Monday, December 20, 2010

kemalangan

Terima kasih atas doa sahabat-sahabat. Saya selamat tiba di KL pada pukul 5 petang semalam.

Memandu sendiri sebenarnya sudah biasa. Kalau dulu istilah takut kurang ada dalam kamus hati, tetapi setelah mengalami dua kali kemalangan semasa memandu sendiri, lewat ini agak gentar sedikit memandu. Alhamdulillah kemalangan yang tidak meragut nyawa atau mencederakan sesiapa pun, tetapi cukup untuk menghasilkan trauma setiap kali memandu.

Kemalangan pertama semasa hendak mencari parking di basement sebuah hotel, manakala kemalangan kali kedua berlaku semasa memandu menyeberang jalan.

Yang pasti setiap kali kemalangan berlaku, perasaan yang sama akan menerjah ke dalam setiap inci tubuh saya. Cemas, panik tak tau nak buat apa, lutut rasa longgar, tak boleh nak berdiri tegak, takut kena marah ngan suami (hehehe)... dan menyesal. Perkara pertama yang akan datang hadir dalam benak fikiran ialah apakah kesalahan yang telah saya buat sebelum itu yang memungkinkan Allah memberi ujian sedemikian rupa pada saya.

Dan saya tidak dapat membayangkan trauma mereka yang pernah terlibat dalam kemalangan yang lebih dahsyat lagi. Terlebih lagi yang terbaru di Ipoh , kan.

Apa pun, terima kasih atas doa anda semua....

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. Saya juga pernah kemalangan, tapi syukur. Sekadar sedikit calar di kereta sahaja. Syukur~ paling kurang, ia mendewasakan saya :)

    ReplyDelete
  2. Tahun ini juga malang buat diri saya.. berlaku pada 14.10.2010 lalu. Kini kereta masih di w/shop.. semoga kita sama2 berhati2. Kejadian terbaru sangat sangat menyedihkan..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..kereta saya pernah dilanggar dari belakang..sampai sekarang masih trauma tengok kereta belakang laju semasa saya berhenti

    ReplyDelete
  4. salam kak,
    masa nak bersalin anak sulung tu.. tiga kali saya xcident sementara nak ke hospital tapi mujurlah kemalangan ringan jer.. takda apa2 kesan..

    gabra lebihlah tu..

    ReplyDelete
  5. salam..
    alhamdulillah..
    selamat tiba dan
    kembali berblogging

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum...

    Alhamdulillah cikgu dah selamat sampai. Pagi ni saya akan berangkat kembali ke Kuching setelah sebulan bermusafir...doakan saya ya cikgu!

    ReplyDelete
  7. Salam Cikgu Normah,

    Selamat balik ke KL.

    Kemalangan di Simpang Pulai sukar nak bayangkan. Siapa pun mereka, hati rasa sedih melihat tragedi sedemikian.

    ReplyDelete
  8. salam cikgu...
    dah usaha dan doa, tawakkal aja.. kalau kena eksiden juga..tu tanda diberi peringatan..
    rasanya semua kita pernah ada pengalaman kemalangan..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.