Sunday, November 25, 2012

Doakan




Saya sentiasa percaya, jika sedang dalam kesusahan, kesempitan atau dilanda musibah , doa dan istighfar , dengan izin Allah, segala urusan itu akan dimudahkan.

Terlebihlah lagi kalau ramai yang turut mendoakan, kerana mana tahu dalam ramai-ramai itu ada yang doanya Allah makbulkan.

She's on oxygen. Tetiba ada reaction.

Mesej yang tertera di handphone saya membuat dada saya terasa sempit. Kalau dada saya, yang duduk berkilometer jauhnya dari si puteri  terasa sempit, tidaklah dapat saya bayangkan hati dan fikiran si mummynya.

sofea dan youssef

Terbayang raut wajah rakan baik saya si Noorul. Pasti sekuat dan setabah mana pun hati seorang ibu, di saat-saat puterinya sedang lemah tak berdaya , pasrah itu mengambil tempat. Dan pasti doa tak putus bertali arus mengisi setiap inci urat dan saraf nya.

She gets worse.

Mesej yang seterusnya menggetar rasa. Risau. Doa saya tak putus. Semoga Allah memberi kesembuhan segera buat si puteri dan dimudahkan segala urusan di sana. Saya tidak punya kuasa dan upaya hendak  membantu.

Hanya doa, doa dan doa sahaja buat si puteri dan mummynya. Moga sembuh dan sihat segera.


Doakan sama... 


~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments:

  1. Siapa yang sakit cikgu. Bunyinya kritikal. Semoga Allah makbul doa hambamu ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Anak perempuan rakan baik, tak berapa sihat sekarang. Doakan ..

      Delete
    2. bersama2 mendoakan mereka...

      Delete
  2. Siapa pun mereka, semoga tayang baik-baik sahaja. Dan amin segala doa untuk mereka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya azie. Terimakasih. Si puteri dalam gambar tu tak berapa sihat.

      Delete
  3. Replies
    1. Oh... patut dua tiga kali baca, saya tak faham :)

      Delete
  4. Salam Cikgu..
    doa dari saya jua.
    semoga si ibu tabah

    ReplyDelete
  5. semoga si puteri itu cepat sembuh.

    ReplyDelete
  6. di masa ini kalau boleh bertukar nyawa, si ibu sanggup !

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.