Monday, December 27, 2010

maintain....

Apakah yang meriangkan hati seorang wanita apabila berjumpa kawan lama yang sudah lama tidak ditemui? Saya kira banyak faktornya. 

"Lama sungguh kita tak jumpa ya....Makin kurus lah sekarang." 

Ha, itu saya beri rating nombor satu. Jika berjumpa kawan lama dan beliau memberi 'pujian' yang badan saya tidak naik, walau saya tahu, setiap kali menimbang berat badan terasa ada tidak kena dengan penimbang tersebut, kerana jarumnya saban minggu menunjukkan angka yang besar dari sebelumnya, pedulikan sahaja.... Ayat tersebut menjadikan dalam hati ada taman. 

Obses dengan berat badan? Mana tidaknya.... setiap kali membuka almari baju semakin sedikit opsyen baju yang boleh dipakai kini. Kebanyakan baju yang dibeli akan mengecut dengan peredaran masa. Hendak menyalahkan masa atau menyalahkan baju? Tak tahulah saya.

"Eh, makin berserilah awak sekarang ni..."

Ha, yang itu rating nombor dua. Pedulikan sahaja tentang gerak hati sendiri yang macam tidak percaya. Apatah lagi kalau waktu itu waktu "cukup bulan" yang mana aras hormon dalam badan tidak stabil dan kalau ikutkan hati, hendak  menggelegak saja rasanya darah dalam badan. Seri wajah memanglah penting, walau muka pucat lesi tanpa make up.

" La.... tak berubahnya awak. Masih macam dulu lagi. Maintain."

Ha, yang itu rating nombor tiga. Apa yang maintain? Entah. Pedulikan sahaja. Walau tahu setiap kali bangun tidur waktu pagi dok mengadap cermin mengira kedut wajah yang makin bertambah dan mengira urat rambut yang makin memutih, yang penting, maintain.... tak tahulah maintain apa. Yang penting juga setiap kali sebelum tidur, menyental losyen yang mendakwa boleh menghentikan masa untuk kulit wajah, walau tahu si penjual memang putar alam sedunia.

Apa lagi....? Cukuplah sekadar itu entri mengarut ini. Idea yang baik dan bernas tidak menjengah saya pulak hari ini....

*esok mesyuarat guru bermula di sekolah, baju mana hendak ku pakai agar nampak kurus, berseri dan maintain? hehehe

~cikgunormah@klcitizen~ 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. kawan FB tegur saya, muka tambah chubby lah..haha

    sapa nak jawab?? Perutlah jawab, lapar manjang

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...

    Ramai kawan-kawan lama jumpa kata saya dah makin tembam tapi saya rasa takder lak perubahan, pakai seluar masih saiz yang sama macam dulu...

    ReplyDelete
  3. Ada rakan lama sampai tak kenal saya. Dulu berat saya 67kg, lepas kahwin 90kg....... Masih maintain 90kg.....

    ReplyDelete
  4. salam..
    saya sentiasa berubah
    pedulikan apa kata orang
    yang penting,saya happy..

    ReplyDelete
  5. Teringat suatu hari seorang pakcik kata "badan dah tua tapi umur tambah muda..."

    Terpinga-pinga mencari maksudnya... rupa-rupanya memanglah wajah dah bertambah kedutnya, tapi umur makin pendek, baki umur tulah yang dikiranya, bukan umur yang telah "digunakannya".

    So...buatlah persediaan, umur takkan bertambah

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.