Saturday, November 24, 2012

kalau boleh




Seronok! Memang seronok ....

Bukankah itu yang disebut-sebut oleh setiap jemaah haji yang selamat tiba di bumi bertuah ini?

Wajah dia berseri sungguh saya lihat. Sambil bersila di tepi tangga rumahnya, dia bercerita kisah-kisahnya di sana. Sesekali dia membetulkan tudungnya. Semenjak lewat ini , dari sebelum hendak menunaikan haji lagi gaya penampilan tudung kakak ipar saya itu telah berubah. Lebih kemas dan lebih menampakkan kesolehan nya.

Beg baju dan beg bimbit yang dibawanya bersama masih berselerak di sekitar. Tapi sedikit pun tidak kami hiraukan.

Nak pergi lagilah . Seronok sangat ..

Memang ayat-ayat inilah yang sering terluah dari insan-insan yang pernah berpeluang menjadi tetamu Allah di bumi barakah itu, kan. Tanyalah sesiapa sahaja yang telah pernah menjejakkan kaki ke sana. Rasa rindu pasti bergumpal ,  bergejolak dalam dada, terlebih lagi bila mendengar kisah-kisah di sana dari sahabat handai yang baru pulang.



Ada ahli jemaah kami yang meninggal dunia di sana. Baru tiba, dalam keadaan berihram dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sebelum meninggal aruah ada menyebut keinginan untuk mengelilingi kota Mekah dan semasa kami sampai, saat hayat aruah masih ada, hampir 3 jam bas yang membawa kami sesat , berpusing-pusing kota Mekah sebelum tiba di hotel. Kalau nak kira, seolah hajat aruah Allah makbulkan masa itu juga.

Subhanallah.

Itu hanya sekelumit kisah manis bagi saya. Manis untuk dijadikan renungan dan keinginan.

Ingin  kalau boleh, hembusan  nafas yang terakhir itu di bumi yang barakah tersebut.

Kalau boleh ...

*Makanlah cik Noorul, supaya cepat sembuh ..

~cikgunormah@klcitizen~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. Semoga kita akan dijemput menjadi tetamu-NYA lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin, kak kathy. Memang ramai yg punya keinginan yg sama ;)

      Delete
  2. Impian setiap umat islam untuk melaksanakan rukun islam yang ke 5.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu akubiomed... tak boleh nk sangkal lagi

      Delete
    2. Betul tu akubiomed... tak boleh nk sangkal lagi

      Delete
    3. Betul tu akubiomed... tak boleh nk sangkal lagi

      Delete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.