Sunday, November 4, 2012

memanglah takut




Cikgu, saya takut cikgu.


Dia berdiri di muka pintu bilik saya. Tangan kanannya memegang buku rujukan entah apa mata pelajarannya. Wajahnya manis. Ah, wajah sebaya dia, memang manis. Manis 17. Saya pun agaknya waktu sebaya dia juga semanis itu mungkin. Mungkin juga lebih manis, kan. Hahaha.


Saya pandang dia dari tempat duduk saya.

Memikir.

Apa yang perlu saya jawab?

Memanglah, sesiapa pun jika berada di tempatnya sekarang, memang akan kecut perut. Seperti perut itu dipulas dan dihujung hati ada rasa ngilu kesan risau, gelisah dan takut. Rasa takut itu hanya sendiri yang tahu besarnya dan bagaimana jelmaannya dalam sanubari. Hanya diri sendiri yang tahu sebesar mana dan  hadirnya  bersama dengan rasa yang bagaimana? Teruja mungkin, tidak sabar-sabar , tapi mungkin juga hadir dia dengan rasa menyesal, gundah, risau dan gelisah.

Takut itu bagus sebenarnya.

Wajahnya hairan. Tidak faham apa yang saya maksudkan. Mungkin bukan itu jawapan yang dia mahu saya katakan.

Tapi, sebenarnya, saya juga tidak tahu perkataan apa yang sesuai bagi dia waktu itu. Saya tidak pasti perkataan apa yang layak diluahkan agar rasa takut dan risaunya itu berkurang.

Saya lebih risau kalau awak tidak takut. Sebab kalau awak tidak takut, pasti awak tidak datang berjumpa saya atau cikgu-cikgu lain. Takut awak tu membuatkan awak berusaha lebih, kan. 

Dia senyum. Akhirnya dia faham maksud saya.

Dan malam ini, ingatan saya kembali pada saat dia menjengukkan kepalanya di muka pintu bilik saya. Melihat wajah risaunya.

Saya pasti bukan dia seorang. Dia tidak sendirian. Berpuluh ribu lagi yang lain dalam situasi yang sama seperti dia waktu ini.

Dan mungkin ramai yang sudah tidur waktu ini. Cuba melelapkan mata seawal mungkin. Supaya nanti esok lebih cergas dan yakin. 

Pastinya, saya serta ramai lagi seperti saya , cikgu-cikgu dan ibu-ibu yang sentiasa mendoakan yang terbaik dunia akhirat untuk kalian semua.

All the best to all SPM  2012 candidates of SMKTSW and to the rest!!

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. Apa bila periksa semakin hampir memang resah gelisah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. esok nak periksa, lagi lah kecut perut

      Delete
  2. Kita juga tumpang rasa gentarnya. Teruja...sedikit risau
    Semoga mereka mampu melakukan yang terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita doakan yang terbaik untuk mereka

      Delete
  3. still ingat lagi mcm mana situasi saya 5thn lepas, spm '07 :")

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.