Friday, November 16, 2012

hati di mulut




Itulah , Mami pun risau juga ...

Kulitnya putih bersih. Di waktu usia mudanya, saya pasti dia sangat jelita. Kecantikannya masih lagi boleh dilihat dengan jelas waktu ini. Walau usianya sudah tergolong dalam usia emas kini pun, aura jelita itu masih tak hilang.

Usianya mungkin awal 70an. Saya tak berapa nak pasti. Mungkin juga lewat 60an. Tapi kalau dilihat sekali imbas, kelihatannya seperti dalam lingkungan 50an.

Saya tahu Mami jenis yang kuat menjaga kesihatan tubuh badan . Dalam usia sebegitu, semangatnya juga kuat menambah amal ibadat. 

Petang tadi sempat saya menziarahi Mami. 

Cuti-cuti ini Mami menabur jasa dan budi, menjaga cucu-cucunya yang ditinggalkan ibu bapa mereka, iaitu kakak ipar saya dan suaminya  kerana menunaikan haji.

Bila tinggal berseorangan, yang paling Mami takut ialah mati dan tidak siapa yang tahu. Nanti dah berulat dan berbau, barulah orang perasan. Ish... takutnya.

Orang seperti Mami, yang masih kuat kudrat dan fizikalnya memang tidak betah tinggal di rumah anak menantu lama-lama. Selagi boleh, segalanya mahu dilakukan sendiri. Lebih senang dan selesa. 

Tidak boleh hendak disalahkan sesiapa.

Memang kehendak dan pilihannya.

Bukan Mami seorang. Ramai lagi yang seperti Mami.

Dan Mami segera berkongsi cerita beberapa rakan atau kenalan kepada rakannya yang mati bersendirian tanpa siapa yang tahu. Selepas jenazah berbau dan berulat barulah jiran tetangga menyedari.

Tiba-tiba saya pun jadi takut dan kecut perut.

Kematian itu memang pasti. 

Bila dan bagaimana, tidak siapa yang tahu. 

Sakit hanya penyebab. Kita mati bukan kerana sakit, sebenarnya. Sebab ramai juga manusia yang berpenyakit kronik yang dijangka usia tidak panjang tetapi dengan kehendak Allah sihat dan sembuh seperti tidak pernah sakit sebelum itu.

Dan tidak sedikit juga yang sihat walafiat, tenang dan tenteram tiba-tiba terkulai kaku tanpa nyawa.

Saya dapat merasakan kerisauan Mami, kerana saya pun tiba-tiba menjadi risau bila mana saya tua nanti dan hidup bersendirian seperti dia. Bersendirian bukan kerana anak-anak melupakan, tetapi kerana pilihan dan keinginan untuk tidak mahu menyusahkan sesiapa.

Ramai ke Mami kawan-kawan Mami yang suaminya dah meninggal dunia?

Pertanyaan tersebut terluah juga di akhir-akhir pertemuan. Ingin tahu.

Oh, memang ramai, rumah yang Mami duduk dulu sebelum Mami pndah dekat dengan rumah anak Mami tu, dekat 30 orang lah yang suaminya semua dah meninggal. Bayangkan , sederet dari rumah Mami tu ke masjid, semuanya isteri yang dah mati suami.

Ah, sudah....

Ustad tu kata, lelaki ni hati dia di dalam, orang pompuan pulak, hati dia di mulut. Tu la sebabnya orang lelaki mati cepat ... Banyak makan hati.



Rumusan pertemuan di petang Jumaat tadi... banyakkan hati di mulut kalau ingin umur panjang.

:)

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. apabila sudah sampai masanya..sesiapa pun tidak boleh halang..byk lelaki makan hati ker?..mungkin ada benarnya.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena kurangkan makan hati lah jebeng :)

      Delete
  2. bila hati letaknya di mulut, takut orang tak sampai hati nak dengar.

    ReplyDelete
  3. Kesian dengan orang tua selalu dibebani dengan menjaga cucu yang ramai. Kudrat tidak segagah dahulu untuk menjaga anak kecil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju bro..spttnya mereka seharusnya berehat dan xperlu tension2

      Delete
    2. Oh.... Tapi cucu2 yang ini dah besar2 panjang, nenek sekadar meneman sahaja. Orang kata buat pemanis di rumah kerna ada orang tua. :)

      Delete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.