

    ReplyDelete
  8. salam..
    untung jadi guru kan
    cuti dekat dua bulan
    setahun pun berjagi kan..?

    ReplyDelete
  9. @zulkbo

    yes... cuti bagai nak rak dan bergaji memang nikmat...! hehe

    ReplyDelete
  10. @zulkbo

    bagi yang macam saya ni, cuti bagai nak rak ni memang untung sangat... syukur pada Allah

    :)

    ReplyDelete
  11. @Kunang-Kunang

    tengoklah nasib kan kak ani... tapi kalau dah memang minat, tak kisah punya

    ReplyDelete
  12. @cikgu isza

    isza tu masih ada alasan yang kuat... saya ni, saja buang tebiat

    ReplyDelete
  13. @iqbalsyarie

    tak puas kan iqbal, cuti cuma seminggu...

    ReplyDelete
  14. @abu muaz

    ya... untuk guru-guru tersebut, hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya

    ReplyDelete
  15. @Lee

    untuk yang tertentu tu... memang lee

    ReplyDelete
  16. @Abd Razak

    alhamdulillah, habis permusafiran razak buat kali ini...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.