Oh ! Cantiknya ...
Betulkah?
Wow .... !!
Sungguhkah?
Bila orang memuji, lihatlah ke matanya. Hujung senyumnya. Lihatlah lenggok tubuhnya.
Jujurkah?
Nada suaranya. Ikhlaskah?
Lemas dalam pujian sentiasa akan mengaburkan mata, membutakan hati melihat realiti. Meletak diri dalam awan pujian memang mengasyikkan. Terlebih lagi jika pujian tak putus, bertali arus hingga tidak sempat melepaskan diri seketika dan menilai.
Sahihkah?
Dan bila anda di puncak, bersendirian, melihat ke bawah, nun sayup, ketawa dan senyuman mengejek akan kelihatan sama sahaja. Tiada beza. Silap mentafsir membawa padah. Merasa diri hebat dan jaguh di mata orang, sedang hakikatnya cemuhan dan kutukan berlegar merewang.
Hakikat hidup yang memang pahit untuk ditelan.
Sukar membeza kawan dan lawan, bila semakin jauh anda mendaki. Permata dan kaca kemilaunya memanah penglihatan. Susah memang. Kadang yang difikir kawan , mengatur langkah untuk kita, rupanya lawan yang menyusun duri dalam diam.
Perlukah ditintakan kisah raja yang berbogel dalam 'baju ghaibnya' ? Mimpi dan ilusi si raja musnah dek teguran dari budak kecil yang telus dalam pandangan dan jujur dalam kata-kata.
Takut!
Memang.
Kerana saya pun manusia. Seperti anda semua.
Saya juga memuji. Dan juga ada kalanya dipuji.
Seboleh mungkin, kalau boleh, saya mahu pujian yang terbit dari bibir ini memang tulus ikhlas. Kerana bermuka dua atau bermuka-muka itu perbuatan amat keji. Bukan begitu? Dan tulisan ini cuba meluku diri sendiri. Supaya sedar dengan kadar segera!
Speak kindly, care deeply, love generously, every day think good thoughts, speak kind words, take good action ~ Power of Humbleness: Dr Muhaya pada minit ke 11:39
Salam merendah diri.
~cikgunormah@klcitizen~
~cikgunormah@klcitizen~
Salam Cikgu,
ReplyDeleteMemang susah nak memahami hati orangkan.
Bagi saya jalan terbaik kita kena jaga hati kita supaya belajar bersikap ikhlas kepada kawan2 supaya dengan itu orang juga akan ikhlas kepada kita sebagaimana ikhlasnya hati kita kepada dia.
setuju dengan kak ani
DeleteCikgu ajar bahawa pujian itu sebenarnya jambatan ke neraka. Takut mereka tak pijak pada tanah, terawang2 dan lupa pandang ke bawah:)
ReplyDeletewah... jambatan ke neraka ya... :|
Deletepuji ikhlas ni mmg jrg2 dpt..slalu puji yg ade maksud tersirat..huhu
ReplyDelete