Monday, November 26, 2012

jiwa besar




Masalah dalam hidup ini adalah seperti segenggam serbuk kopi. Jika serbuk kopi yang segenggam itu dimasukkan dalam secawan air, pasti air kopi yang terhasil itu pahit. Tetapi jika segenggam serbuk kopi itu dimasukkan ke dalam sebaldi air pasti pahit kopi itu tidak terasa.
Begitulah masalah dalam hidup. Ia hanya seperti segenggam kopi. Jika jiwa yang menjadi bekas mengisi masalah itu kecil, pasti pahit masalah itu membekas , terkesan amat. Tapi jika jiwa yang menjadi bekas mengisi masalah itu besar, maka masalah itu pasti menjadi ringan dan boleh ditangani. ~ Ustaz undangan ..

Memang hidup ini bukan kebetulan.

Semua yang terjadi tercatat sudah.

Sempat saya menonton rancangan Selami Jiwa bersama Dr Fadzilah Kamsah di Astro Oasis 106 bertajukkan "Takdir Bukan Penamat", petang tadi.  Sangat menarik.

Tetamu undangan ialah pengacara terkenal Ras Adiba Radzi dan Muhammad Hairuman Miskon.

Rasanya Ras Adiba Radzi tu tak payahlah saya ceritakan. Tetapi yang sangat saya kagumi ialah Hairuman tu. Subhanallah. Ujian yang bukan sedikit bagi anak muda ini.

Dan saya kira, jiwanya sangat besar.

Kedua belah tangannya terpaksa dipotong hingga paras siku akibat terkena renjatan elektrik semasa membantu kakaknya mengait buah kelapa sawit. Waktu itu umurnya 22 tahun. Kejadian berlaku tahun lepas. Ibu jari kaki kirinya juga terpaksa dibuang akibat jangkitan kuman.

sumber


Dan tadi waktu muncul dalam rancangan Selami Jiwa, Hairuman sudah punya tangan palsu. Juga sudah boleh menulis dengan tangan palsunya itu. Dan terlebih manis adalah kata-katanya yang sangat positif. Hairuman sempat juga berkongsi rasa sedihnya waktu di awal musibah.

Sedih. Memang. Sangat sedih.

Namun begitu kesedihannya tidak lama. Pahitnya ditelan , dan saya lihat hidupnya penuh semangat.

Seperti kata Ras Adiba Radzi : Kami (insan-insan OKU) ini adalah insan yang dipilih Allah untuk menjadi sumber inspirasi kepada manusia sejagat dan kami tidak boleh mengabaikan tanggung jawab itu.

Besarnya jiwa mereka.


~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. Semangat OKU lebih besar dari manusia yang sempurna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang yg Allah bagi ujian memang org2 yg hebat

      Delete
  2. salam cikgu ,
    t.kasih berkongsi kisah ini.

    ReplyDelete
  3. boleh menghadapi ujian yg begitu besar dri tuhan..mmg sumber inspirasi insan lain..

    ReplyDelete
  4. Kalau lah kita juga boleh menerima masalah itu seperti span besar yang boleh menyerap air sebaldi!

    ReplyDelete
  5. Hai klcitizen,

    selamat t/hari.. moga dia tabah menghadapi ujian Tuhan.. patut dijadikan contoh kepada kita yang sempurna ni. usah selalu merungut.

    ReplyDelete
  6. Hebat dugaan utk mereka yg kental menghadapi ketentuan dariNya..

    Mg kak Normah sht2 di sana..:-)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.