Monday, December 13, 2010

derita ditinggal kekasih, siapa yang boleh merawatnya?

Setelah melepasi usia 40an ini saya pasti masing-masing di luar sana pernah mengalami patah hati akibat cintakan seseorang satu waktu dulu. Kalau pun mungkin ada yang masih belum, saya pasti satu hari nanti hati anda akan dikecewakan oleh seseorang yang anda kasihi.

Bercinta adalah tabii dan firah manusia. Bercintalah kerana Allah.... itu yang pasti ramai sarankan. Tetapi ia bukan mudah seperti yang dicadang. Sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari dari kasihkan insan lain. Dan lumrah juga, hati manusia tidak selalunya tetap, apatah lagi kalau kasih yang tercurah masih belum dimeterai dengan ikatan perkahwinan. Sedangkan sudah bergelar suami isteri lagi kan boleh berpisah atas banyak sebab ini kan pula sekadar bercinta-cinta.

Membaca blog rakan-rakan muda yang mencurah rasa hati akibat kecewa, juga dalam twitter ... terasa juga beban yang terpikul dalam jiwa mereka.

Apabila hubungan terputus, kesedihan itu memang pasti bertapak. Ia tidak boleh dielakkan. Jiwa menderita, menangisi dalam kerinduan pada hari-hari dan kenangan yang telah bersama dicipta. Menangislah... itu yang saya sarankan. Tangisan  yang Allah kurniakan ibarat ubat yang merawat jiwa yang terluka. Lebih baik menangis bersendirian, di waktu malam sambil memohon dan berharap pada Allah agar hati yang terluka segera disembuhkan.

Janganlah melayan hati dengan mendengar lagu-lagu cinta. Ia akan tambah merobek hati yang sedia luka. Masa yang lapang pastinya eloklah diisi dengan membaca quran berulang kali beserta terjemahannya. Janganlah cuba-cuba ingin tahu tentang perkembangan si dia yang telah melukakan hati kerana ia hanya kerja sia-sia. Biarkan si dia. Sibukkan diri sendiri dengan kerja, hatta mengemas rumah atau mengemas bilik sendiri.

Kalau boleh pergi jauh dari si dia. Putuskan segala hubungan yang mungkin. Hati yang terluka perlu masa untuk disembuhkan. Paling cepat setahun.... Hati akan kembali biasa dan bahagia.

Ubat yang paling berkesan adalah pasrah pada Allah.  Ujian kecil ini yang kita rasakan ujian maha hebat pada waktu dan ketika itu pastinya bersebab. Hati yang luka biasanya  lebih mendekatkan diri kita pada Allah Yang Maha Kuasa. Itu antara sebab yang saya kira kenapa ujian patah hati ini... supaya kita kembali semula padaNya.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

27 comments:

  1. anggap putusnya sesuatu hubungan sebagai sebab untuk kita mendapat yang lebih baik

    ReplyDelete
  2. saya menangis dan menangis di sejadah kala bangun untuk solat malam. lepas 3 bulan, masih menangis.. lepas 7 bulan, saya dah tak menangis..:)

    ReplyDelete
  3. Ada hikmah disebalik yang berlaku...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum cikgu..

    Entri ini rasanya kena betul pada saya yang baru lepas mengalami fasa putus pertunangan dua hari lepas. Sebak membacanya tapi terima kasih kerana entri ini, saya cuba bangkit dari kelemahan. Walaupun sukar untuk tempuhi dugaan ni, tapi apakan daya, ini ujian dari Allah SWT. Terima kasih cikgu.

    ReplyDelete
  5. yang ini baru dikatakan tepuk dada tanya selera..

    kalau pilih sakit.. sakitlah ia.. jika pilih jalan keluar.. kebahagiaan mungkin ditemui..

    ReplyDelete
  6. dah buang jauh2 dia dari hidup saya..

    walaupun kadang2 ada memori yang menggamit kenangan

    ReplyDelete
  7. ah... ingatan indah mana bisa di buang semudah itu. tempat jatuh lagi terkenang!

    ReplyDelete
  8. Salam Kak Mah..

    Setakat ditinggalkan dan patah hati kak mah banyak penawarnya....Percaya Allah maha mengasihi...minta dan bermunajahlah kepadanya pasti hati tenang ...........

    ReplyDelete
  9. paling cepat setahun? hemmm.. patutlah..

    apepun, pilihlah untuk bahagia walau tanpa dia.

    ReplyDelete
  10. salam..
    bersabar lah siapa
    yang putus cinta..
    hidup perlu di teruskan
    jangan di jadikan
    kerana manusia lain
    kita menderita..
    saya pun pernah
    juga kecewa..tapi saya
    moving positif hidup
    ini..pasti akan datang
    yang lebih baik..insyaallah..
    dan alhamdulillah sekarang ini..

    ReplyDelete
  11. Salam Cikgu Normah,

    Ingatlah DIA selalu bila hati ditimpa kekecewaan dan kesedihan. Hal ini pasti berlalu kerana setiap yang berlaku dalam hidup kita, Allah dah tahu kita mampu menerimanya. Jadi tabahlah menerima ujianNYA. InsyaAllah akan diganti dengan yang lebih baik. Berdoalah padaNYA selalu.

    ReplyDelete
  12. @ibuintan

    betullah tu... tapi masa bersedih tu memang sedihlah kan

    ReplyDelete
  13. @hunny

    alhamdulillah... moga hunny bertambah kuat

    ReplyDelete
  14. @Echam

    segalanya memang ada sebab nya

    ReplyDelete
  15. @Rara

    terutamanya utk rara... moga Allah beri kekuatan dan ketenangan melalui fasa ujian ini.

    kuatkan semangat.

    ReplyDelete
  16. @cikgu isza

    kekadang mencari jalan keluar jadi kabur bagi insan yang sedang bersedih

    ReplyDelete
  17. @GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr

    ya... sekali sekala ia datang tak apa... ia ibarat tanda peringatan bahawa GKSB adalah wanita tabah

    ReplyDelete
  18. @Insan Marhaen

    kecuali bila kita hilang ingatan....

    ReplyDelete
  19. @atie

    ya... atie, kena banyak usaha

    ReplyDelete
  20. @s1t1 2uL41k4

    ya siti pun sedang dalam kesedihan kan....

    ReplyDelete
  21. @zulkbo

    itulah... kita doakan yang terbaik untuk adik2 kita ni

    ReplyDelete
  22. Salam. kalau nak cerita kisah cinta ni memang tak habis kot..setiap orang pasti ada kisah cinta mereka yang tersendiri dalam hidup ni..tidak terkecuali juga saya..hehe

    ReplyDelete
  23. @Thoha

    mesti kisah cinta yang tragis... ni

    ReplyDelete
  24. Paling cepat setahun ek? im second to this~
    hurm... i guess i've been thru for 2 years n a half.. the 1st year, disaster! haha.. but time heals d wound. skarang rasanya mmg mampu dah utk ttp pendirian ni, InsyaAllah~

    ReplyDelete
  25. bila kita da nekad yg dia jdh kita,,,, las2 kite dtiggalkan tnpe sbb... ape yg harus kite lakukan???

    ReplyDelete
  26. Cinta itu indah kerana wanita

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.