Saturday, December 18, 2010

Biar putih mata....

Duduk berseorangan sementara menunggu lepas asar, kerana berjanji dengan emak mertua hendak membawanya berjalan-jalan di bandar Kuantan. 

Pagi tadi sempat membawanya ke gedung tudung, berjenama Arianni. Waduh.... mahalnya tudung-tudung yang berkenan di mata. Yang tidak berkenan tu, adalah 'sale'nya. Selama ini dok membeli tudung di pasar malam sahaja... hahaha. 

Sedang meneman emak mertua itu, datang seorang wanita anggun bertudung yang dihiasi batu kristal. Beliau membelek-belek tudung yang saya berkenan tu. Tanpa banyak bertanya, si wanita anggun menarik tudung yang saya berkenan itu, yang berwarna ungu cair. 

"Lepas discount berapa?" tanyanya.
"RM 260.00 sehelai, kak." beritahu pembantu kedai.
"Ok... saya ambik 2..." beritahu wanita anggun.

Ah... tudung yang saya berkenan itu sudah jatuh di tangan wanita anggun.

Tak palah... Biar putih mata, jangan....

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 comments:

  1. salam kak normah

    kakak saya ada kedai tudung..kat area parkson kuantan

    ReplyDelete
  2. @IMANSHAH

    la... nape tak cakap awal... esok dah nak balik dah. tak sempat mintak discount

    ReplyDelete
  3. haha lain kali kalau singgah sana, pg lah...murah dia jual berbanding kedai lain..haha

    ReplyDelete
  4. ooo.. kak.. saya memahami situasi ini..

    ReplyDelete
  5. saya dapat juga merasa tudung ariani..hasilpenat lelah buat kueh..tp taklah smpai ratus2...sayang duit mahal2 mcmtu..ada yg lebih penting lagi.

    ReplyDelete
  6. salam..
    mak aihh..
    RM260..Memang patut
    berputeh mata..
    mahalnya...?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum...

    Takper cikgu, asalkan tudung yang dipakai tu menutup aurat sepenuhnya..

    ReplyDelete
  8. mahal tudung skang...btl la stuasi ni..bia ptih mta... :)

    ReplyDelete
  9. Salam Normah. ada hikmah di sebaliknya. Tahniah keranan dapat menahan nafsu untuk tidak berbelanja yang kurang perlu kerana 'cantik' tu sahaja.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.