Tahun 1978.
Pelancaran siaran televisyen berwarna yang pertama rupanya berlaku pada Disember 1978 . Teringat kali pertama menonton siaran berwarna di kaca televisyen. Tak berkelip mata, tapi itu pun bukan semua rancangan di televisyen waktu itu berwarna. Kebanyakan siaran masih hitam putih.
Waktu itu usia saya 12 tahun. Darjah enam, bersekolah di SK Marian Convent, Ipoh. Cuti sekolah pada masa itu terasa sangat panjang, hingga jenuh rasanya bermain dengan kawan-kawan di flet FRU Sungai Senam, Ipoh. Dan hati sentiasa berdebar menunggu persekolahan baru bermula kerana saya akan menjadi pelajar sekolah menengah pula tahun berikutnya.
Dah besar lah, katakan, kan ....
8 Disember 1978 ?
Oh, saya memang tak ingat apa yang berlaku dalam hidup saya pada tarikh tersebut. Mungkin sedang bermain konda-kondi di padang dengan kawan-kawan, atau main cikgu-cikgu di hadapan rumah, mungkin juga sedang menolong emak waktu itu. Atau mungkin juga sedang nyenyak tidur waktu malam masa itu.
Masa bila?
Masa sahabat baik saya ini dilahirkan. Terlupa pula hendak bertanya dia, waktu sebenar dia dilahirkan.
Berapa tahun umur kamu Noorul?
Rahsia? :D
Bukanlah rahsia kalau sudah tertera kan.
Untuk kamu Noorul :
Saya cuba menjadi sahabat yang baik, yang sentiasa mendoakan segala yang terbaik untuk sahabat baik yang baik ini. Bersyukur kerana Allah menemukan saya dengan insan yang sangat tabah di mata saya . Moga Allah melapangkan dan memudahkan segala urusan kamu Noorul, melimpahkan rezeki mencurah serta mengurniakan bahagia di dunia dan akhirat nanti.
Umur hanya angka, kan, Noorul. Menunjukkan bilah tahun dan hari yang telah kita nikmati. Kalaulah umur bisa menunjukkan bilangan hari yang tinggal untuk kita nikmati, memang rasanya tidak ada siapa yang akan menyambutnya, apatah lagi menampalnya di muka buku masing-masing.
Oh, menakutkan lah pulak, kalau tanggal hari lahir yang kita sambut itu membolehkan kita tahu bila tarikh kita akan berhijrah ke alam yang lebih kekal. Wah .... saya dah merepek terlebih.
Apa pun Noorul, nanti bila kita berjumpa, dengan izin Allah, tamat cuti sekolah ini, saya belanja makan bebiri , k.
Selamat Hari Lahir Noorul.
*terawal sikit :)
~cikgunormah@klcitizen~

"You are an enthusiastic and determined person who has high ideals as well as very big plans and goals. A deep thinker, your morals are unusual yet strong, and your courage is great, particularly when it comes to standing up for a cause you believe in. You have a definite religious or philosophical bent. You are exceptionally attractive no matter what you look like. You are frequently devising new plots and challenges for yourself." ~ Bukan kata-kata saya, tapi kata-kata mereka yang percaya
Saya cuba menjadi sahabat yang baik, yang sentiasa mendoakan segala yang terbaik untuk sahabat baik yang baik ini. Bersyukur kerana Allah menemukan saya dengan insan yang sangat tabah di mata saya . Moga Allah melapangkan dan memudahkan segala urusan kamu Noorul, melimpahkan rezeki mencurah serta mengurniakan bahagia di dunia dan akhirat nanti.
Umur hanya angka, kan, Noorul. Menunjukkan bilah tahun dan hari yang telah kita nikmati. Kalaulah umur bisa menunjukkan bilangan hari yang tinggal untuk kita nikmati, memang rasanya tidak ada siapa yang akan menyambutnya, apatah lagi menampalnya di muka buku masing-masing.
Oh, menakutkan lah pulak, kalau tanggal hari lahir yang kita sambut itu membolehkan kita tahu bila tarikh kita akan berhijrah ke alam yang lebih kekal. Wah .... saya dah merepek terlebih.
Apa pun Noorul, nanti bila kita berjumpa, dengan izin Allah, tamat cuti sekolah ini, saya belanja makan bebiri , k.
Selamat Hari Lahir Noorul.
*terawal sikit :)
~cikgunormah@klcitizen~
Slmt hr lahir kak noorul..
ReplyDeleteSlmt hr lahir kak noorul..
ReplyDeleteSalam, 78.. br 6 thn. Akak menjemput rakan2 menyertai GIVEAWAY 001 CHEEZE MAZ .Link cara2 penyertaan ada di : http://cheezemaz.blogspot.com/2012/11/giveway-sempena-iphone-5-gadget-impian.html
ReplyDeleteJika tiada masa menyertainya, harap sangat2 dapat membantu akak dengan :
1) Tekan butan G +1 bagi entry http://cheezemaz.blogspot.com/2012/11/iphone-5-gadget-impian.html
2) Vote akak di denaihati. Cara nak vote akak ada di entry : http://cheezemaz.blogspot.com/2012/12/giveaway-001-tugasan-ke-2.html
InshaaAllah jika berkelapangan akan, kesana :) dan gudlak
Deleteoh muda lagilah diana:)
ReplyDelete1978 rasanya sudah boleh berjalan dan berlari. :-)
ReplyDelete