Nikah gantung tu apa, cikgu.
Saya pandang wajah manis si Aisyah. Memang manis orangnya. Sopan berselendang biru. Saya mencari nada dalam soalannya. Bersungguhkah ingin tahu atau semata soalan mengisi masa? Soalan yang tersasar dari tujuan perjumpaan petang tadi.
Mendapat berita gembira tentang pernikahan seorang guru muda di sekolah . Dan majlis persandingannya yang ditunda ke tahun hadapan, menyebabkan istilah nikah gantung itu terpacul dari bibir .
Sudah hampir 2 jam menelaah tajuk-tajuk Kimia yang kononnya akan keluar nanti dalam peperiksaan. Itulah yang dikata oleh si Aisyah memujuk saya untuk membuat kelas tambahan sebaik tiba di Kuala Lumpur dari Kuantan petang tadi. Memang penat, tapi kerana kasihankan si Aisyah dan rakan-rakannya, bersetujulah juga.
Tiga rakannya yang lain memandang sama.
A ah, cikgu. Nikah gantung tu macam mana?
Rakan Aisyah di sebelah menyampuk. Oh, memang sahlah, istilah nikah gantung ini asing bagi mereka.
Saya terdiam.
Mencari jawapan yang sesuai. Kerana saya tahu, nikah gantung hanyalah istilah yang wujudnya dalam budaya kita, bukannya dalam syariat agama itu sendiri.
Err ...
Bagaimana mahu meringkaskan penjelasan, supaya terang dan tidak keliru? Supaya budak berempat ini tahu dan faham.
Semuanya memandang tepat ke arah saya. Sangat fokus, seperti menanti hukuman yang akan menentukan hidup dan mati.
Nikah gantung tu ialah bila, selesai je nikah, pengantin akan menggantungkan apa-apa yang patut , tak kisahlah, gantung baju pun boleh jugak !
Saya menahan gelak. Cuba membuat muka serius. Dalam hati bagai digeletek.
Cikgu !!!
Serentak mereka berempat menjerit tanda protes! Tahu yang saya sedang mempermainkan mereka.
Nikah gantung tu , bila orang tu dah nikah tapi belum dirasmikan dengan majlis kenduri yang ada persandingan tu...
Dalam hati, saya berdoa yang penerangan saya itu tidak disangkal oleh DBP :) Takut juga nanti menyebarkan maksud yang tidak betul.
Oh, tapi diorang tu dah kahwin lah ya cikgu?
Ya, dah laki bini lah.
Kenapa pulak nak nikah-nikah gantung cikgu?
Wah, tiba-tiba saya sudah menjadi pegawai penerangan pulak petang-petang Jumaat ini.
Kalaulah saya tahu kenapa nikah perlu digantungkan , pastilah hati-hati budak berempat itu puas. Malangnya saya tidak tahu. Kalau pun saya tahu, rasanya tak perlulah hendak berkongsi cerita dengan mereka.
Aisyah memandang saya.
Cikgu, dahlah citer pasal kawin-kawin ni. Boring!!
Alah... yelah tu. Dulu-dulu pun masa zaman budak-budak , saya pun taknak kahwin jugak . Mungkin ada rakan -rakan yang seperti saya, masa kecil-kecil dulu?
**semoga Cik Noorul anak beranak, segera Allah bagi sembuh dan sihat ceria seperti sediakala. ♥
~cikgunormah@klcitizen~
pendapat saya, dengan keadaan ekonomi sekarang ni... baik juga dibuat nikah gantung. Especially untuk mereka2 yang nak sangat buat majlis walimatururus tapi nak buat besar-besar padahal tak cukup duit sngat.
ReplyDeleteYa..
DeleteMemang yg wajib itu perlu didahulukan . Majlis tu kemudian-kemudian tak apa ...
Saya pernah dengar, tiada istilah nikah gantung ni. Nikah is nikah. Itu yang sebaiknya. Betul kata Cikgu tadi, ini istilah dalam budaya kita saja. Ntah nak kaitkan dengan apa. Mungkin kerana ikatan itu macam tergantung dan tidak lengkap selagi tiada majlis bersanding, agaknya. Menjadi istilah ikutan pula.
ReplyDeleteSetuju dengan penerangan azie. Ikatan yg nampaknya macam tak lengkap di mata orang sekeliling sbb tak ada majlis bersanding tu kan...
Deletekalau boleh tak payahlah nikah gantung, buat terus majlis nikah lagi best
ReplyDeleteKalau boleh memang itu impian setiap pasangan mempelai, tapi kadang ada masalah dan halangan yang tak boleh nak dielakkan ...
DeleteAdik ipar saya bakal melaksanakan nikah gantung tahun depan.
ReplyDeleteOh... gitu. Saya doakan segalanya berjalan dengan baik dan Allah berkati kedua mempelai
Delete