Mehla datang sini
Mesej dari sahabat baik, yang sedang melayani rasa bosannya. Cuti yang panjang memang sentiasa dinanti oleh mereka yang bekerja, kan. Tetapi ada kala, cuti yang panjang juga boleh menimbulkan rasa bosan, dek terperuk dalam rumah tidak kemana.
Terlebih lagi kalau jauh dari sahabat-sahabat, yang biasanya menjadi teman bersembang dan bergelak tawa. Bila di rumah bersendirian berminggu-minggu, mulalah rindu pada suasana santai dan menariknya juga rindu pada saat-saat menghadapi tekanan kerja juga muncul,
Malangnya, keinginan untuk menziarah rakan baik tidak dapat terlaksana. Walau memang teruja sungguh berjumpa dia dan yakin pasti, pertemuan akan beriring derai tawa tak sudah.
Dan saya tahu kebosanannya makin bertambah.

sumber : siri 1 :2
Pernah dengar tentang cerita Imam Ahmad bin Hanbal dengan seorang pembuat roti? Oh tiba-tiba bertukar tajuk pula..
Bukan apa, cerita tentang Imam Ahmad dengan pembuat roti itu baru saja saya dengar tadi petang, sambil-sambil menggosok baju yang betimbun. Cerita itu terkait dengan manafaat beristighfar.
Apa ceritanya?
Ah, dengarlah sendiri ..
Oh, tapi saya tahu ramai yang malas mendengar, atau mungkin juga tidak punya masa untuk mendengar.
Ceritanya begini ...
Satu hari, seorang pembuat roti ternampak Imam Ahmaddi sebuah masjid. Imam rersebut tidak dibenarkan berehat di masjid oleh penjaga masjid, lantas dia menjemput Imam Ahmad berehat di tempatnya. Waktu itu, pembuat roti tidak mengenali Imam Ahmad walau Imam Ahmad memang terkenal orangnya.
Sedang Imam Ahmad berehat di sebelah pembuat roti, beliau dapati, di sepanjang masa pembuat roti itu menguli rotinya, si pembuat roti akan sentiasa beristighfar. Sambil menguli, beristighfar.
Tertarik dengan sikap pembuat roti Imam Ahmad bertanya pada pembuat roti adakah sebarang manafaat yang dia dapat dari rutinnya beristighfar. Pembuat roti memberitahu bahawa, sejak beliau beramal dengan amalan istighfarnya itu, doanya sentiasa termakbul kecuali satu sahaja yang belum dimakbulkan oleh Allah.
Bila ditanya, apakah doanya yang belum Allah makbulkan , si pembuat roti berkata yang dia berdoa ingin berjumpa imam terkenal Imam Ahmad bin Hanbal.
Lalu Imam Ahmad pun memperkenalkan dirinya kepada si pembuat roti. Oh ! Allah memang makbulkan doa si pembuat roti .. dek kerana amalan istighfarnya.
Best kan.
Petua untuk doa kita dimakbulkan Allah. Sentiasa beristighfar ! Bukannya susah mana pun.
Jom. Kita sama-sama amalkan.
*Jom cik Noorul, mana tahu doa kita Allah makbulkan .♥
~cikgunormah@klcitizen~
salam..
ReplyDeletenasib la mana cikgu yang kahwin
dengan orang swasta macam saya..
cuti panjang pun terperuk je kan?
apa kata sapu sawang...cat rumah
ke apa? he he..
Oh., bab mengecat tu memang tak kuasa la hehe
DeleteTak susah untuk beristighfar. Boleh diamalkan.
ReplyDeletememang tak susah kan. jom kita amal sama2
Delete